Sunday, October 31, 2010

"BuRiEd"

Salam hujung minggu semua..

Nice weekend.. Maybe..?:p Nak cerita tentang apa ek? Really no idea.. Owh semalam aku pergi nonton movie kat Wangsa Walk with ehem2x.. Tajuk movie nya "Buried" atau dalam Bahasa Melayunya, dikebumikan/ditanam.. Ceritanya agak menarik berbanding cerita Altitude yang aku tengok last week. Mengisahkan seorang lelaki (dilakonkan oleh Ryan Reynolds) yang dimasukkan dalam keranda kayu dan ditanam beberapa meter dalam tanah. Lelaki tu diculik oleh sekumpulan penjenayah di Iraq selepas diserang ketika membawa trak bekalan bantuan kepada penduduk Iraq. Dalam durasi selama 1 jam 40 minit tu, kami dihidangkan dengan susasana seorang lelaki warga Amerika yang terpaksa bertahan dalam keranda kayu tersebut! Lelaki tu dijadikan tebusan untuk mendapatkan wang 5juta dollar daripada kedutaan Amerika. Memang ceritanya berkisar dalam keranda tu sahaja. Lelaki tu sekadar dibekalkan dengan sebuah Handphone Blackberry, lighter, torch light, & pensil! Rasanya memang modal filem ni tak banyak pun sebab just berkisar tentang seorang lelaki yang betul-betul duk dalam keranda. Memang sangat emosi. Bayangkan kalau kita yang berada dalam situasi sebegitu, for sure meraung lah menangis minta dilepaskan. 


Antara babak-babak menarik dalam filem ni ialah:
1) Kehadiran seekor ular orok-orok dalam keranda tersebut selepas memasuki lubang pada keranda tersebut. Fuh, memang suspen! Tapi lelaki tu ada arak dan dia berjaya menghalau ular tu melalui api yang dinyalakan.
2) Kedengaran azan berkemundang! Full dari awal sampai habis. Menandakan dia ditanam di kawasan masjid.
3) Lelaki tu terpaksa memotong jarinya! Eiii part yang ni memang aku tak sanggup nak tengok! Aku tutup muka sambil si Mr. J dok gelak-gelak kan aku. Memang kena piatlah dia lepas tu! :p Sebab apa lelaki tu kena potong jari, korang tengoklah sendiri ye.. hehehe
4) Berlaku pertempuran di atas tanah, lalu menyebabkan keranda kayu tu retak dan pasir mula memenuhi keranda tersebut.
5) Yang paling kesian bila lelaki tu dapat cakap dengan wife dia di telefon. Sangat sedih...:'(

And finally... Lelaki tu lepas ke tak? Jeng3x... Korang tengok lah sendiri.huhu. Tapi kebanyakan penonton macam tak puas tengok filem tu. Actually kesudahannya tergantung  macam tu je.. Tak tahu pun lelaki tu selamat ke tak.  (macam tak je..)

Pendapat aku mengatakan, maybe kisah ni adalah kisah benar. Mungkin pernah dialami oleh seseorang bernasib sama sewaktu di Iraq. Masa tu peperangan berlaku. Siap ada sebut nama Saddam Hussein lagi! So, moral value of the stories? Korang fikirlah sendiri. huhu...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...