Thursday, May 28, 2020

Resipi Mudah Biskut Mazola Gebu Gebas

Salam. Raya tahun ni saya terlebih rajin sikit. hehe. Almaklum cuti bersalin 3 bulan haruslah dimanfaatkan sebaiknya. Kali ni saya share resipi biskut mazola which biskut ni sejak kecil atok bok (nenek) dan ibu saya akan buat tiap kali menjelang Aidilfitri. Kira kuih raya wajib ada la atas meja. Cuma sejak kebelakangan ni, my mom dah tak berapa larat nak wat kuih raya, Tok Bok pun dah takde, so saya terfikir siapa lagi nak meneruskan legasi biskut mazola ni kan? Belek-belek resipi oh takdelah susah mana. So, sis cuba buat kali ni dan Alhamdulillah menjadi sampai husband yang tak suka makanan berkacang pun jadi suka dengan bila makan biskut mazola saya ni.


Bahan-Bahan

- 300g Kacang Tanah (Nak senang beli yang dah siap kulit dibuang)
- 2 cawan Minyak Mazola
- 2 cawan Gula Halus
- 800g Tepung Gandum
- 1 sudu besar Sodium Bikarbonat
- Sedikit Esen Vanilla
- Sedikit Garam
- Telur (Ambil kuningnya sahaja untuk hiasan)


Kaedah Membuatnya

1. Goreng kacang tanah dengan sedikit minyak masak sehingga agak garing dan kemudian kisar kering sehingga halus.
2. Gaulkan kacang tanah yang telah dikisar tadi dengan tepung, gula dan sodium bikarbonat.


3. Masukkan minyak mazola dan sedikit esen vanilla. Gaulkan adunan sehingga menjadi doh.

If gunakan mixer kadang susah nak ratakan semua bahan. So saya sambung gaul adunan menggunakan tangan. Agak-agak boleh diterap menggunakan acuan, oklah. 


4. Gelekkan doh atas permukaan rata, dan terap dengan acuan yang digemari. 


5. Susun atas dulang pembakar dan sapukan kuning telur (campur dengan sedikit tepung untuk tambah kepekatan)


6. Bakar pada suhu 180oc dalam tempoh 10 minit atau mengikut kesesuaian oven memasing.


7. Biarkan sejuk seketika dan dipindahkan ke dalam balang untuk dihidangkan.


Comel tak biskut mazola saya? Hehe.. So far mendapat pujian daripada beberapa rakan dan ahli family dalam facebook walaupun dorang tak dapat rasa. Sampai ada yang kata my mazola looks like a nugget! hihi.. My mom also said nampak cantik dan gebu. Thank you semua. Kalau ada rezeki bolehlah buat lagi. InsyaAllah..






Misya : Pembuatnya pun gebu gebas juga. ;)

1 comment:

  1. Memang gebussss gebassss..
    Masuk mulut hancur je..
    Kalau bukan musim raya pun kami cari biskut ni.sedap

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...