Sunday, December 20, 2020

Kamal Adli melamar Uqasha Senrose di Anugerah Meletop Era dan jawapannya...

Salam. Wow wow wow!!! Pelakon Kamal Adli buat kejutan melamar Uqasha Senrose di pentas Anugerah MeleTOP Era 2020!!!

Dan jawapan Uqasha adalah Yes!!!! 😘 Tak tahu kenapa sis happy sangat dengar berita ni walaupun takdelah minat sangat dengan dorang ni. Drama dorang berlakon pun sis tak follow. Hehehe. 

Menurut Roti Kaya, selepas Kamal dan Uqasha menjadi penyampai 2 anugerah, tiba-tiba Kamal inform nak umumkan sesuatu. Beliau melutut dan melamar Uqasha. Dan lamaran Kamal diterima dengan jawapan Yes dari Uqasha. Then penonton yang hadir bersorak tanda gembira. 

Sis tak tonton pun Anugerah Meletop Era tadi sebab busy kemas rumah. So bila on facebook ternampak berita ni terus rasa excited nak share. Patutlah dorang sangat 'close' kebelakangan ni. Bergambar pun dah macam pasangan pengantin baru. Ingatkan just gimik untuk drama lakonan dorang tapi memang truly bercinta rupanya dorang. Hehe. 
Apa-apa pun tahniah kat Kamal Adli akhirnya lamaran diterima. Sis memang tertanya-tanya siapalah yang akan kahwin dengan Kamal Adli ni. Almaklum before ni dia pernah dikatakan bercinta dengan beberapa orang artis termasuk Emma Maembong dan Intan Ladyana. 

Mesti wedding dorang grand nanti kan? Ramai nak sponsor tu. Dorang kan tengah meletop sekarang. Hehe. Semoga urusan pernikahan mereka ke jinjang pelamin dipermudahkan. Sama cantik sama padan. 


Misya : Ramai artis bakal naik pelamin tahun depan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...