Salam. Hoyeahh tiba saat yang paling disukai oleh kaum Hawa apa lagi kalau bukan shopping time! hehe.. Dah baca story Part 4? Lepas visit Masjid dan Gereja tertua di Mesir, kami dibawa ke pasar souvenir yang terkenal di Cairo iaitu Khan el Khalili.
Mari menghabiskan duit! haha..
Haa tengokla tu orang pompuan kalau shopping dah tak tengok kiri kanan dah. Haha.. Saya dengan my mom in law dan sis in law sibuk pilih barang.
Seriously pasar ni sangatlah best! Tapi kami tak diberi masa panjang untuk shopping. Sebab cuaca agak sejuk plus kesian atuk nenek kena tunggu kami.
Ada pelbagai barang dijual di sini. baju, souvenirs, beg, kasut, aksesori, alas meja dan sebagainya. Ish memang rambang matalah! Yang paling best mostly peniaga di sini friendly.Ada juga yang pandai cakap Melayu. TAPI makesure anda kena pandai bargain sebab almaklum takut kena tipu. Barang-barang di sini kebanyakan daripada China. Kena pandai pilih dan tawar-menawar.
Beli jangan tak beli!
Banyak juga yang kami rembat. Hehe.. Tapi puas hati lah sebab harga pun tak mahal mana, banyak pilihan.
Serius rambang mata! hehe. Para peminat kostum Arabic, kat sini berlambak-lambak jual wardrobe dan aksesori tema Arabic. Bolehlah pakai untuk dinner bertema atau photoshoot.
Macam-macam jenis souvenir ada. Wajib bawa balik replika piramid mini sebagai kenang-kenangan.
Dah tengahari tapi cuaca sejuk.. Rezeki kami dapat jejak kaki ke sini waktu musim sejuk. Adik ipar kata kalau musim panas mahu cecah 45 darjah celsius!
Di depan pintu masuk pasar Khan el Khalili ni ada masjid. Yang bestnya bumbung depan dia macam di Masjid Nabawi boleh tutup dan buka. Teruja jap bila tengok. hehe..
Makin lama makin ramai pengunjung yang datang ke sini.
Orait dah penat shopping, tiba masa untuk kami lunch. Perut dah mula rindukan masakan Melayu. So our tourist guide brought us to Restoran Mahabbah Mat'am Cairo milik orang Malaysia.
Lebih seminggu tak makan makanan Malaysia memang teruja giler dapat makan nasi berlauk ayam masak lemak ni. Syukur Alhamdulillah...
Orait saya sambung perjalanan ke Al Mansoura dalam entry Egypt Trip Part 6 pula ya.
Misya : Shopping adalah terapi bagi wanita.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.