Tuesday, July 24, 2012

Saloma versi Muslimah.. Bukan perempuan kabaret!

Salam semua.. Updated new profile! Tema 60s by Jamina Make-Up Artist.. Photoshoot ini dibuat sempena Pencarian Duta "The Beautiful Touch by Jamina" yang sedang berlangsung sekarang. Uols dah undi saya ke belum? Belum undi lagi?? Haaa ni nak marah ni! huhu.. [hot sangat kerr?] ;p Takpe, kalau rajin nak mengundi klik je SINI untuk tahu kaedahnya. [harap korang undilah ye.. hehe] 

Hope tema 60an ala-ala Saloma berkebaya merah ni menjadi lah ya. Saya mix and match je apa yang ada dalam wardrobe. Susah juga sebab Saloma mana pakai tudung. Oops! hehe.. Takpelah, ni 60an versi sopan sikit yakni bertudung. Kebetulan kebaya ni baru je siap dijahit oleh tailor feveret saya. Tup3x dapat panggilan suruh datang shoot tema 60an atau berkebaya. Time shoot pun feeling-feeling a-go-go cuma takde lagu je! Kalau tak dah lama beraksi pop yeh yeh! haha.. [tak pasal-pasal dilabel perempuan kabaret karang]

Jom tengok my portfolio in red kebaya.. Cewah! Make-up by sis Jamina, photog by Syazwan and lagi sorang abang tu.. Err tak ingat, ampun sesangat! ~_~ huhu..



Ada macam cover girl magazine tak? Ngee.. 

Tengah-tengah tu kak Jamina.. Relax je dia make-upkan saya. Memang pro la! huhu..




Cik Misya : Kebaya merah tu adalah baju raya tahun ni sebenarnya. Dah rasmi awal-awal. haha..

Skirt warna-warni untuk hari raya?

Salam semua.. Penat berpuasa? huhu rileks la.. Baru hari ke-4.. InsyaAllah masih ada 26 hari lagi untuk kita berpuasa. InsyaAllah pejam celik pejam celik tibalah kita menyambut Lebaran.=)

So, untuk lebaran ni dah ada baju raya belum? Haa kalau stil tercari-cari apa yang sesuai untuk dipakai masa raya nanti, why not anda try bergaya dengan skirt berwarna-warni dari Empayar Siti Murni (ESM)! Macam-macam warna ada.. huhu. Actually this is one of my modelling portfolio.. Alhamdulillah dipilih oleh ESM untuk menggayakan skirt limited edition ESM ini. Photoshoot dijalankan di sekitar Palace of Justice, Putrajaya. Saya disolekkan oleh MUA yang comel lote Kak Haz dari Puchong. Special thanks to Kak Rafnaz, Uni (sanggup datang walau menanggung baby dalam perut. hehe] and incik photog Akmal [betul ke nama? ngeee jangan mara..~_~]. Yang penting bihun goreng hari tu memang sedap! haha puasa3x!!


Part catwalk tu main bedal je tuh. Tak sia-sia gi kelas SBSM. @_@

Nice kan? All models are gojes! Hope dapat collaborate lagi dengan uols. Saya kelihatan paling pendek. Huahaha..;p

Actually photoshoot ini juga bertujuan untuk dibuat banner sempena fashion show ESM akan diadakan tak lama lagi. Mesti cantik banner tu sebab warna-warni. huhu. Tunggu...........;)


Cik Misya : Mahu belajar gaya turban kak Azie. So creative!

Sunday, July 22, 2012

Terpilih sebagai Finalis PMT-Qaisara ESM, Nantikan malam finalnya!

Salam semua.. Masih ingat lagi Pencarian Model Tudung ESM Qaisara yang pernah saya join beberapa bulan yang lepas? Mungkin ada yang terlepas pandang tentang contest ni. Boleh recap dalam entri INI. Syukur Alhamdulillah saya berjaya ke peringkat semi-final dan seterusnya ke peringkat akhir!! Undian anda dan pemilihan juri profesional yang dipilih oleh Empayar Siti Murni melayakkan saya bersaing merebut gelaran Model Tudung Siri Qaisara. InsyaAllah malam penentuan akan diadakan dalam bulan November [perancangan ESM]. So, sesiapa yang nak datang bagi memberikan sokongan, anda semua dialu-alukan! Tunggu saya war-warkan event tersebut ya! Datang ramai-ramai bawa pom-pom girl! haha.. 


Di malam final nanti, maybe akan ada sesi catwalk dan seterusnya penggayaan Tudung Qaisara. Saya suka tudung ni sebab boleh digayakan dengan pelbagai gaya dan sudah semestinya hiasan bunga ros yang comel di sekeliling tudung!=) Anda teringin nak pakai tudung macam saya ni? Jom ke page Tudung ESM di facebook. ESM juga menyediakan Kelas Modelling Sehari bersama Siti Murni (SBSM), Kelas Make-Up Asas dan Jadilah Emcee Terbaik (JET) bersama Hisham Salleh; Pengacara Selamat Pagi Malaysia. Tunggu event yang penuh gilang-gemilang ini nanti ya! InsyaAllah..=)


Cik Misya : Punya lama simpan story ni, baru kali ni dapat share. huhu..

