Tip Praktikal Memastikan Agar Percutian Menggembirakan Tidak
Menjadi Tragedi Ngeri Buat Anda Dan Keluarga!!!
1. Pilih Tingkat Yang Betul
Tingkat paling bawah adalah antara tingkat yang patut
anda jauhi — terutamanya jika ia jauh dari lobi. Jika anda tidak dapat
mengelak, minta agar diberi bilik yang pintunya menghadap kawasan dalaman
hotel, dan bukannya menghadap jalan raya atau tempat letak kereta. Ini kerana tingkat bawah merupakan sasaran mudah bagi
mereka yang ingin memecah masuk ke bilik hotel anda.
Jauhi juga bilik-bilik di tingkat 6 dan ke atas kerana
jika terjadi kebakaran besar, anda mungkin gagal diselamatkan. Ini kerana
kebanyakan tangga bomba hanya boleh mencapai ke tingkat 5 atau 6 sahaja.
Bilik paling ideal adalah yang di tingkat 3 atau tingkat
4. Jika terjadi kebakaran, anda mudah diselamatkan. Bilik di sini juga tidak
sepantas untuk di akses oleh penjenayah seperti di tingkat lebih rendah. Syarikat-syarikat antarabangsa yang telah berpengalaman
dengan krisis jenayah kebanyakannya mempunyai kontrak khas dengan hotel agar
memberikan bilik di tingkat-tingkat ini untuk staff mereka.
2. Bawa Sendal Pintu
Alat keselamatan yang murah, ringan dan boleh dibeli di
mana-mana.
Benda mudah ini mungkin menjadi sebab anda selamat —
tidak kiralah jika anda menginap di hotel 5 bintang atau hotel murah yang
dibina di dalam bangunan rumah kedai.
Secanggih manapun sistem keselamatan hotel anda, ia boleh
dipecah masuk tanpa meninggalkan kesan. Pilihan terbaik anda ialah gunakan
dead-bolt di pintu bersama sendal pintu yang anda bawa sendiri dari rumah. Setiap kali anda berada di bilik, selitkan sendal getah
ini di bawah pintu bilik. Alat kecil dan murah ini akan menjadi penghalang
terakhir jika penjenayah berjaya mematahkan semua sistem keselamatan yang
dipasang di pintu bilik hotel. Benda terakhir yang anda mahu terjadi ialah penjenayah
memasuki bilik anda sewaktu anda sedang tidur.
3. Biarkan Televisyen dan Lampu Terpasang
Membazir? Mungkin tidak. Membiarkan televisyen dan lampu
terpasang apabila anda keluar memberi tanggapan kepada penjenayah yang anda
masih berada di dalam bilik.
Jika anda perlukan khidmat housekeeping sewaktu di luar,
biarkan lampu dan televisyen terpasang, dan letakkan notis “Jangan Ganggu” atau
“Do Not Disturb” di tombol pintu. Sebelum keluar, telefon ke lobi dan beritahu
mereka yang bilik anda boleh dibersihkan seperti biasa.
Ya, banyak hotel kini memerlukan keycard bilik diletakkan
ke dalam slot kuasa di tepi pintu untuk memastikan sumber elektrik bilik anda
terus terpasang. Jadi minta 2 kad bilik sewaktu anda mendaftar dan katakan
ianya untuk teman sebilik yang mungkin datang kemudian. Alternatif kedua ialah dengan menggunakan apa-apa kad
lain yang sama saiz (seperti kad lama yang tidak diguna lagi) untuk dimasukkan
ke slot itu (Nota: Helah ini mungkin berjaya untuk hotel dengan sistem lama
sahaja).
4. Waspada dengan Kamera Tersembunyi
Pengesan kamera tersembunyi ini mungkin dapat
menyelamatkan karier orang-orang politik di Malaysia. Sesiapa sahaja boleh menjadi sasaran kamera tersembunyi.
Anda tidak perlu menjadi artis popular atau ahli politik — kerana sesiapa saja
boleh menyorokkan kamera tersembunyi di bilik anda. Sedar-sedar, rakaman di bilik hotel anda sudahpun
ditonton rakan sekerja dan jutaan penonton di Youtube!
Kamera pengintip yang dahulunya hanya digunapakai oleh
pihak berkuasa kini mudah dibeli di laman web dengan harga di bawah RM 100.
Yang menakutkan ialah, kerana saiznya yang semakin kecil, kamera ini boleh
disembunyikan di dalam lampu meja, kotak tisu, soket elektrik, pengesan asap,
sehinggalah kepada objek kecil seperti pen.
