Friday, June 19, 2015

Pelakon Adeline Tsen peluk Islam?

Salam.. Wah gempar pelakon wanita yang sedang meningkat naik iaitu Adeline Tsen dikatakan telah memeluk agama Islam! Gara-gara tersebar gambar beliau memakai telekung dan mengucapkan kalimah 'Alhamdulillah' konon-konon selepas mengerjakan terawih dalam laman Instagram. Automatik para peminat menyangka Adeline Tsen telah memeluk Islam.

Inilah foto Adeline yang memakai telekung tersebut.


Tapi selepas mendapat komendari peminat tentang 'penghijrahan' beliau tersebut, Adeline kemudian menafikannya. Rupanya ia adalah untuk babak lakonan beliau dalam sebuah telemovie berjudul "imam kacak pakwe kami" Haha suspen je kan!

Ramai peminat happy mendengar berita ni tapi rupanya ia adalah babak lakonan semata-mata. Siap ada  yang mendoakan Adeline memeluk Islam satu hari nanti. 



Saya mengenali Adeline melalui drama bersiri meletop di Astro iaitu Bukan Kerana Aku Tak Cinta lakonan Nelydia Senrose dan Sharnaaz Ahmad. Adeline lakonkan watak jahat dalam drama tu. Walaupun watak jahat tapi saya tertarik lah dengan bakat dia ada. Walaupun non-Malay tapi petah berbahasa Melayu. Moga kerjaya Adeline terus sukses!


Misya : Ramai Islam di IC sahaja.






Pakcik kostum Winnie the Pooh rupanya ada 7 isteri dan rumah besar!!

Salam.. Huarghhh ramai yang menangis untuk orang yang salah! If anda perasan ada kisah seorang tua dari Indonesia yang memakai kostum Winnie The Pooh mengemis di jalanan menjadi viral dan telah membuatkan ramai orang menangis. Bukan di Indonesia saja malah di Malaysia termasuk lah saya. Tapi rupa-rupanya itu semua dusta belaka. Pakcik tersebut bukanlah seperti yang dilihat dalam gambar! Bernama Suardi dan berusia 74 tahun rupa-rupanya mempunyai 7 orang isteri dan sebuah rumah besar di Indonesia.


Menurut Siakap Keli

Memetik laporan Merdeka.com, hasil siasatan Dinas Sosial dan Tenaga Kerja (Dinsosnaker) Indonesia, dia bukanlah hidup sebatang kara seperti yang didakwa sebelum ini sebaliknya dia mempunyai tujuh orang isteri, lima orang anak dan sebuah rumah besar.

“Dari hasil itu, dalam satu tahun dia bisa membeli rumah di Mojokerto, beli motor Yamaha Vixion dan motor matik. Istrinya saja ada tujuh. Katanya istri saya cuma tujuh saja. Cuma tujuh. Loh ini bener dari pengakuannya sendiri. Entah isteri-isterinya yang lain meninggal atau cerai, kita tidak tahu. Yang jelas, dia bilang istrinya tujuh,” dipetik dari Merdeka.com.

Hasil pemeriksaan rekod kesihatannya pula, pihak berkuasa mengesahkan Suardi tidak menghidap sebarang masalah kesihatan.



Allah... Memang kalau tengok gambar pakcik ni sesiapa saja akan sebak. Tak tahu la apa tujuan dia buat sedemikian. Bila jadi camni boleh menyebabkan orang dah hilang rasa simpati dan percaya pada mereka-mereka yang betul-betul berada dalam kesusahan. Moga tiada lagi insan yang mengambil kesempatan sebegini. Apa-apa pun hopefully pakcik ni tak wat camtu lagi. Kesian tetap kesian sebab fikir usia dia menjangkau 70 tahun tapi tak patutlah kan wat orang lain menangis pada tempat tak sepatutnya. ;( Maybe someone di sana boleh bantu pakcik ni beri pekerjaan yang sesuai jika benar dia orang susah.


