Salam. Dolu-dolu masa tengah aktif modelling, saya selalu lah join mana-mana modelling or catwalk class untuk mantapkan skill. Antara class yang saya join under butik Hayat Bussaina (now dah rebranding ke nama baru iaitu Lamar Wedding). Owner butik ni Kak Yati, juga seorang model, make-up artist and wedding planner. Mula-mula saya terjun dalam dunia modelling ni, beliau lah orang pertama yang groom saya dan compcard 1st saya adalah hasil kerja team beliau.
Dah lama nak join class Inspire Within by kak Yati ni. Sebab beliau ni antara yang aktif dalam dunia Model Muslimah. Walaupun dah berusia 40an but still maintain macam anak dara ok! Thats why saya terinspirasi and belajar banyak benda dari beliau.
Nama pun modelling class, so of course la ada sesi belajar catwalk. Class ni dibuat kat butik dan spa Kak Yati di Gombak. Walaupun saya jauh dari Putrajaya tapi no reason untuk datang belajar.
Catwalk depan cermin memang syok! Boleh membina keyakinan diri. Uols yang sejenis darah gemuruh/ stage frightened tu banyak-banyak praktis berjalan/bercakap depan cermin. InsyaAllah membantu mengurangkan rasa takut or nervous tu.
Kelas Kak Yati ni memang tak ambil ramai student setiap sesi. Sebab mudah dia nak fokus mengajar.
Kali ni saya berempat. Yang paling bagus, anak Kak Yati pun join tau this class dan bukannya free ya. Tetap kena bayar. Why? Itulah displin dan pengorbanan yang perlu dicurahkan if nak berjaya dalam sesuatu bidang. Supaya kita lebih appreciate titik peluh orang lain walaupun mak sendiri yang organize class ni.
Inilah kak Yati.. Cantik kan walaupun anak dah besar-besar. Kak Yati ni kira supermodel la juga dalam dunia model Muslimah. Selain jaga penampilan, beliau juga ajar tentang displin. Sebab model ni bukan sekadar nak glamor je tapi nama baik sendiri kena sentiasa jaga. Jangan luaran je cantik tapi dalaman pun kena cantik juga.
Yang penting lunch provided ya. hehe..
Ok selesai belajar catwalk, kami belajar makeup pula. Kira class ni sangat bagus sebab kita belajar from A to Z untuk grooming dan naikkan self confident.
Hasil mekap sendiri. Tak semestinya untuk jadi model. Boleh gunakan untuk bekerja ke, interview ke kan..
Selain catwalk, makeup, kami ada sesi dengan image consultant. Dijemput khas untuk brief kepada kami tentang gaya dan penampilan yang sesuai untuk setiap orang. Seronoklah macam-macam personaliti kita leh belajar.
Dah belajar catwalk, dah mekap cantik-cantik, seterusnya, sesi photoshoot untuk compcard. Yang best wardrobe pun disediakan. Takyah susah-susah nak fikir pakai baju apa.
Part ni memang saya suka la. Hehe..
Dah mekap dan pakai lawa-lawa kenalah posing cecantik. Huhu..
Then posing ramai-ramai dengan peserta lain..
Syukur Alhamdulillah saya dinobatkan sebagai peserta terbaik untuk kelas Inspire Within kali ni. Rezeki! Dapat hadiah produk kesihatan keluaran kak Yati sendiri,
Bersama image consultant dan Kak Yatt. Tq so much to both of you atas segala ilmu yang dicurahkan. Walaupun saya tak aktif sangat dah dalam modelling but at least ilmu yang saya dapat, saya leh gunakan untuk improve keyakinan diri saya setiap hari.
This is us... Jumpa lagi di lain hari.. InsyaAllah..:)
Misya : Lama tak pakai heels, rasa gayat.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.