Salam.. Jom ke Korea pula! Nak review tempat penginapan saya dan husband masa kami honeymoon ke Korea tahun lepas secara backpackers. Tempat ni agak femes di kalangan rakyat Malaysia yang bercuti ke Korea. Namsan Guest House.. Terletak betul-betul di tengah-tengah bandaraya Seoul, Korea. Sangat-sangat strategik berhampiran dengan Seoul Tower, tempat shopping 24 jam iaitu Myeongdong dan stesen tren dan bas. Heaven la dapat stay sini.
Ada 3 buah Namsan Guest House, so kami dapat yang No. 2 punya...
Inilah katil a.k.a tempat tidur kami. Hanya di atas lantai. Itu yang specialnya! Lantainya dilengkapi sistem pemanas dipanggil indool system. Sebab time kami datang tu cuaca agak sejuk. Rasa nyaman sangat-sangat bila tidur..
Ada TV, cermin dan hair dryer.. 1 malam rate lebih kurang RM120 if tak silap. Kami stay 4 malam.. If nak stay di hotel tak berbaloi sebab sangat mahal. Macam ni je pun dah cukup selesa untuk kami.
Disebabkan saya pilih bilik VVIP maka bath tub disediakan. Sangat bersih...:)
Kaunter tempat check-in.. Orang Korea ni agak sukar nak berbahasa Inggeris. Nasib baik hubby saya pandai settlekan. Huhu.
Antara arahan-arahan yang perlu dipatuhi sepanjang stay di sini.
Masuk ke dalam belah kanan adalah bilik kami..:)
Namsan Guest House ni comel je tempatnya.. Dikelilingnya adalah bangunan-bangunan rumah, kedai, restoran dan sebagainya. Pagi-pagi, roti. jem dan peanut butter disediakan sebagai breakfast. Bolehlah nak bancuh coffee, milo ke... Mesin basuh pun ada disediakan if anda nak basuh baju. Cuma dari jalan besar nak ke sini kena berjalan kaki dan naik bukit sikit. Tapi cuaca sejuk tak terasa penat langsung. Kami benar-benar rindu dengan tempat ni. Simple place but nice to remember..:) If nak tahu story lanjut kami berbulan madu boleh ke SINI.
For booking, please go to www.namsanguesthouse.co.kr/ind_e.htm
Misya : Honeymoon pertama.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.