Misya : Tak percaya pada orang nak pinjam duit.

Thursday, June 18, 2015

The Klagan Hotel, Kota Kinabalu || Apa pendapat saya?

Salam. Ahha ada sape-sape nak ke Kota Kinabalu, Sabah? Maybe tak ramai kot nak ke sana since kejadian gempa bumi baru-baru ni. Tapi saya suka ke KK sebab tempatnya peaceful. If ke sana, saya suggest untuk stay di The Klagan Hotel. Kebetulan atas urusan kerja dapatlah jejak kaki ke Sabah lagi. 

Masuk je bilik terus wow! Agak luas, bersih dan nice deco. Hotel terletak betul-betul di tengan bandar KK. Hampir dengan shopping mall dan hotel Le Meridien. Jalan ke depan sikit sampai dah Pasar Filipina tempat shopping wajib gi. Tengok saya shopping di SINI. Rasa macam ada di Korea plak sebab betul-betul tengah town. Senang nak ke mana-mana.

Siap ada meja kerja lagi. Memang sesuai la untuk sesiapa datang atas urusan kerja.

Boleh wat hot water.

Peti besi untuk simpanan barang, almari yang ada pelbagai tempat simpanan.

Ini yang saya paling suka, Ada iron dan sejadah. Bagus hotel ni.


Don't worry towel disediakan. So tak berat lah beg nak naik flight tanpa angkut towel sendiri dari rumah,

Toiletries yang disediakan. 

Bilik air yang sangat bersih.

See.. tengok ruang antara TV dan katil sangat luas. Selesa la if nak bawa family stay sini.

Saya sangat suka kerusi malas ni. Tak pernah lagi jumpa hotel sediakan kerusi malas gini. Huhu. Tak memasal saya berangan nak beli satu letak kat rumah.:p

If uols berminat nak stay di hotel ni bolehlah hubungi alamat dan no. tel berikut. If nak booking via online kena masuk website Agoda/Booking.com & etc. Hope review saya ni dapat membantu anda. Moga rakan-rakan kita di Sabah semua selamat dari bencana gempa bumi. Amin..

Address: Unit 25-28, Ground Floor, Block D, Warisan Square, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Phone:+60 88-488 908



Misya : Selesa itu penting.

Salam Ramadhan 1436H dari Misya & suami..

Salam.. Selamat Berpuasa semua!! Alhamdulillah masih dipanjangkan usia untuk menikmati Ramadhan tahun 2015 ini. Uols pose ke tak ni?;)) Hehe.. Apa-apa saya dan suami, mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1436 Hijrah kepada semua blogger dan follower yang disayangi. If saya ada terkasar bahasa ke, mohon dimaafkan.^^ Hope this year, ibadah puasa kita semua lebih diberkati dan mendapat manfaat di penghujungnya. Ameen. Love uols!


Misya: Bersederhana menyabmbut Ramadhan.

Wednesday, June 17, 2015

Swiss Garden Resort & Spa, Kuantan || Apa pendapat saya?

Salam. Erm dah lama tak review hotel rite? Alhamdulillah ramai juga yang jadikan blog saya tempat rujukan untuk survey mana-mana penginapan. Happy dapat bantu orang.=) So kali ni nak review 1 lagi hotel yang saya stay last week selama 5 hari 4 malam sebab berkursus iaitu Swiss Garden Resort & Spa. Dengar nama dia pun dah dapat feel hotel ni best. Huhu. Masa sampai di Kuantan, kami (saya dan staf ofis) tersesat ke sebuah lagi  tempat yang nama sama iaitu Swiss Garden Residents. So sape-sape nak datang sini jangan tertukar tempat ya. Masing-masing tak jauh pun. Kalau dari KL menghala ke Kuantan akan jumpa Swiss Garden Resort & Spa ni dulu belah kiri. Hotel ni betul-betul tepi laut. Memang mendamaikan la if stay sini.

