Monday, February 27, 2017

Berita baik untuk Kaki Masjid!!!

Salam semua. Adakah anda seorang kaki masjid yakni jenis yang selalu ke masjid? Kalau ya, wah beruntungnya anda. Berita baiknya adalah sekurang-kurangnya mereka bakal mendapat 11 ganjaran berikut : 

"Kalau kakimu tidak membawamu kemasjid, bagaimana ia akan membawamu ke syurga!" 

 Beruntunglah orang yang digelar kaki masjid.;

1- Rasulullah SAW berpesan: "Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah dia orang beriman. Allah SWT berfirman: 'Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah SWT dan hari akhirat (Al-Tawbah 9: 18). " (Riwayat Ibn Majah)

2- Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik." (Riwayat Ahmad, Ibn Majah)

3- Rasulullah SAW bersabda: "Tiada seorang Muslim pun yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah SWT gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang." (Riwayat Ibn Majah)

4- Rasulullah SAW bersabda: "Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah SWT; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga:

i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah SWT.
ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah SWT.
iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah SWT, maka dia dijamin Allah SWT. (Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)

5- Rasulullah SAW bersabda: "Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah SWT, mereka membaca kitab Allah SWT dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah SWT menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat." (Riwayat Muslim)

6- Rasulullah SAW bersabda: "Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah SWT dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya. Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid." (Riwayat al-Bukhari) Dalam riwayat Malik: "Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali kesitu semula."

7- Rasulullah SAW bersabda: "Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat." (Riwayat al-Tirmizi)

8- Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah SWT, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik." (Riwayat al-Tirmizi)

9- Rasulullah SAW bersabda: "Masjid rumah setiap orang bertakwa. Allah SWT telah jamin sesiapa yang masjid menjadi ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju keredaan Tuhan." (Riwayat al-Baihaqi)

10- Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah SWT akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang." (Riwayat Ahmad)

11- Allah berfirman: "Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah SWT maka kerana hal itu satu kesan ketakwaan hati." (Al-Hajj 22: 32)
Dan Allah SWT juga berfirman: "Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah SWT ialah yang paling bertakwa."  (Al-Hujurat 49: 13)

Ya Allah semoga kami menjadi kaki masjid dunia supaya kami termasuk dalam senarai VIP-Mu di syurga.

"Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang terbaik untuk-Mu." (Riwayat Abu Dawud)


Misya : Ikhlas dalam beribadat lebih besar ganjaranNya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...