Sunday, May 31, 2020

Resipi Mee Kari Sedap Lemak Berkrim

Salam. Ahha dengar tajuk tu terliur tak? Hehe. Actually dah beberapa kali saya cuba buat mee kari ikut rasa yang saya nak. Sebab saya pernah makan mee kari yang sangat sedap lemak berkrim ni tapi tak jumpa resipi. Baru-baru ni dok skrol fb, finally terjumpa resipi yang mudah but rasanya memang lemak berkrim macam saya nak. So uols pun boleh cuba sesekali masak menu mee berkuah gini.

Bahan-Bahan
Kuah Kari
Serbuk Kari (Bancuh dengan sedikit air)
Udang Kering (Dikisar dengan sedikit air)
Santan Kotak
Bawang Besar (2 biji)
Bawang Putih (7 ulas)
Halia (1-2 inci)
Serai (2 batang - diketuk)
Bunga Lawang 
Kulit Kayu Manis
Buah Pelaga
Asam Keping
Kiub Pati Ayam
Tofu/Tauhu Kering
Isi ayam
Udang
Fish Cake/Ball
Daun Kari (Jika Mahu)

Celur
Mee Kuning
Sayur sawi
Taugeh

Lain-Lain Bahan
Telur (Direbus)
Bawang Goreng
Cili Merah (Hiris)
Daun Bawang & Daun Sup
Limau Nipis/Kasturi

Kaedah Memasak

1. Tumiskan bawang besar, putih dan halia yang telah dihiris. Masukkan serai dan kacau hingga naik bau.
2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.

3. Masukkan udang kering yang telah dikisar dan kacau hingga rata.

4. Masukan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga agak garing.

5. Masukkan udang, isi ayam dan fish ball/fish cake (dipotong kecil) serta kiub pati ayam. Gaul semua bahan sehingga rata.

6. Masukkan air dalam 2- 3 mangkuk (terpulang nak kuah banyak mana) dan asam keping. Biarkan kuah mendidih.

7. Masukkan santan dan kacau. Kemudian masukkan tauhu/tofu kering.

8. Ok kacau sehingga mendidih. Siap! Sediakan bahan-bahan celur dan lain-lain bahan untuk dimakan bersama kuah kari tadi.

Mengancam tak mee kari saya ni? ;) Saya yang penting bila husband puji sedap, memang lega rasa. Dia siap pesan tolong ingat resipi ni dan maintainkan kesedapan mee kari ni sampai bila-bila. Hehe kembang setaman saya dibuatnya.

Boleh juga add-on keropok ikan bagi rasa kriuk-kriuk. Hehe.. Walaupun agak renyah tapi so far ini resipi yang paling senang saya pernah try. Tak melibatkan terlalu banyak rempah-ratus atau penggunaan cili kering like other recipes. Memang sesuailah untuk ibu-ibu yang sibuk try resipi ni. Moga berjaya dan rasailah kenikmatan mee kari lemak berkrim lagi disukai ramai ini. :)


Misya : Jangan putus asa belajar masak.

6 comments:

  1. sedapnye!
    raya kali ni xjmpa lg mee kari..
    kalo tahun lps ms sambutan raya kat tmpt keje ada mee kari..
    tahun ni xtau la bila boleh merasa..

    nk buat sendiri tu mcm malas.. hahahaha

    ReplyDelete
  2. Kami masak mee kari raya kedua. guna je bahan yang ada dalam peti ais kami

    ReplyDelete
  3. Menu feberet satu famili ini. Nnti boleh cuba :)

    ReplyDelete
  4. aduhai, sedap nyer.
    aida plan sikit hari lagi nak buat laksa nyonya, cikmisya.
    lebih kurang gini la jugak. just resepi beza skit.
    ada mee nyer, kuah nyer and side dish nyer yg byk gitu.
    meriah!

    yes. bila asben kata best, memang syok la kita, kan.
    aida time pkp ari tu pun sempat la godek resepi and buat.
    sib baik semua asben approved :) ha ha ha ha...

    cikmisya menang ekk segmen aida --> nanti refer kat blog aida ye.
    TAHNIAH!

    ReplyDelete
  5. Fuhhhh, sedapnya mee kari. Nanti boleh pinjam resepi nak try jugaklah buat hehe.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...