Friday, May 30, 2014

Langkawi Family Day #1 || Terlepas flight!

Salam semua.. Baru-baru ni saya dan family ke Langkawi untuk bercuti. Alhamdulillah ada rezeki lebih sikit dapat bawa family ke Langkawi naik flight. Impian saya sejak kecil mahu bercuti naik flight bersama-sama family tersayang tercapai jua. Yang paling best suami pun ada.:)


Tapi 1st day je dah spoil sikit! Gara-gara kelewatan flight saya dari Penang ke KL, maka saya terpaksa berkejaran dari KLIA menuju LCCT untuk flight ke Langkawi. Dengan jalan jem, then kami parking kereta jauh takde pula shuttle bus nak angkut kami masa tu. Tahan teksi semua taknak berhenti. Kalau tak bawa barang banyak bolehlah menapak. Ini dengan luggage je dah berapa biji kami redah jua jalanraya. Last-last ada juga teksi baik hati tumpangkan kami ke LCCT.

Sampai-sampai je apa lagi, cari kaunter nak check-in beg. Sangat-sangat mencemaskan!! Tapi apakan daya, kami tak boleh check-in luggage sebab dah close! Stress mula melanda... Tapi nasib baik dengan bantuan staff Air Asia yang baik hati, bagi option, luggage yang kecil boleh bawa naik dulu manakala yang besar kena ada sorang yang tinggal dan naik flight seterusnya. Kebetulan husband saya pun stuck dalam jem dari KL so kami decide saya tinggal dulu manakala my parent and 2 adik saya naik dulu. At least nak beli tiket baru takdelah heavy sangat nak bayar. Jadi saya tunggu husband sampai, then my family fly dulu ke Langkawi. Alhamdulillah selesai masalah...  Cuma kena invest sikit beli tiket baru. Ada juga teman nak fly ke Langkawi.. 


Berkejaran my family nak naik flight takut tertinggal. Alhamdulillah mereka selamat menaiki flight dan terus terbang ke Langkawi. Tinggallah saya keseorangan di LCCT menanti my hubby tiba..

Yeay my hubby sudah sampai. Perut sudah lapar, pekena Marrybrown sat.. Sedih juga tak dapat makan dalam flight sebab dah booking. Burn gitu je.. Takpelah daripada semua tiket burn yang penting my family sudah selamat sampai ke Langkawi. 


Nasib baik ada last flight 2 jam selepas tu. Takpelah invest lebih sikit. Memang niat nak bawa family jalan-jalan dan merasa naik flight, so Alhamdulillah tercapai.


So, lepas ni makesure kalau nak ke mana-mana naik flight be prepared seawal yang mungkin. Silap saya juga timing saya naik flight dari Penang ke KL tu patut lebih awal. Urusan kerja punya pasal. Sabar jela.. Petang tu orang balik kerja memang jem giler lah jalanraya sana-sini. Lesson learn. 1st time pengalaman tertinggal flight. Sebab flight ni bukan macam bas boleh suruh tunggu-tunggu. Nantikan kisah family day kami dalam entry seterusnya ya!=)


Misya : Nak bawa family gi oversea.

3 comments:

  1. wah suspen je.. takutnya tetinggal flight

    ReplyDelete
  2. penat jugak tu aimy nk menapak jauh -
    alhamdullilah semua dipermudahkan slm sampai yer.

    ReplyDelete
  3. Sama gak kisah kita ni.. tapi saya yang naik flight.. husband tinggal bawa luggage.. dahla naik dengan 2 anak kecik berlari-larian ke kapal sebab dah lewat sangat.. nasib ada crew yang kesian tengok kitorang berlari2, tolong angkatkan beg susu.. memang pengalaman paling tak boleh lupa la..

    http://www.momsavenues.com

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...