Salam. Baru-baru ni Presiden Indonesia Joko Widodo atau mesra digelar Jokowi telah pun datang ke Malaysia atas jemputan DYMM YDP Agung Malaysia selama 3 hari. Apa yang menarik tentang lawatan beliau adalah kata-kata santai daripada Presiden berjiwa rakyat tersebut kepada pengulas a.k.a blogger Datuk A Kadir Jasin. Kata-kata tersebut sama ada secara spontan ataupun sebenarnya menyindir Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib, wallahualam.. Tapi sedikit sebanyak macam ya!
Kata Presiden Jokowi: Saya ini wong ndeso, wong kampung, nggak ngerti golf. Saya bisanya nyangkul. Saya itu tidak bisa main golf. Belum pernah pegang stik golf. Belum pernah lihat dalamnya golf gimana.’
“Kata saya, ngak perlu risau Pak Presiden. Apa hebatnya golf?
“Ular tedung tidak hilang bisanya kalau menyusur akar. Ular lidi panjatlah pohon paling tinggi tetap tidak berbisa.” Tulis Datuk Kadir lagi menggambarkan keperibadian presiden ini.
Almaklum umum tahu semasa banjir besar melanda negara baru-baru ini, foto our PM bermain golf bersama-sama Presiden US; Obama tersebar luas di media sosial. Ibarat PM tak ambil peduli masalah rakyat. Tapi tak tahulah apa yang diperkatakan oleh Jokowi tu sekadar melawak ataupun benar-benar nak menyindir Najib. Mungkin kebetulan.. Jokowi datang dari golongan rakyat petani yang susah so memang dia tak pernah bermain golf. Malaysia dan Indonesia sememangnya seperti rakan karib dari segi hubungan diplomasinya. Hope hubungan diplomatik ni terus kekal sampai bila-bila.
Sumber : SINI
Misya: Mulut laser lebih bahaya.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.