"Pagi ni saya dikejutkan dengan satu cerita yang menakutkan terjadi pada jiran betul-betul sebelah rumah.. Bukan diambil dari mak saudara, abang ipar mahupun kawan baik. Ini betul-betul terjadi depan mata saya!
Subuh tadi, lazimnya selepas kejutkan anak bangun tidur untuk bersiap ke sekolah saya akan turun ke bawah untuk siapkan sarapan dan bekal sementara tunggu mereka mandi. Saya biasanya akan buka pintu rumah untuk nikmati suasana subuh yang dingin dan tenang.
Tetapi pagi ini agak berbeza dari pagi-pagi sebelumnya apabila van sekolah berhenti di depan rumah jiran saya. Bila saya tengok jam 6.20 am. Hati saya terdetik.."Awalnya van sekolah dia datang pagi ni. Selalunya 6.40 am". Tapi saya teruskan kerja saya di dapur. Kemudian saya terdengar suara bising di luar. Saya ke depan untuk menjenguk.
Saya dengar driver van sedang bising-bising. Saya tak faham. Sebab mereka bercakap dalam bahasa Cina. Bila jiran saya seorang lagi keluar, van sekolah tersebut pun beredar.
Saya pun tanya pada Ah Pek tu apa yang terjadi. Kata Ah Pek tu, van sekolah datang nak ambil cucunya. Tapi van tu awal 20 minit. Dia tanya driver kenapa awal? Katanya driver tak tahu dan bos mereka suruh ambil awal. Van sekolah masih kosong. Selalunya van sudah penuh.
Sebab cucunya trip yang terakhir. Driver van pun muka lain. Dia rasa tak sedap hati. Jadi dia suruh driver ambik budak lain dulu sebab cucunya belum siap. Driver menolak kerana tidak mahu patah balik. Dia kata kalau driver tak mahu patah balik, takpelah dia sendiri akan hantar cucunya ke sekolah. Driver kata dia menyusahkan! Dia kata nak buat macam mana? Cucunya belum siap lagi. Macam mana nak suruh naik van? Driver tersebut terus memarahi dia. Sampailah Albert (jiran kami) keluar. Van pun cepat-cepat beredar.
Pukul 6.40 am, van sekolah pun sampai. Saya yang sedang duduk tunggu anak saya sarapan menjenguk keluar. Saya nampak cucunya naik van tersebut. Dan dengar Ah Pek itu bercakap dengan driver van. Saya diamkan saja. Kemudian saya hantar anak saya ke sekolah. Balik dari hantar anak, saya menyapu di luar rumah. Ah Pek datang depan rumah saya.
"Aiya!! U tau ka..? Tadi saya tanya driver van yang selalu ambik saya punya cucu. Dia ada hantar olang ambik ka..? Dia kata tarak. Kalau ada, dia akan bagitau satu hari lebih awal. Dia kata itu olang mau kidnap saya punya cucu wo! Dia kata sekalang olang guna van sekolah untuk kidnap budak! Haiyaa...".
Saya beliakkan mata. Saya tengok orang tua tersebut tak habis geleng-geleng kepala sambil menadah tangannya yang penuh urat dan tinggal tulang itu ke langit.
Dalam hati saya, Ya Allah.. Nasib Allah beri orang tua ini akal. Kalau tidak..?
Pada mereka yang hantar anak-anak menaiki van, pastikan nombor van, waktu dan pemandunya adalah sama setiap hari. Mungkin ini adalah modus operandi mereka yang terbaru untuk menculik kanak-kanak."
Oh my.. Bahayanya zaman sekarang ni orang nak wat jahat macam-macam cara. Seriously menakutkan. :( Berhati-hatilah ya para ibubapa. Kalau anda sendiri ambil dan hantar anak ke sekolah itu lebih baik. Tapi if terpaksa juga gunakan van sekolah, pastikan sentiasa waspada.
Misya : Suka naik bas sekolah.
Salam Aimi,
ReplyDeleteRisau betul dengan kegiatan culik kanak-kanak ni.. Macam-macam cara mereka buat untuk mengaburi mata kita.. Berwaspadalah.. Saya selalu pesan dengan anak jangan ikut orang lain selain dari penama yang saya sebut. Semoga kita dilindungiNya selalu..
Ya Allah, takutnyaaa. Macam-macam penjahat sekarang ni. Moga dilindungi kita dan ahli keluarga kita dari orang jahat. Huhu
ReplyDeleteBahayanya!!!
ReplyDelete@I am LZ Tula memang risau. Betul kena sentiasa pesan anak-anak.
ReplyDelete@Ana Fatihah Amin...
ReplyDelete@Noor Maizan Serius memang bahaya. Takut juga if penculik tu guna pukau ke apa. Ish mintalah dijauhkan dari penjenayah ni. :(
ReplyDeletemakin teruk kes culik sekarang ni. sebelum ni kes culik guna van putih tapi sekarang orang makin berani nampaknya. semoga pihak berkuasa boleh pantau kes ni lebih kerap lagi
ReplyDeleteMaaf..cerita ni tersebar pada feb 2015 dan melalui whatsapp..kesahihan tak dapat dipastikan
ReplyDelete@Cik Tie Tula semua pihak perlu ambil langkah berjaga-jaga..
ReplyDelete@nadia Thats why saya mention story ni dari group wasap di awal entry dear..:) At least kalau tak sahih sekalipun, orang ramai tahu benda begini boleh berlaku dan akan ambil langkah berjaga-jaga. Mencegah lebih baik.. Tak gitu syg?;)
ReplyDelete