Wednesday, January 30, 2019

Resipi Jemput-Jemput Bilis Dari Ibu Mertuaku

Salam. Petang-petang hari sambil lepak-lepak kat rumah di hujung minggu takde watpe, why not kita masak kudap-kudapan simple macam jemput-jemput bilis ni. Ada orang panggil cucur bilis, takpun cekodok bilis tapi saya prefer panggil jemput-jemput. Sebab cucur tu ala-ala macam cucur udang which lebih garing dan ada daun bawang. Cekodok plak saya imagine cekodok pisang which rasanya manis. Jom saya share recipe jemput-jemput bilis ni which inspired from my mom in law. Simple dan mudah serta cepat untuk disediakan. Dats why jemput-jemput bilis ni jadi kegemaran husband saya. :) 





Bahan-bahan

- Tepung Gandum
- Ikan Bilis (Kupas siap-siap)
- Bawang Kecil
- Telur 1 biji
- Air Masak
- Sedikit Garam 


Kaedah Membuatnya

1. Gaulkan kesemua bahan di atas. Kuantiti setiap bahan terpulang nak berapa banyak ikut berapa orang nak makan. But telur fix 1 biji sahaja. Tujuannya sekadar untuk melembutkan tekstur jemput-jemput. Makesure jangan terlalu cair nanti susah nak bentuk-bentukkan dia dalam kuali time menggoreng. Sesetengah orang akan kisar ikan bilis dan bawang bagi lebih halus especially untuk bagi anak-anak yang tak suka ikan bilis dan sayur.

2. Then panaskan minyak dalam kuali. Pastu bolehlah gunakan sudu besar untuk letakkan adunan jemput-jemput tadi one by one untuk digoreng. Saiz, terpulang. Saya suka tak besar dan tak kecil sangat. If besar sangat nanti cepat muak bila makan. huhu

3. Dah kekuningan gini, bolehlah angkat dan toskan atas tisu dapur untuk serap minyak lebihan dari jemput-jemput ni. Siap untuk dinikmati bersama-sama sos cili dan air teh O panas-panas. Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang. Kalau saya, tambahan pencicah saya gunakan mayonis. Perghh marvelous! huhu..


Sebelum ni saya kurang mahir wat jemput-jemput. Selalu saya gunakan tepung segera cucur jenama Adabi tu. Tapi rasa dia kurang sedap plus agak kering dan keras kejung bila sejuk. Sekali balik uma mak mertua, beliau masak benda ni, terus saya minta recipe. Patutlah sedap sebab dia gunakan telur. Selama ni saya tak tahu. Now dah tau, even dah sejuk masih sedap dimakan. Moist dan lembut gitu. Thank you Mama for this recipe! :*



Misya : Nak pikat suami kena belajar masak macam ibunya.


2 comments:

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...