Salam semua.. Alahai terbaca Blog 3 Dalam 1 tentang permintaan Abby Abadi bekas actress popular yang telah berhijrah ke imej Muslimah yang mahu para peminat mendoakan kebahagiaan perkahwinan kedua beliau dengan Farhan, membuat saya sedikit sebak. Adakah perkahwinan mereka sedang bergolak dan bakal berpisah?
Berdasarkan instagram Abby Abadi tersirat 1 status bermakna sambil memaparkan gambar romantis mereka berdua.
Walaupun saya bukanlah peminat tegar Abby Abadi tapi kisah rumahtangganya menjadikan iktibar kepada semua wanita di luar sana. Macam-macam orang cakap tentang beliau sejak bercerai dengan pelakon Norman Hakim tapi penghijrahan beliau dan keikhlasan beliau berbaik-baik dengan isteri kepada bekas suaminya Memey, memberi inspirasi bahawa tiada apa yang akan selesai if terus berbalah. Itu yang wat saya kagum dengan Abby ni.
Mari kita sama-samakan doakan kebahagiaan Abby dan Farhan.. Pasangan serasi dua-dua sama cantik dan sama padan. Gaduh ckit-ckit tu normallah kan. Abby lebih matang hope dorang terus happy bersama anak-anak tersayang.:)
Misya : Belajar mengalah dan memaafkan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.