Salam dan selamat petang semua.. Tengah watpe tu? Mesti memasing busy sediakan juadah buka puasa. huhu. Okla tengah free-free ni saya update modelling portfolio saya. First time dapat shoot kat sebuah villa yang berharga ratusan ribu or maybe jutaan ringgit! Sungguh cantik tempat ni. Siap ada ladang kambing! Sekali masuk rasa macam kat dalam drama atau filem. Cantik sangat-sangat..! Special thanks to my make-up artist, Elly Ryan yang sudi invite saya dalam sesi photoshoot kali ni. Sempena sesi perkenalan untuk pertandingan dianjurkan oleh Anggerik Desa, jadi kami berkumpul di villa mewah yang terletak kat Sungai Buloh ni. Saya, Syafiq dan Mezra bergabung sebagai talent dalam contest ni dan akan berentap dengan 25 group yang lain pada malam kemuncak 30 September nanti.
Yang masih belum mengundi tu, sudi-sudikanlah mengundi saya untuk gambar black & white bagi kategori Muslimah High Fashion di SINI. Photoshoot with Elly Ryan ni diadakan sehari selepas majlis pertunangan saya tau! huhu.. Sanggup drive dari Putrajaya ke Sungai Buloh demi tak menghampakan sis Elly yang cute macam penyanyi Rossa ni. Alhamdulillah dapat selesaikan tanggungjawab. Dan paling best dapat kenal ramai photog yang best! They're so sporting & happy go lucky. Gelak je sepanjang shooting. huhu.. Hope to see uols again.. Lets view my photos captures by them!
Me in NMS Collection wardrobe..;) Hijab from Butik Mama..
Inilah kami! Doakan kami berjaya dalam malam final nanti ya!=)
Skodeng!!
Mezra, Sis Elly, Me & Syafiq (macam Syamsul Yusof muka dia!)
Cik Misya : Muka cam keletihan.. Penat majlis bertunang tak hilang lagi masa ni. huhu..
lawanya mata, ;)
ReplyDelete