Monday, March 24, 2014

Korea Free Trip Part 6 : Main ski, excited but nervous!

Salam semua.. Perghh minah mana plak yang main ski dengan sangat hebat ni? Nampak macam pro gitu. Wakaka.. Itulah saya! Tak bergerak pun masa ni. Huhu.. Sambungan Part 6 trip saya ke Korea bersama Elken. Part 5 boleh baca SINI. Kali ni entry about pengalaman saya dan suami bermain ski di kawasan Alpensi Ski Resort, Korea. Perghh memang takkan dilupakan sampai bila-bila! 


Sebelum main ski, kenalah bersiap sedia dulu dengan pakaian dan kelengkapannya. Tanpa pakaian dan peralatan yang sesuai, boleh mengundang bahaya!

Pakaian kami... Disewa khas oleh Elken.. Mahal baju ni kalau nak beli. Sebab sangat berkualiti. Ada yang cecah ribuan ringgit untuk sepasang sut. Bila kita main ski, ia akan beri kita rasa suam so takdelah kita kesejukan semasa main ski. Jangan lupa google dan snow cap!

My hubby.. Dah macam mamat negro mana entah. Hehe... Tetap hensem di hatiku. Muah3x!^_~

Inilah kasut ski.. Berat dia, perghh sangat berat! Huhu.. 

Before pilih kasut kena ukur saiz kaki dulu. 

Inilah peralatan yang diperlukan. Ski board dan pemegangnya..

Benda alah ni je yang ringan. Wakaka..

Ski board yang sangatlah berat. Nasib baik ada my hubby boleh tolong angkat. Huhu. Tapi memang kena berat pun supaya kita tak susah nak jatuh.



Kelihatan kaunter tempat sewaan ski board dan kasut.. Ramai juga yang nak main ski kat tempat ni.


This is me! Hehe.. Excited + nervous! Wakaka.. 1st time nak main ski.. Masa ni yang tak bestnya tak tahu la why my nose asyik meleleh je air hidung. Terpaksa pakai penutup hidung. Tak tahan sejuk agaknya hidung ni. But nasib baik tak berdarah.

I'm ready for skiing time! Risau takut jatuh. Huhu.. Sekali jatuh susah nak bangun. Dengan kasut dan ski board yang sangat berat tu memang takes time nak bangun if terjatuh. Kena bukak then pakai balik. Huhu.

My hubby sangat excited nak main ski. Last dia main masa kat Canada dulu. Patutla dia teror main. Laju je meluncur dari atas ke bawah tanpa jatuh pun!

This is us! Kesian my hubby ambil masa 1 hour untuk ajar wife nya ni main ski! Wakakaka..

We are ready!






Ok dah penat.. Rest sekejap. Huhu.. Nampak macam best dan senang je nak meluncur atas salji tu. Tapi perlukan teknik yang betul sebenarnya. SIkit-sikit belajar Alhamdulillah saya berjaya juga meluncur dengan baik. Walaupun ada juga jatuh tergolek sekali. Huhu.

3 jam tempoh diberi.. Mainlah puas-puas ski ni. Nampak mudah tapi penat juga. huhu

Inilah peluang nak baring atas salji! Yahoooo bestnya!

Hahaha kelakar je rasa tapi inilah kepuasan yang takkan dapat digambarkan dengan kata-kata! Syukur Alhamdulillah...:)

Dah habis main ski, apa lagi jom jalan-jalan posing di sekitar Alpensi Ski Resort ni. Belakang tu Ski House yang menempatkan sewaan dan kedai-kedai untuk bermain ski.


Huuu so cool! Hidung jadi merah. huhu


Pengalaman yang takkan dapat dilupakan sampai bila-bila.. Love Elken so much!

Dinner time!

Menu kali ni special sikit sebab berasaskan seafood.. Ikan sardin sangat sedap!

Steamboat.. Ada udang, sotong, ikan... Best!

Puas gila dapat makan seafood yang sangat sedap!

Di Korea, wajib ada seaweed, kimchi dan sayur-sayur yang lain atas meja setiap kali makan.


Malam ini malam terakhir kami bermalam di kawasan Alpensi ni. Esok kami akan berangkat ke Seoul pula. So, kami spending time jalan-jalan and snap sebanyak mungkin gambar sebagai kenangan.

Will miss this place!

Yippi! Bilalah dapat datang lagi ke sini.. Nak ke sini kena spend money lebih sikit sebab travel agent jarang bawa ke tempat ni melainkan kita yang request nak datang sebab tempat ni jauh dari Seoul dan tourist pun tak ramai datang sini.

Honeymoon yang sangat bermakna buat kami berdua. Hadiah perkahwinan terhebat from Elken!^_^

We're really enjoying this trip! 

Miss you Alpensi!!! 

Next : Part 7

Misya : Mahu main salji di negara lain.

1 comment:

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...