Tarra... Bilik memang selesa. Bersih. Tak terlalu kecil or terlalu luas. 

TV, kettle, peti ais semua tersedia.

Almari pakaian berkeadaan baik

Dalam almari ada iron. Ni memang saya suka. Senang tak berebut nak pinjam iron dengan pengunjung lain.:p

Ke bilik air pula... 

Saya tertarik dengan toiletries yang disediakan. Warna sangat ceria! Comel kan if bawak balik. hehehe

1st time saya tengok hotel gunakan warna merah sebagai hiasan dinding bilik air. Menarik sebab macam menambah semangat sikit nak mandi.

Haa jamban pun dihiasi dinding merah. Ni nak bagi cepat-cepat membuang agaknya. Haha..

Bilik saya dapat ni tak menghadap laut. Tapi bolehlah nak santai-santai kat luar ada kerusi disediakan.

Dont forget to selfie!

Our breakfast. 5 hari kami stay sini, menu breakfast hampir sama. Wajib ada nasi lemak. Rasanya? Oklah sedap juga. Standard macam hotel-hotel lain juga. 


Disebabkan kami datang time cuti sekolah, MasyaAllah punya lah ramai orang. Dah macam pasar pula. Siap berkhemah tambahan untuk tempat duduk pengunjung. Agak kurang selesa sebab pack dengan manusia. Nak check-in pun kena tunggu giliran agak lama. Nasib bek datang under kapasiti urusan kerja so dipermudahkan urusan. Maybe sebelum bulan puasa dia kaut sales kow kow sebab masa Ramadhan tak ramai dah nak stay hotel. Apa-apa pun hotel ni recommended la if anda nak stay. Ada swimming pool, spa, groceries shop. Kelab malam pun ada ok! Plus tak jauh dah nak jenjalan di bandar Kuantan. Rate agak berpatutan. Anything boleh ke www.swissgarden.com/


Misya : Dah lama tak berendam dalam pool.



Nasi Briyani superb Restoran Menara Pakistani Cuisine!

Salam.. Ahha.. Terliur tak tengok gambar nasi biryani ni? Huhu. Last week entah nape my hubby suddenly ngidam nak makan nasi Arab. Kebetulan nak coaching biz partner kat USJ, so dia bawa lah kami ke tempat ni. Tengok biasa-biasa saja restorannya. Takpela try je dulu. If sedap leh datang lagi. Kat mana ni? Area USJ 1. Berhadapan dengan Restoran Nasi Lemak. Dan ternyata memang superb! Sedap sangat-sangat. Tq Aina my biz partner yang introduce this place.^^

Menu kami.. Nasi Briyani berlaukkan Ayam Tikka Massala dan Fish Tikka. Kuah tu FOC. hehe. Tengok menu memang pening juga nak pilih sebab nama pelik-pelik. Tapi daripada suggestion si pelayan maka kami pilihla menu ni.
 
Inila ayam Tikka Massala. Serius sangat sedap. Terasa rempah ratus, pedas-pedas sambal. Ayam dia serius sangat lembut!

My hubby order Biryani Kambing. Banyak giler nasi dia sampai tak terhabis. Sepinggan leh makan untuk 2 orang.

Inilah nama restorannya. Restoran Menara. Kalau nampak signboard ni area USJ1, yela tu. Hhehe.

Yang paling best every Friday ada promosi Nasi Briyani Kambing hanya RM10.00 sahaja sepinggan! Harga asal RM16.00 tau. Diskaun RM6.00 tuu. Kebetulan restoran ni dekat dengan masjid jadi comfirm ramai serbu lepas solat Jumaat.

So, nak puasa ni if tak tahu nak makan apa untuk berbuka bolehlah try restoran ni. Tapi dibuka sampai jam 10.00 malam je. Takleh nak lepak-lepak macam kat kedai mamak. huhu. Happy eating!=)



Misya : Nak belajar masak Nasi Arab.

