Mostly sesiapa yang kerja pejabat, kadang-kadang terlupa ambil berat tentang meja kerja masing-masing. Tetapi meja kerja tu sebenarnya melambangkan sesuatu. