Friday, May 30, 2014

Blogger Mak Dara kehilangan suami, Matias Ali... Al-Fatihah..

Salam.. Pagi Jumaat ni saya dikejutkan dengan entri Bubblynotes tentang pemergian suami kepada blogger dan penulis skrip drama dan filem yang famous iaitu Mak Dara. Saya ada juga terbaca entri-entry Mak Dara sebelum ni tentang suaminya yang dimasukkan ke wad kerana masalah kesihatan. Dan akan menjalani operation. Tak sangka secepat itu, suaminya meninggalkan kita semua. 



Walaupun kami tak mengenali satu sama lain tetapi saya selalu join segmen anjuran Mak Dara dan ada juga Mak Dara tinggalkan komen-komen di blog saya. Secara tak langsung memberi ikatan silaturahim antara sesama rakan blogger. Takziah buat Mak Dara dan family... Al-Fatihah untuk arwah suaminya, Matias Ali.. Allah lebih menyayanginya.. Tak sangka rupanya arwah mempunyai masalah buah pinggang dan menghidap kanser darah stage 4! Ya Allah hai.. Penyakit tiba tak kira usia... :(

Status Mak Dara di facebook berhubung pemergian suaminya..

Semoga Mak Dara tabah dan sabar hadapi ujian yang maha berat ini. She is strong woman sebab itu Allah uji sebegini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. Takziah sekali lagi... Al-Fatihah...



Misya : Setiap ujian ada hikmahnya.

3 comments:

  1. ohh yake. Takziah buat Mak Dara dan keluarga. Semoga tabah menghadapi dugaan ini.

    ReplyDelete
  2. Innalillahhiwainnahirojiun...
    Takziah buat Mak Dara dah keluarga... Al-Fatihah...

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...