Wednesday, November 30, 2011

Novel kesayangan aku didramakan!!

Akhirnya... Novel yang paling suka sepanjang hayat telah direalitikan dalam bentuk drama!! =) 
"BICARA HATI" 
Inilah novel pertama yang aku baca. Sejak tu minat aku membaca novel terus tersemai. Thanks to penulisnya, Damya Hanna yang menulis sebuah novel yang sangat menyentuh hati sampai tak jemu dibaca dan membuatkan aku mengalirkan air mata tiap kali membacanya!!!^^

Watak Zahlia dan Tengku Syahran dilakonkan oleh pelakon cun Christina Suzanne dan handsome Sharnaaz Ahmad. Sama cantik dan sama padan. Mengisahkan perkahwinan kontrak antara Zahlia dan Tengku Syahran yang sangat dramatik. Huhu mesti best!!

Cover novel Bicara Hati (terkini)

Cover novel Bicara Hati (lama)

Drama 26 episod ni akan ditayangkan di Astro Prima bermula 13 Disember 2011. Alaaaaaaaaaaaaa..... Sedih betul aku takde Astro!!! Ok nekad mahu pasang astro!! Huhu.. I want to watch this love story sangat999x!! 

Cantiklah gaun pengantin dia.. huhu..

Seingat aku masa ni, Tengku Syahran try nak goda Zahlia. Zahlia jadi takut dan meronta-ronta minta dilepaskan tapi rupa-rupanya Tengku Syahran main-main je. Berpegang pada janji dalam kontrak, dia takleh sentuh wife dia! Zahlia pun menangis sepanjang malam di malam pertama sebab dipermainkan.... Wah, gitu....! huhu.. [Tak tahu dalam drama dia wat camne]

Handsome gak mamat ni. Haha..

Em tak kenal sangat pelakon ni. Cantik and hopefully dia leh bawa watak Zahlia dengan baik.:)

Aku tak ingat siapa yang memperkenalkan novel ni kepada aku. Masa tu aku tak minat sangat baca novel. Suddenly hamba Allah yang bagi aku baca tu, membuatkan aku baca sampai habis. Memang sangat best novel ni. Bila part-part yang sedih dan mendebarkan, aku pun turut menangis dan berpeluh-peluh! Wah gituuuu... hehe..

Cerita selanjutnya boleh tengok blog MasrinaSidek.



Cik Misya : Nak cari orang pasang Astro. hehe...


1 comment:

  1. tolong menolong ler,, dah muja amik dari blog aimi,, knala muja backlink kan,,, hehe,,

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...