Salam semua..
Sekali baca tajuk entri aku kali ni mesti boleh bikin panas!! huhu.. Petang semalam di office ramai lah dok kusyuk mendengar Belanjawan 2011 Negara Malaysia yang tercinta ini.. Ada yang memuaskan hati ada juga yang tidak. Biasalah manusia.. Tapi sememangnya pembentangan bajet kali ini macam lawak+mengarut pon ada. Sebab apa? Cukai untuk pakaian dalam pun termasuk sekali! Haha.. Then segala barangan seperti beg tangan, handphone and etc, pun cukai dikurangkan (atau dilupuskan tak sure). Memang mengarut!
Why?? First, barang-barang mewah macam tu for sure la orang-orang kaya + golongan elit kat Malaysia bersorak gembira dapat beli barang-barang tu dengan harga lebih murah. Kan si Rosmah promote dirinya sebagai First Lady in Malaysia. So, nak ambil hati bini-bini PM dari negara lain, for sure lah kena turunkan harga barang-barang camtu. Sedangkan rakyat bawahan masih lagi dok ternganga dan bermimpilah nak beli barang-barang mewah apabila harga barang keperluan seperti beras, gula, tepung dan lain-lain masih sama dan mungkin makin meningkat. Dan tak mustahil, yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin. Ibu aku kata, "kesian orang-orang yang anak ramai, mesti perlukan tepung untuk buat cekodok ke, jemput-jemput ke untuk bagi anak-anak makan tiap hari. " Nape pemimpin-pemimpin kita tak boleh lihat dan fikir macam tu?
Ada seorang member di office kata, "Jangan mimpi lah nak naik gaji, kita hanya layak dapat RM500.00 aje di mata PM.." Then, ramailah mengeluarkan kata-kata "Tunggulah PRU-13 nanti...!" haha.. kelakar pun ada.. Tapi itulah yang berlaku.. Tapi sedikit sebanyak aku bersyukur lah apabila dikhabarkan kontrak aku disambung setahun lagi. Alhamdulillah....:)
Ramai di luar sana kata, kakitangan kerajaan dah dapat banyak kelebihan. Memang betul.. Dari segi jaminan kerja, memang kerajaan susah nak buang staf. Tapi bukan semua tempat. Di tempat aku, Timb. Ketua Pengarah aku (Dato' H) pernah buang staf atas sebab orang tu curi handphone! Itu tandanya Dato' tu sangat mementingkan displin. Actually kerja mana-mana pun sama. Swasta ke kerajaan ke.. Even kalau aku kahwin ngan staf swasta pun aku tak kisah malah aku lebih suka sebab nya, baru ada kelainan. Kalau dua-dua kerja bidang sama, tempat sama, majikan sama, uish memang bosan! Kalau 2-2 kerja lain-lain, boleh share pendapat yang berlainan.. Dan kalau lelaki kerja swasta, aku lebih respect lah sebab dorang akan berusaha lebih jujur dan gigih untuk memajukan diri berbanding kerja gomen. Bak kata cik abang aku, kerja swasta lebih sesuai untuk "mind developing" dan lebih terbuka untuk memajukan diri.. Start tahun depan, swasta pun dah ada skim pencen. Mungkin lebih ramai orang lebih confident nak masuk swasta lepas ni. Ini just pendapat jelah.. Lain-lain orang lain-lain pendapat...:)
Eh apa yang aku mengarut ni.. kata nak cerita tentang bajet 2011.. Owh ye, 1 yang wat aku tertarik, tentang pemberian cuti bersalin selama 90 hari. Dulu bukan main kerajaan (especially U*N*) oops! ~kutuk Kelantan melaksanakan cuti 90 hari tu. Macam-macam lah dorang kata. Tapi Nik Aziz lebih bijak dan dapat laksanakannya tanpa sebarang masalah. Baru sekarang kerajaan terhegeh-hegeh nak buat benda ni. Nak tarik hati pengundi wanita lah tu untuk PRU-13 nanti.
Lagi satu, nak bina Menara Wawasan bernilai RM5 Bilion! Fulamak..... Banyak betul duit kerajaan ye. Jangan nanti RM5 bilion naik berganda macam istana baru kat Jalan Duta tu sudahla ye. Bagi rakyat macam aku, dan pemuda-pemudi yang boleh berfikir dengan baik, adakah ini yang kita inginkan?? Berapa banyak menara lagi diorang nak buat? RM5 bilion tu boleh guna untuk pendidikan, membasmi kemiskinan, dan sebagainya lebih baik. Kenapa Malaysia macam sibuk nak kejar nama di mata dunia sedangkan rakyat bawahan semakin tertindas? Pelik betullah..
Kalau difikir-fikirkan semula, bajet kali ni macam tak logik pun ada. Kelakar pun ada. Kalau orang tua-tua yang tak tahu apa-apa, bolehlah terima bulat-bulat. Tapi sebagai orang muda, kita patut fikirlah. Duit kerajaan tu, duit kita. Yang kita bayar segala macam cukai. Daripada buat menara tu, lebih baik bagi PTPTN free kat student! haha... Tapi betul apa.. Sekarang nak belajar pun dah kena berhutang. Kalau orang gaji besar tu bolehlah nak bayar balik dengan cepat. Macam aku ni, tolak bayar kereta, belanja adik-adik, rumah, family, apa yang tinggal?? Nak beli "seluar kecik" pun teragak-agak! hakhakhak.. Eh, harga seluar dalam mesti dah turun. Guna RM500.00 beli seluar dalam. hikhikhik..
Kesimpulannya~~ Bajet 2011 memang kelakar... Tapi biasalah.. Ada yang ok, ada yang tak ok.. Kalau boleh PM dapat buat keputusan tanpa dipengaruhi wife dia. Sebab apa aku cakap macam tu, fikir-fikirkanlah sendiri. Zaman dulu berbeza ngan zaman sekarang. Dulu orang tengok parti bukan calon. Tapi sekarang rakyat (generasi kini) lebih mementingkan siapa yang memerintah bukan parti apa yang memerintah. Aku pernah terfikir, kan best kalau barisan menteri-menteri kita terdiri daripada tokoh-tokoh agama atau ulama'. Then wife dorang semua bertudung menutup aurat. Barulah boleh jadi contoh kepada rakyat. Ibu aku kata yang dalam program pintar (kelolaan bini PM) kat TV tu pun, yang mengajar: rambut bukan main stylo. Pakai skirt. Langsung tak ditegaskan nilai-nilai agama Islam. Inilah dipanggil negara Islam sekular...
Pape pun, tepuk dada tanyalah iman anda..:)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.