Tuesday, March 19, 2013

Selamat Pengantin Baru buat Nurza, Mazz, Nana & Fatihah!!

Salam semua.. Wah ramai betul mendirikan masjid di Bulan Mac ni ya!! Huhu tumpang bahagia saya pabila melihat rakan-rakan kesayangan meniti hari bahagia mereka. Wat saya rasa nak cepat-cepat je kahwin! Wakaka.. Sabar ye Cik Misya..;) 

Ok-ok, actually saya nak ucapkan Selamat Pengantin Baru wat rakan-rakan yang baru sahaja meraikannya.  Antaranya Miss President ESM Frens Club! Tahniah buat mereka semua! Cepat-cepat timang baby tau! Ahakss... Jom tengok siapa yang kahwin tu...;)


Nurza dan Man... Sahabat dalam bidang modelling.. Sangat cantik! :)



Nana dan Joe! Rakan saya semasa di Universiti.. Satu course, satu college! Bertemu cinta di alam pengajian, now mereka sudah selamat bergelar suami isteri. Cewah! Satu-satunya wedding yang sempat saya hadiri.. Tahniah Nana & Joe!





Fatihah dan Rizal... Salah seorang rakan saya dalam bidang modelling.. Tihah pandai make-up kan orang juga tau! Nikah pun dia mekap sendiri. Cantik kan? Luar biasak!!=)



And finally, our Miss President in ESM Frens Club, Mazz!! With her hubby K-rol.. Dua-dua sahabat baik saya.. My business partner also..:) Very da gorgeous!! Tahniah Mazz and K-Rol!


Buat kawan-kawan yang menjemput, minta maaf sesangat tak dapat hadir ke majlis anda. Kekangan masa dan sebagainya tak dapat dielakkan. Maka doa saya sentiasa mengiringi kalian. Wish all of you happily ever after. Jadilah suami dan isteri yang soleh dan solehah. Amin...^_^


Nota: Minta izin copy gambar ya..


Cik Misya : 5 months to go.. Dup dap dup dap...

Perbandingan DX Lingerie dengan korset-korset lain!!

Salam semua. Haa rasanya ramai lagi yang tak tahu apa istimewanya DX Lingerie yang saya pernah kongsikan dengan anda di SINI. Jom kita tengok apa yang special sangat tentang DX Lingerie ni sehingga produk jenama lain tak mampu menandingi kehebatannya!!




So, cepat-cepat dapatkan DX Lingerie sekarang! Hubungi saya di 016-9561764 atau emel ke aimi@aimisyahirah.com untuk maklumat lanjut. Hanya untuk yang serius sahaja! Boleh try sampel dulu. Tak beli pun takpe sebab saya bukan nak suruh anda beli!=) Yang penting anda cuba dan rasa kesedapan baju dalam magic ini! Saya dah milikinya, anda bila lagi?;)


Pinggang rampin, peha langsing, pakai baju apa pun takde masalah! Syukur Alhamdulillah..:)



Cik Misya : Wanita hiasan dunia, hargailah dan jagalah ia sebaik-baiknya.


Kita nak mengemas, Ciko pun sibuk nak mengemas!!!

Salam semua.. Huhu Cik Misya terlampau sibuk kebelakangan ni sampai takde masa nak update entry. Mesti ada yang rindu kan? Ahakss.. [perasan!] ^_^ 

Takde apa nak story sangat pun pagi-pagi Selasa ni. Cuma bila belek-belek album dalam external hard disk saya ni terjumpa gambar kucing kesayangan saya si Ciko.. Alahai.. Geram nengok gelagat dia! Penghibur di pagi hari.. Rindu plak kat dia walaupun hari-hari jumpa dia kat rumah. Huhu..





Memang kucing sangat sukakan box. Any kind of boxes, mesti kucing akan cuba memasukinya. Tak tahu la nape. Huhu. Tengoklah Ciko ni.. Actually masa ni saya tengah kemas-kemas tool box saya yang warna biru tu. Orang sibuk nak mengemas, Ciko pun sama sibuk. Kalau nak menolong takpe juga. Dia pi landing plak dalam tu. Huhu sabar jela ye... 

Tak kisahlah camne pun, saya tetap sukakan kucing. Walaupun pernah dicakar dan sebagainya, tapi entah, takdela rasa fobia ke apa. They're so cute. Manja.. Jadi penghibur.. Huhu..