Segmen Blogwalking Ramadhan bersama Misya

Salam. Erm rasanya saya dah lama tak jenjalan di blog rakan-rakan. Almaklum saya kebizian tak sempat nak terjah dari blog ke blog. Tapi sempena Ramadhan yang bakal tiba ni, InsyaAllah saya akan meluangkan masa untuk ziarah ke blog anda semua. Jadi sape yang mahu saya blogwalking dan komen blognya, jom join segmen ini. Simple je caranya... =)

Klik banner untuk link copy


1. Create 1 entry bertajuk Segmen Blogwalking Ramadhan bersama Misya, copy paste banner di atas dalam entry anda dan backlink kan ke entry ini.

2. Jangan lupa mesti follow my blog dan like my page below :




Yang dah follow dan like tq so much!=)

3. Publishkan entry anda dan komen link entry anda di ruangan komen di bawah ya. 

4. Tarikh tutup penyertaan 3 Julai 2015 jam 12.00 tengah malam.


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Blogwalking!



Misya : Amalan ziarah-menziarahi adalah mulia.


Elaun perumahan penjawat awam dinaikkan!

Salam... Wahhh bukan 1 berita baik tapi ada 2 berita baik diumumkan oleh PM Malaysia hari ni. 1st Bonus Raya untuk Kakitangan Awam dan Pesara. Yang kedua, elaun rumah penjawat awam dinaikkan!! Wow, baik la pula hati our PM ni. Hehehe apa-apa pun terima kasih la ya. Sebab rasanya dah bertahun-tahun elaun rumah ni tak naik-naik sedangkan harga rumah melambung-lambung naik tiap tahun. The best part is untuk mereka yang stay di kuarters kerajaan, no more potongan 100% elaun rumah! Wahhh serius ni sangat best. Almaklum saya pun duk kuarters. So bila kena tolak elaun rumah tu macam tak best je rasa. Dats why ramai taknak duk kuarters sebab bila nak beli rumah, elaun dah dipotong!


Putrajaya: Berkuatkuasa 1 November ini, penjawat awam gred 41 dan ke bawah akan menikmati kadar baru Imbuhan Tetap Perumahan sebanyak RM300 sebulan berbanding RM180 yang diterima ketika ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kadar baru itu akan dinikmati oleh 1.1 juta penjawat awam di seluruh negara.

Beliau berkata, pada masa sama, penjawat awam yang menduduki kuarters pula akan menerima 25 peratus daripada kadar imbuhan tetap perumahan yang diterima mereka.

"Kadar baru itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM1.04 bilion," katanya ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA X1V) dan Persada Transformasi Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, pagi tadi. Sumber



Misya : JUSA tak dapat la ya?

Bonus Raya untuk kakitangan kerajaan dan pesara!

Salam. Hooray!!! Kakitangan gomen dapat bonus raya... Huhu macam tak percaya mula-mula tengok status fb member tentang berita ni. Tapi lepas baca di MyMetro, sah memang ada bonus Raya diumumkan oleh PM sendiri. Syukur Alhamdulillah... Almaklum sejak ada GST ni mesti duit kerajaan makin banyak. Tak logik la kan if takde bonus atau pape imbuhan.;)


 

Putrajaya: Kerajaan mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah untuk Ramadan dan persiapan Aidilfitri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, bantuan khas itu akan turut dinikmati oleh lebih 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen dengan bayaran sebanyak RM250.

Menurutnya, kedua-dua pembayaran itu akan dibuat pada 25 Jun ini.

"Ia membabitkan anggaran implikasi kewangan berjumlah RM1 bilion," katanya ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA X1V) dan Persada Transformasi Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, pagi tadi.


Misya : Hasil GST lebih RM1 bilion..

Monday, June 15, 2015

Istanbul Trip #5 : Salji tebal menyelubungi bumi Turki!!!

