Tuesday, June 3, 2014

Coklat Cadbury sah tiada DNA Babi!

Salam. Berita terkini tentang status kehalalan coklat Cadbury dari BERNAMA! Jom baca!

Info: Analisis Jabatan Kimia Sahkan Coklat Cadbury Tiada DNA Babi - Jamil Khir

BANGI, 2 Jun (Bernama) -- Analisis makmal Jabatan Kimia terhadap dua produk coklat susu Cadbury - Roast Almond dan Hazelnut (badam dan kacang hazel) - disahkan tiada Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata kedua-dua produk yang dianalisis itu adalah daripada kelompok yang sama dengan produk yang disahkan mengandungi DNA babi sebelum ini, tetapi sampel kali ini diambil terus dari kilang pengeluar produk itu di Shah Alam.

Menurutnya, sampel yang diambil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 26 Mei lepas untuk dianalisis oleh Jabatan Kimia itu ialah jenis Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no) 221013 N01RI1 dan jenis Hazelnut dengan nombor kelompok 200813 M01HI2.

"Selain itu Jakim turut mengambil empat produk lain dalam aliran pemprosesan yang sama dan lima jenis bahan mentah yang berpotensi mengandungi unsur haiwan," katanya pada sidang akhbar di sini Isnin.

Sehubungan itu beliau berharap keputusan berkenaan akan meredakan kerisauan umat Islam berhubung status coklat itu, memandangkan makmal yang menganalisis sampel itu diperakui Jakim untuk mengesan DNA babi.

Kementerian Kesihatan sebelum ini dilaporkan mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam mengandungi DNA babi atau porsin.

DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang hazel bernombor kelompok 200813 M01HI2, tarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat susu dengan buah badam bernombor kelompok 221013 N01RI1, tarikh luput 15 Jan 2015. -- BERNAMA





Misya : Penggemar minuman coklat.

5 comments:

  1. walaupun dah disahkan tapi masih belum terasa nak makan cik misya... hu hu hu....

    ReplyDelete
  2. @Farah Waheda Wahid Tula.. Kembang tekak bila memikirkannya. Huhu

    ReplyDelete
  3. dah ragu-ragu mak makan coklat ni

    ReplyDelete
  4. tak rasa dah nk makan. sbb pernah disahkan ada DNA babi kan.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...