Featured in Rapi Magazine 15th July 2012

Salam sayang semua.. Lupa nak habaq mai, wajah saya muncul dalam Majalah Rapi keluaran 15 Julai 2012!=) Alhamdulillah sebulan menanti, keluar juga gambar saya. hehe. Muncul dalam ruangan Tampil Berbeza majalah Rapi bergandingan dengan adik Farah Farhana (student MMU, Cyberjaya). Saya disolekkan oleh Make-Up Artist Liyana Dee yang vogue. Huhu.. Wardrobe sponsored by 'Almaree by Twinz'. Jom dapatkan Majalah Rapi keluaran 15 Julai 2012 sekarang!=)


Tudung (Turban) by Al Shawls.. Ramai suka dengan turban ni sebab nampak bergaya dan mudah dipakai. Thanks Alleessa Bunny!=)




Ruangan make-over.. Jom belajar teknik solekan daripada Liyana Dee bagi memberikan kesegaran pada wajah anda! 

Special thanks to Kak Za Afiza yang beri peluang kepada saya untuk gantikan beliau dalam sesi photoshoot bersama Majalah Rapi ini. First time dapat shoot di Studio Karangkraf yang sangat besar dan canggih tu! huhu.. Thanks juga buat Kak Marlia (wartawan) yang ramah dan sporting masa shoot dijalankan. Tak lupa juga incik photog Hafiz.. Senang bekerjasama dengan anda semua. Hope dapat peluang lagi di masa akan datang. Amin...^_^


Cik Misya : Lemah sungguh apabila disuruh senyum nampak gigi. Ngeee...

Pencarian Duta untuk Make-Up Artist Jamina

Salam semua.. Apa khabar? Puasa tak? huhu.. Dah masuk 2 Ramadhan 1433h. Alhamdulillah.. Alang-alang menunggu waktu berbuka puasa ni, jom bantu saya dalam contest terbaru ni. Dah lama publish cuma tak berkesempatan nak update dalam blog. Selebihnya admin yang uruskan. Jom undi saya!:)

Contest diberi nama Pencarian Duta "The Beautiful Touch of Jamina".. Kalau ada rezeki saya jadi duta, Alhamdulillah...=)

Amacam gaya 60s ala-ala Saloma ni? hehe.. [Tunggu entri penuh tentang gambar ni]

Ok, cara nak undi gambar saya di atas ni adalah seperti kaedah berikut:

1st like page facebook Beautiful Touch by Jamina
2nd like my photo HERE.


Done? Alhamdulillah.. Thank you so much atas keprihatinan anda. Cewah! Jasa anda amat dihargai. Selamat berpuasa!^_^


Cik Misya : Tak beli baju raya lagi. huahaha..

Friday, July 20, 2012

In Emysticloset Emystic wardrobe.. Like a cheetah! (Photoshoot with Frens ESM Part 2)

Salam semua.. Alhamdulillah esok kita akan menyambut Ramadhan yang mulia. Tak sabar nak berterawih di malam hari. Moga diberi kesihatan dan keimanan yang tinggi untuk hadapi Ramadhan kali ini. Amin.. Salam Ramadhan juga untuk kawan-kawan semua..:)

Alang-alang ni saya share dengan anda sambungan profil modelling saya Part 2.. Photoshoot bersama Frens ESM bertemakan colourful.. Kalau nak tengok Part 1 boleh klik SINI. Jom view gambar-gambar saya hasil tangkapan photog-photog yang best! Make-up by Aishiteru Mazz manakala wardrobe by Emysticloset Emystic.. Location at Taman Botani Putrajaya. Lets view!=)























Cik Misya : Harimau bintang versi sopan.. hehe..

Monday, July 2, 2012

Me in colourful wardrobe at Taman Botani Putrajaya (Part 1)

Salam semua.. Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah saya pun sihat. Tengah sibuk berkursus ni. huhu. InsyaAllah akan selesaikan kursus selama 13 hari ni dengan sebaiknya. Doakanlah ya.:) Now time rehat. Sementara fre-free ni saya updatelah dengan anda gambar-gambar terkini saya dalam sesi photoshoot baru-baru ini. Sebagai salah sorang team merangkap Duta Kecil ESM, satu event telah diadakan di Taman Botani Putrajaya bertemakan Colourful.. Thanks to all sponsors.. Gojess Shoppe dan Butik....[err lupa, nanti akan update] Tak lupa to my MUA, Esm Aishiteru Mazz! Percubaan pertama beliau join event as MUA berjaya  menghasilkan sentuhan menarik untuk wajah saya. Thanks so much dear..:) To all photographers, thanks so much also atas kesudian hadir dan snap gambar saya.^_^ Kalan ada event lagi, joinlah ya..!

Untuk kali ni saya share dulu gambar saya dengan persalinan dari Gojes Shoppe. Pada talent-talent baru yang berminat nak join bidang modelling, dialu-alukan untuk bersama kami dalam ESM.. Empayar Siti Murni..=)













Editing terbaik.... I like it so much!=) Especially my eyes sebab besar cam anime! hehe..






Cik Misya : Kali ni memang shoot sampai lebam. huhu...

Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...