Saturday, May 30, 2020

Erina request pizza tapi makan sosej sahaja!

Salam. Since saya dah pandai wat pizza sendiri, anak sendiri pun dah pandai request nak pizza. Seminggu tu beberapa kali dia sebut nak pizza. Teringat-ingat pizza sis buat hari tu agaknya. Kesian punya pasal, semalam buat lagi sekali pizza. Kali ni sis adjust sikit resipi asal dengan menambah bawang benggala dipotong dadu dan letak extra cheese. Perghhh memang lagi juicy rasa pizza sis!

Erina excited sungguh bila pizza dah ada depan mata. Tak sabar-sabar dia nak makan.

Tapi rupa-rupanya dia aim nak makan sosej je! Macam-macam mommy dia bubuh topping, last-last sosej je dia pilih. Sampai sosej mommy and daddy dia punya pizza slice pun dia rembat! Adoyai la anak macam-macam perangai.. Tak kisahlah janji dia makan. Pizza crust tu dia makan lah juga sampai habis. Topping lain tu saya dan husband lah jadi Alam Flora menghabiskan. Haha..

Our dinner last night. Combine dengan air sarsaparilla, bertambah sedap kami makan feeling-feeling macam kat restoran pizza pula.

Terliur tak tengok pizza ni? Bolehlah cuba resipi pizza mudah homemade di SINI


Misya : Bahan lengkap, semua resipi menjadi.

6 comments:

  1. Fuhyoooo, nampak sedapnyaaaa buat sendiriiiiiii...Berapa rm ni satu set.. HAHA..

    Thanks info....terasa nak beli Pizza rini.... nak membuat belum rajin, adoii~

    ReplyDelete
  2. Macam2 lah Erina ni. Ingatkan makan pizza dengan semua topping😂.

    ReplyDelete
  3. wahhh nak jugaaakkk


    ohh tahniah awak menang birthday giveaway haritu

    https://anisa-mylife.blogspot.com/2020/05/keputusan-birthday-giveaway-anisa-anuar.html

    ReplyDelete
  4. bertuah betul anak dara sorang tu ye.
    puas ibu buat aneka topping, sosej jer dia amik? ha ha ha ha...
    agak nyer kalau aida buat gitu, sama kot dgn izzat.
    yg lain dia rejek, amik sosej aje ha ha ah ha...

    aida ada kepingan roti canai segera.
    plan nak jadikan base pizza. pizza roti canai.
    terasa teruja tgk gambar misya tu hah.
    bahan semua mcm ada jer.

    ReplyDelete
  5. Dah serupa pizza hut okeh! Sedapnyaaaaaaa

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...