Cik Misya : Kucing haiwan kesayangan Nabi Muhammad s.a.w..

Thursday, March 14, 2013

Sorry, I'm Busy!!

Salam semua followers dan pengunjung yang disayangi..:) Maaflah sejak kebelakangan ni sunyi sepi je my blog ni. Jarang sangat blast entri-entri terbaru. Saya tersangatlah sibuk sekarang ni. Berkerajaya dan berniaga. Superb amazing punya kerja dan sangat menyeronokkan. Bila tengok hasilnya, SubhanaAllah hilang semua kepenatan!=) Itu barulah betul-betul sibuk.. 


Dalam kesibukan sempat juga menjengah-jengah if ada komen-komen dari pengunjung. Traffic memang down giler la. Huhu..Pape pun if sudi singgah, thanks so much diucapkan. InsyaAllah kalau ada masa saya update entri lagi ya. Jangan rindu kat saya ya.. Hihi. Ada ke yang rindu?? Ahakss..;) I miss uols too tau!=) 



Cik Misya : Banyak orang hanya menyibukkan diri supaya nampak sibuk.

Monday, March 4, 2013

Jom orang-orang Taiping! Saksikan model pakai DX Lingerie secara LIVE!!

Salam semua!! Dah petang Isnin dah rupanya ya.. Huhu.. Haa ni nak kabo kan kepada teman-teman di negeri Perak Darul Ridzuan!! Jom kita turun beramai-ramai ke Taiping pada 10 Mac 2013 ini jam 1.00 tengahari di Hotel Taiping Perdana untuk melihat dan mendengar sendiri kehebatan produk yang saya sendiri gunakan dan menjana income hampir RM10k setiap bulan!! Haaa rugi tak datang okeys!!


Tiket masuk RM8.00 sahaja dan anda akan mendapat freegift 2 sachet Elmarino Blanc yang berharga RM12.00 dan sangat luar biasakk kesannya!!=) So, tiket free je la sebenarnya!! Lol!! Nak tahu apa aktiviti yang ada? Salah satunya adalah pertunjukkan secara LIVE model-model wanita memakai DX Lingerie di atas pentas!! Selalu model baju dalam kita tengok dalam katalog je kan?? Kali ni LIVE ok!! Hah memang rugi siapa tak datang!! At least anda dapat lihat betapa confidentnya seseorang itu tatkala mengenakan DX Lingerie.. :)

DX Career Forum di Kuala Lumpur pada Disember 2012 yang lalu. See.. Live ok model tu pakai, siap catwalk di laluan penonton lagi.

Salah seorang speaker forum ni adalah MCCM Arissa yang telah bergelar jutawan dalam masa 2 tahun sahaja!! Korek rahsia beliau macam mana dengan menjual lingerie ni, beliau telah mendapat income bulanan lebih daripada RM100k sebulan!!! Perghh memang luar biasakk!! Orang nya kecil molek sahaja tapi sangat-sangat luar biasa..



Ramai nak kurus, nak cantik tapi tak tahu produk apa yang terbaik. Balik-balik tengok katalog tu, tengok majalah, tengok TV! Apakata ubah dan upgrade diri anda untuk menimba ilmu baru tentang pemilihan dan pemakaian baju dalam yang betul! Biasa event ni hanya ada di KL saja, Tapi disebabkan permintaan ramai dari orang-orang Perak, maka kami beramai-ramai turun untuk menemui anda dan berkongsi kehebatan Dx Lingerie!! TV, handphone, kereta, setiap 5 tahun boleh upgrade, takkanlah baju dalam sendiri nak pakai hari-hari sampai dah berusia taknak upgrade kot..;) Beli sebulan dah tertarik-tarik talinya.. Sampai lubang-lubang spender pun tak mau tukaq lagi tuh!! Huhu.. Jom tukar!!!

Menjaga kecantikan diri ibarat menjaga kasih sayang suami anda terhadap anda.. Sayangi diri anda, sayangi suami anda, sayangi apa yang Tuhan anugerahi anda.. So jumpa anda di sana ya!!!=) 

Customer merangkap fighter saya... Perubahan yang sangat ketara selepas memakai Dx Lingerie!! =)




Cik Misya : Muka tak cantik boleh cover dengan disolek, badan tak cantik, nak cover camne?

