Friday, February 24, 2017

Mengapa klinik-klinik di Makkah sepi tanpa pesakit?

Salam. Nak tahu mengapa klinik di Kota Makkah sunyi sepi tiada pesakit yang datang? Jom baca hasil perkongsian seorang doktor dari Indonesia yang membuka klinik di sana. 



Di Makkah, klinik-klinik sangat sunyi sepi jarang pesakit datang, berbeza dengan keadaan klinik di tempat lain, memang berbeza dan tidak sama kerana yang membezakan adalah aqidah dan syariatnya.
Selama 6 bulan doktor tersebut membuka klinik di Tanah Suci (Makkah Mukarramah), tiada seorang pesakit pun yang datang untuk mendapatkan rawatan. Hinggakan beliau merasa sangat hairan, adakah orang-orang di sini tidak pernah sakit?

Akhirnya beliau mendapat jawapannya dari salah seorang Muslim di sana. Jawapannya : Bila kami sakit,

*Ikhtiar pertama*


Kami melakukan Solat Sunat dua rakaat dan memohon kesihatan daripada Allah. InsyaAllah sembuh dengan izin dan kasih sayangNya.


Kalau tidak sembuh,


*Ikhtiar kedua*


Membaca Al Fatihah atau surah-surah lain, tiupkan pada air minuman dan minum. Dengan amalan tambahan:

*Jika badan panas* maka kami perbanyakkan bacaan Selawat (kerana Selawat adalah penyejuk)

*Jika badan  sejuk* maka kami perbanyakkan bacaan Ayat Kursi.

*Jika sakit yang boleh dilihat* maka kami membaca Surat Al fatihah sambil mengusap-usap di bahagian yang sakit.

*Jika sakit yang tidak boleh dilihat* maka kami perbanyakkan bacaan Surat Al Ikhlas, Al Falaq dan An-Naas (untuk menolak gangguan sihir).


Dan Alhamdulillah kami akan sihat. Inilah Ruqyah untuk diri kami sendiri. Tetapi kalau masih belum sihat juga,


*Ikhtiar ketiga*


Bersedekah dengan niat mendapatkan pahala kebaikan dan dijadikan jalan penyembuh penyakit tersebut. InsyaAllah akan sembuh. Kalau masih tidak sembuh juga, 


*Ikhtiar keempat*


Perbanyakkan istighfar untuk bertaubat kerana Nabi Muhammad Solallahu 'alaihi Wasallam memberitahu kami bahawa sakit adalah salah satu sebab untuk pengampunan dosa-dosa. Kalau masih belum sembuh juga,


*Ikhtiar kelima*

Meminum madu dan habbatussauda 


*Ikhtiar keenam*

Mengambil makanan herba seperti bawang putih, buah tin, zaitun, kurma dan lain-lain seperti disebut dalam Al-Quran. Jika belum sembuh juga,


*Ikhtiar ketujuh*

Berjumpa doktor yang soleh. InsyaAllah akan diberi kesembuhan dari Allah swt.



Misya : Jangan berhenti berusaha.

1 comment:

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...