Tuesday, December 15, 2015

Bongkar! Air Alkali VS Air R.O! pH air bukan penentu kesihatan air?

Salam.. Ahha.. Sejak 2 menjak ni ramai yang tanya saya air alkali tu bagus ke? Elok ke diminum? Dengar cerita leh sembuh macam-macam penyakit. Boleh itu, boleh ini. Kebetulan memang saya kerja di bahagian yang related dengan kesihatan so saya agak terkejut bagaimana boleh tersebar tentang air alkali ni. Lepas saya kaji sikit-sikit, OMG banyak fakta yang menipu dari yang betul. Sejak bila pula pH air jadi penentu ukur air tu bersih dan selamat diminum? Hang habaq mai sikit! Huhu. Saya ni bukanlah bijak pandai sangat tapi saya taklah jahil ilmu sains terutama berkaitan keasidan dan kealkalian ni. 


Ni saya nak habaq mai, pH BUKAN PENENTU AIR TU BERSIH DAN SELAMAT. Ianya hanya melambangkan air tu asid atau alkali. Kalau anda bijaksana apa yang lebih penting? Kebersihan dan keselamatan ke atau pH air? Secara logik pun Allah dari dulu ciptakan air dalam bentuk molekul H2O. Balance dari segi hidrogen dan oksigennya. Cuma ada orang terlebih bijak adjust kandungan Hidrogen (pH) then claim air tu bagus, air ni tak ok, air tu boleh sembuh macam-macam penyakit.  

Then, ada yang kata air alkali ni sama macam air zam-zam. Nauzubillahiminzalik.. Mana mungkin manusia boleh mencipta teknologi untuk menggantikan air zam-zam. Macam melawan kuasa Tuhan. Sebenarnya air zam-zam tu terdiri dari pelbagai mineral. (Kuasa Tuhan jangan dipertikaikan) Tapi kerajaan Arab Saudi pun memasang filter sebab takut apa-apa pencemaran. Sebab tu rasa air zam-zam dahulu dengan sekarang berbeza sedikit. Kalau kata ada teknologi leh wat ala-ala air zam-zam, silap-silap nanti orang jadi malas berusaha nak ke Mekah sebab dah leh dapat air macam air zam-zam kat mana-mana. 

Lagi 1, bila dah kata air alkali tu bagus, bermakna air asid tu tak baguslah? Jadi marilah kita mengharamkan air oren, apple juice, ribena dan sebagainya. Orange juice antara air berasid tinggi (pH rendah) tapi kenapa para doktor menasihatkan kita semua supaya amalkan oren jus setiap pagi semasa breakfast? Takde pula dia suruh minum air alkali setiap pagi. ;)


Kita kena ingat usus kita bersifat asid sebab banyak enzim dirembeskan untuk mencernakan makanan. Cer bayangkan keadaan berasid dalam perut tiba-tiba simbah dengan air alkali which amat berlawanan dari sifat asalnya, menggelegak kat dalam tu bukan anda tahu pun, tak ke naya perut kita? Badan kita kena terima sesuatu yang tak lari jauh dari sifat asalnya. sebab tu kena minum air sedikit berasid atau pH natural seperti air RO (reverse osmosis -pure H2O) So, jangan marah bila anda terkena kanser usus 1 hari nanti sebab amalkan air alkali.


Dan untuk pengetahuan semua, air alkali sebenarnya bukan tak bagus langsung tapi tujuan asal air alkali dibuat adalah untuk merawat pesakit-pesakit tertentu. Bukan untuk diminum oleh orang-orang normal dan sihat macam kita. Elok-elok sihat dan pH badan seimbang tak memasal jatuh sakit. Kalau orang tanya saya lagi betul ke air alkali tu bagus atau promote saya minum air alkali, senang je sebenarnya nak dapat air alkali. Tuuuu air bateri kereta, comfirm alkali dia sangat tinggi!!! Sedut je... Hehehe.. Nak lagi senang! Pi longkang tepi rumah, time ada air, haaa tadah air longkang dan minum. Memang kealkalian sangat tinggi. Kotor?? Aik kata pentingkan kealkalian bukan kebersihan dan keselamatan. ^_~ Nak alkali sangat kan.... hehehe...





Air alkali dikaitkan dengan mineral yang tinggi. Dah tu tak perlu makan sayur-sayuran dan buah-buahan lagi sebab leh dapat mineral dari air je. Comfirm semua sihat walafiat dengan hanya minum air alkali. Sape ngajar gitu? huhu. Kita wajib dapatkan mineral daripada sayur dan buah. Sebab ianya mineral organik yang mudah diserap oleh tubuh badan. Bukan mineral yang ditambah ke dalam air dan sukar diserap oleh badan. Lepas tu terkumpul kat buah pinggang, rosaklah ia. Pastu tambah lagi minum air mineral, bila masa kita nak cuci badan kita kalau asyik bagi benda kotor je? Bagi H2O!!! Air tulen, pelarut alam semesta yang Tuhan dah cipta sedari dulu lagi. Baru leh cuci buah pinggang. Baru leh bersihkan usus. Baru leh bersuci dan beribadat dengan sempurna.


Yang kata air alkali boleh sembuh macam-macam penyakit tu, ianya bergantung pada tahap psikologi seseorang juga. Minum 1 titis air alkali sekalipun, bila minda dah dimomokkan dengan perkara tersebut automatik kita terus rasa sihat. Yela kuasa Tuhan boleh sihat tapi macam saya cakap tadi, air alkali untuk pesakit tertentu saja.


Jadi kesimpulannya saya nak anda semua bijaklah dalam memilih yang mana terbaik untuk kesihatan diri anda. pH air tiada kena mengena pun dengan tahap kesihatan air. Yang paling kelakar saya pernah jumpa orang kata pilih air alkali sebab murah, ikut trend, design mesin dia cantik, tak perlu servis. Memang saya tergelak if jumpa orang camni. Nak murah, air longkang (alkali tinggi) free aje. Kesihatan tak ternilai harganya. Jangan berkira untuk spend yang terbaik. Ikut trend? Orang sakit, kita pun sama-sama sakit, camtu? Design cantik, ni lagi la takleh pakai. Kalau kahwin agaknya pilih pasangan berdasarkan rupa semata-mata, tak pandang yang dalaman. Tak perlu servis, gila agaknya! Kereta pun kena servis apetah lagi air yang hari-hari kita minum. Ini fakta, bukan auta. Bukan nak menghentam, tapi menyedarkan.^_^ Sama-sama share ilmu.

Semua ni bukan saya yang cakap. Tapi pakar yang cakap. Pakar air tahap 6 (tertinggi di dunia) yang cakap. Michael R. Long. Kat mana nak dapat air RO? Kat Malaysia hanya ada 1 je company yang supply RO di rumah dalam bentuk yang mudah digunapakai. Plus dapat certification dari Pakar Air Pertubuhan Air Dunia. Dapat macam-macam award dan sijil termasuk ISO dan Halal. Rajin-rajin membaca di SINI. Akan ada orang kata saya wat bisnes tu yang keluar entry sebegini. Sebab saya wat bisnes la saya taknak menipu customer saya! Huhu. If saya nak untung semata-mata, walaupun ada ilmu, saya tak peduli pun alkali ke asid ke janji leh jual, saya jual. Allah hai, saya taknak jadi peniaga camtu.=( Save yourself and your family.


Misya : Confident nak beribadat bila badan dicuci dengan air sihat luar dan dalam.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...