Jika anda tidak mahu diri anda dirakam sewaktu di dalam
bilik hotel, anda boleh membeli pengesan kamera tersembunyi yang ada di
pasaran. Bergantung kepada jenis pengesan anda boleh mendapatkannya dengan kos
di bawah harga RM 150.
5. Tips Untuk Barang Berharga
Sewaktu di bilik, pastikan barangan berharga seperti
passport, wang atau dokumen penting tidak ditinggalkan. Tetapi jika anda
terpaksa meninggalkannya, simpan atau sorok barangan anda. Antara caranya ialah
menggunakan pita pelekat dan melekatkan dokumen itu di bawah laci meja atau
tempat tersorok lainnya.
Pastikan juga laptop di simpan atau dikunci menggunakan
kabel keselamatan jika anda meninggalkannya di bilik.
Jika anda mahu menyimpan barangan anda di peti besi
bilik, uji peti besi itu terlebih dahulu. Ini kerana pihak hotel yang cuai
kerap membiarkannya dengan password masterkey asal peti iaitu 000000. Untuk
sesetengah hotel, dengan hanya menekan nombor tersebut, anda boleh menyebabkan
pintu besi itu terbuka.
Jika ini terjadi, letakkan saja barangan anda di peti
besi kaunter tetamu (untuk 3 bintang ke atas). Jika anda menghuni hotel bajet,
anda perlu mencari alternatif lain. Yang paling senang — jangan bawa barangan kesayangan anda
sewaktu cuti.
6. Kenali Hotel Anda
Selepas check-in, ambil masa untuk cari tangga kecemasan.
Jika terjadi kebakaran, anda tahu di mana tempat menyelamatkan diri.
Ambil juga beberapa minit untuk membiasakan diri anda
dengan sistem telefon di bilik anda. Pastikan ianya berfungsi supaya anda dapat
terus membuat panggilan kecemasan bila perlu.
Jika kunjungan kali pertama anda ke tempat letak kereta
menakutkan anda (banyak hotel mempunyai tempat letak kereta yang gelap dan
sunyi), gunakan valet parking. Ia mungkin agak mahal, tetapi ia lebih selamat,
terutamanya jika anda seorang wanita dengan kereta mewah.
Jika terjadi sebarang kecurian, buat laporan polis kerana
sesetengah barangan berharga yang dibeli dengan kad kredit mungkin dilindungi
insuran.
7. Anda Wanita? Tips Tambahan!
Pengembara wanita yang berseorangan lebih digemari oleh
penjenayah. Jika anda menginap bersendirian, anda kena lebih
berhati-hati kerana anda merupakan sasaran kegemaran penjenayah. Ini kerana
kaum wanita kerap membawa barang kemas berharga, lebih mudah dilemahkan, dan
menjadi bonus untuk penjenayah yang mempunyai motif seks.
Pastikan sewaktu anda diberi kunci bilik, tetamu lain
tidak tahu akan nombor bilik anda. Sewaktu menaiki lif, pastikan juga anda
tidak bersendirian dengan tetamu lelaki lain. Jika anda diserang di dalam lif,
tekan semua butang lif agar lif berhenti dan terbuka di setiap tingkat.
Jika anda ada sebarang urusan peribadi, buat urusan di
kawasan orang ramai seperti di lobi atau di restoran di luar hotel. Kebanyakan
kes jenayah bunuh di hotel selalunya terjadi akibat pertengkaran yang tidak
terkawal di dalam bilik. Percutian bersama keluarga atau kerja di luar kawasan
yang menyebabkan anda terpaksa menginap di hotel mungkin memenatkan. Tetapi
apapun situasi anda, jaga keselamatan diri.
Kerapkali tetamu yang tidak diundang mungkin staff
housekeeping yang mahu membersihkan bilik. Tetapi pada masa yang sama, bilik
anda juga mungkin diintai penjenayah tegar yang baru keluar 3 bulan dari
penjara.
Jangan ambil ringan keselamatan di bilik hotel. Anda
tidak mahu diri anda pula menjadi tajuk utama akhbar dengan tajuk — PembunuhanNgeri di Bilik Hotel.
Misya : Suka bercuti.
uih, xpenh terfikir pulak nk buat ciri2 keselamtn cmni klu pi hotel..huhu..maseh utk info..pasni kna berhati2..
ReplyDeleteowhh.. info berguna.. tq..
ReplyDelete