Salam. Dari Part 4 kini Part 5 pula. Hari kedua di Istanbul, plan nak ke Muzium Panorama di Topkapi. Ada sesuatu bakal berlaku pada Hari Kedua ni sebab takkan jumpa experience ni kat tempat lain yang saya pernah pergi! Nak tahu apa dia? Jom zoom apa aktiviti kami...

Rezeki kami dapat melihat keajaiban Tuhan... Peluang menikmati salji menyelubungi bumi Turki.. Tak sangka apa yang diperkatakan oleh salah seorang penjual kasut winter kami jumpa inform tentang cuaca bersalji tu benar belaka! Kuasa Tuhan... Yang takkan jumpa di Malaysia!

Pagi-pagi breakfast dulu di Bekdas Hotel. Awal pagi tu cuaca kelihatan biasa saja macam hari sebelumnya. Tak aspect pon salji turun sume tu sebab kalau diikutkan kalendar musim sejuk di Turki sepatutnya dah berada di penghujungnya. 

Hotel kami dikelilingi oleh shoplot yang best-best! Boleh shopping puas-puas tapi harga agak mahal di sini.

Tengok tu, macam-macam kedai ada! 

Dalam train... Tanpa disangka, dalam perjalanan kami ke Topkapi, salji turun dengan lebatnya!! Ya Allah... Betapa terujanya saya melihat salji turun. Ini bukan cobaan tapi betul-betul!! Huhu.. 

Macam tak percaya je dapat lihat salji turun live depan mata. Saya and family dah menggelitik dah tak sabar nak sampai tempat dituju. Nak feel salji turun!!

Hoorayyyyy!!! Finally impian jadi kenyataan!! Nak feel salji turun secara live! Selalu asyik dengar hubby story camne salji turun kat Canada. Now dapat juga rasai pengalaman salji turun. 

Syok nya!!! Ya Allah tak tahu nak cakap apa dah. Syukur Alhamdulillah..

Semua dah jadi macam kanak-kanak excited salji turun!

With my mom in law..

Teruja sampai semua sudut nak amik gambo! hehe...

Semuanya sudah kelihatan berwarna putih dilitupi salji..

Walaupun menggigil kesejukan tetap tabah nak selfie! Wakaka..

With sis-in-law.. She still available. Wakaka..

Fuhhh lama-lama tak tahan dah sebab salji makin lebat. Pandangan makin kabur.. Kami meneruskan perjalanan ke Muzium Panorama.

Muzium ni memaparkan bagaimana Kota Constantinople (Istanbul) yang dahulunya pengaruh Kristian sangat kuat, kini boleh menjadi negara Islam terkuat.

Cakk!

Suasana dalam Muzium Panorama..

Yang paling best Muzium ni memaparkan suasana peperangan dalam bentuk 3D. Seolah-olah kita berada di zaman tersebut. Rasa real pula siap sound effect bom sana-sini.

Dats why nama Muzium ni Panorama sebab memang dia memaparkan panorama sebenar semasa penaklukan Kota Istanbul zaman peperangan dahulu. 

Demi menegakkan syiar Islam akhirnya Kota Istanbul berjaya ditawan!

Tak dapat kami bayangkan if kami berada di zaman itu...





Actually 3D yang dipaparkan tu sama macam replika yang dipamerkan ni. Kita berada di tengah-tengah bulatan tu sambil dikelilingi suasana peperangan. Macam mana la orang dulu-dulu boleh bertahan dalam suasana peperangan ya?



With my Atok..

Alhamdulillah selesai lawatan kami di sini. Ready for the next journey..

Di luar salji turun semakin lebat. Habis kami diselaputi oleh salji tebal. Salji yang baru turun ni sangat lembut. Macam kapas. If bawa cendol, sirap, susu, boleh wat ABC! Hehehe..

Next ke mana kami? Wait for Part 6 ya!=)


Misya : Jadi kanak-kanak Ribena.





Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...