Salam semua.. Updated new profile! Tema 60s by Jamina Make-Up Artist.. Photoshoot ini dibuat sempena Pencarian Duta "The Beautiful Touch by Jamina" yang sedang berlangsung sekarang. Uols dah undi saya ke belum? Belum undi lagi?? Haaa ni nak marah ni! huhu.. [hot sangat kerr?] ;p Takpe, kalau rajin nak mengundi klik je SINI untuk tahu kaedahnya. [harap korang undilah ye.. hehe]
Hope tema 60an ala-ala Saloma berkebaya merah ni menjadi lah ya. Saya mix and match je apa yang ada dalam wardrobe. Susah juga sebab Saloma mana pakai tudung. Oops! hehe.. Takpelah, ni 60an versi sopan sikit yakni bertudung. Kebetulan kebaya ni baru je siap dijahit oleh tailor feveret saya. Tup3x dapat panggilan suruh datang shoot tema 60an atau berkebaya. Time shoot pun feeling-feeling a-go-go cuma takde lagu je! Kalau tak dah lama beraksi pop yeh yeh! haha.. [tak pasal-pasal dilabel perempuan kabaret karang]
Jom tengok my portfolio in red kebaya.. Cewah! Make-up by sis Jamina, photog by Syazwan and lagi sorang abang tu.. Err tak ingat, ampun sesangat! ~_~ huhu..
Ada macam cover girl magazine tak? Ngee..
Tengah-tengah tu kak Jamina.. Relax je dia make-upkan saya. Memang pro la! huhu..
Cik Misya : Kebaya merah tu adalah baju raya tahun ni sebenarnya. Dah rasmi awal-awal. haha..
mcm penah ku lihat model nie..
ReplyDelete