Ya Allah sedihnya.. Ulama' kesayangan semua telah pun pergi meninggalkan kita buat selamanya. :'( Hilangnya seorang insan yg mulia di bumi Tuhan..
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau guru kami kau murabbi kami
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau guru kami kau murabbi kami
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Murabbiku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau guru kami kau murabbi kami
Iklan
Alfatihah tok guru kesayangan kami Tok Guru Nik Aziz Nik Mat..
12/2/2015 malam Jumaat. Sama tarikh dengan As Shahid Imam Hasan Al Banna.
tenang berehat di taman syurga =')
ReplyDeleteAl-Fatihah