Friday, March 7, 2014

Gara-gara kontroversi Hanez Suraya 'rampas' suami orang, blog saya terkena tempias!!

Salam.. Alamak ai.. Bila saya check statistik pengunjung blog saya, tetiba entry Wajah saya seiras Hanez Suraya dan Eja??? naik mendadak! Aikk entry ni dah lama kenapa ramai plak viewer nya.. Rupa-rupanya baru saya teringat, kontroversi pelakon Hanez Suraya merampas suami orang sedang hot di dada akhbar dan laman sosial terutama facebook. 



Alamak ai... Tak memasal blog saya pun terkena tempias ya. Huhu.. Walaupun ramai yang cakap wajah saya ala-ala si Hanez Suraya tu tapi saya adalah saya. Tiada kena-mengena dengan beliau. huhu. Karang tak memasal kua je rumah saya kena serbu dek wartawan! Ahaksss... (perasannyer..) =P 



Berkenaan kontroversi Hanez Suraya dan Mr. R yang dikaitkan tu saya taknak komen apa-apa. (Bajet statement artis le pulak!) huhu.. Tapi so far yang saya lihat Hanez ni sangat-sangat berkeyakinan tinggi orangnya. Apa saja tohmahan dia tetap dengan pendirian beliau. Cuma bagi saya sebagai seorang wanita yang belum berkahwin, better anda diamkan diri. Dari terus menerus mengeluarkan kenyataan yang menyinggung banyak pihak terutama isteri kepada Mr. R iaitu Liyana Manan. Jangan kata Liyana Manan, mana-mana isteri pun akan terasa dengan kenyataan beliau. Bagi pasangan tu ruang untuk settlekan masalah rumah tangga mereka. Kalau tak salah tak perlulah meroyan sana-sini. Hilang dah cantik tu. Wah tibe emo pula. huhu. Yela, saya pun seorang isteri, sedikit sebanyak saya faham perasaan seorang isteri camne. Suami tempat kita menumpang kasih, tetiba ada pula orang ketiga, dan orang ketiga tu pula suruh kita minta maaf, apa ke hal nya? Macam tak hormat institusi sebuah perkahwinan pun ada. Macam lagi suka rumah tangga orang tu bergoyang. Should be Hanez beri tempoh bertenang untuk diri sendiri dan pasangan tu selesaikan masalah. Kalau ada jodoh, takkan ke mana.. Lagi banyak benda keluar dari mulut, lagi menambah-nambah benda negatif. Banyak pengajaran boleh diambil dari kes ni. Kita banyak-banyaklah berdoa moga kita dan family sentiasa selamat dari gangguan seperti ini. Amin..


Tapi saya takdelah salahkan Hanez 100%. Sebab dia wanita macam saya juga. Mungkin beliau juga menjadi mangsa keadaan. Yang lelaki nya pula tolonglah jadi gentleman. Walaupun anda dah benci isteri anda sekalipun tak perlu lah buat perangai tunjukkan keegoan anda. Fikir elok-elok before wat sesuatu sebab anda seorang lelaki. Patutu berfikiran matang dan lebih jauh. Jagalah hati kedua belah pihak. Ibarat tarik rambut dari tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. Jadilah lelaki sejati yang bertanggungjawab atas setiap perbuatan anda. InsyaAllah hidup anda akan dipermudahkan..

Sumber
Sumber

# Tetiba panjang la plak komen saya! huhu..


Misya : Sayangkan Allah melebihi segalanya baru Allah beri kasih sayang melalui orang-orang yang kita sayang.

5 comments:

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...