Friday, March 1, 2013

Nasi Goreng USA for lunch..

Salam tengahari semua. Dah lunch? Huhu hari Jumaat rehatnya sangat panjang. Rugi tak dimanfaatkan sebaiknya. Jom pekena Nasi Goreng USA untuk lunch neh! Marvelous okeys.. Dah lapar semua nya nampak sedap rite? Hihi. Takpe, yang penting perut kenyang, leh sambung kerja dengan senang hati. Jangan mengantuk sampai terlena sudey... Mimpi sampai gi USA plak nanti karang! Ahaksss.. Jom makan!!

Cik Misya: Dimulakan dengan Bismillah..

Sedih tak boleh komen blog lain!!:(

Salam.. Aduhai... Tak best betul lah internet office ni! Setakat block facebook tu tak kisah sangatlah tapi sampai nak komen blog orang pun kena block, apa cer?? Adoyai...  Susah dah nak join segmen sebab tak dapat tinggalkan link entry kat blog penganjur..:( Setiap kali nak komen je mesti keluar benda alah gini..


Sedih!!! Huuu... Nak kata sepanjang masa berblogging tidaklah.. Tugas dan tanggungjawab tetap diberi keutamaan. Sambil-sambil wat kerja tu kan nak juga rest otak dengan tinjau-tinjau blog lain. Takdelah jadi macam robot. Ermm nampak gayanya kena kurangkan join segmen.. Nak online kat rumah tak sempat sebab memang jarang ada kat rumah. Huhu.. Takpelah, kot-kot admin office ni tukar setting balik ke kan.. Sian kat saya.. huhu..



Cik Misya : Sibuk meniaga.

Kisah cinta Cik Misya dalam Majalah Nur Februari 2013!!

Salam Jumaat semua!! Haa siapa ada beli Majalah Nur edisi Februari 2013? Huhu dah masuk March baru saya nak announce ya? Sorry la sayang-sayang semua.. Saya sangat sibuk sampai lewat update berita-berita terkini..:) Sesiapa yang ada beli Majalah Nur Feb 2013 tu, mesti perasan dalam salah satu ruangan 'Isu Orang Bujang' terpapar kisah cinta saya dengan si dia!;) Bagaimana kami berkenalan melalui laman sosial facebook sehinggalah mengikat tali pertunangan.. InsyaAllah bakal diijabkabulkan tidak lama lagi..^_^



Featured in Nur Magazine Feb 2013... 


So, mana-mana yang berkesempatan tu, cepat-cepat lah beli Majalah Nur Feb 2013 ni. Harap-harap masih ada di pasaran atau pun terus datang ke Karangkraf, Shah Alam. Mesti ada stock. Huhu.. Rugi tak baca kisah cinta saya ni. Hihihi.. Boleh juga dijadikan panduan untuk mereka-mereka yang sedang mencari calon suami atau isteri..:) Beli tau!!;) Makesure cover depan dia macam kat bawah ni..


Gambar detik pertunangan saya di SINI.

Cik Misya : Kurang aktif bermodelling.


Segmen : Siapa blogger bertuah by Anak En.Yusni

Salam.. Alahai bertuah ke diri ini? Huhu wallahualam.. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia? Ahakss.. Jom join segmen menarik ni di SINI atau klik banner..


Tag : Nadia Johari, Cik Fie dan Delima Sari.. Ini antara top commenter saya dan peserta tegar pelbagai segmen! hehe..



Cik Misya : Jarang dapat cabutan nombor bertuah.

Jambatan sudah roboh!! Laluan Putrajaya Lebuhraya Elite!!

Salam!! Terkini : Jambatan Runtuh Posted by ondscene. Perhatian Satu kejadian jambatan runtuh baru sahaja berlaku petang semalam di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Putrajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2 Sila guna laluan alternatif lain seperti keluar melalui persimpangan Saujana Putra sebelum memasuki Lebuhraya Lembah Kelang Selatan, SKVE untuk ke Putrajaya/Cyberjaya.


Haa sape-sape lalu area sini tu hati-hati okeys. Gunakan laluan alternatif untuk ke destinasi anda. Nasib baik saya tak lalu area sini petang tadi. Tapi memang kawasan ni banyak kali repair. Tak siap-siap lagi pembinaannya. Hopefully tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan. 


Cik Misya : Kontraktor tolong jawab ya.

Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...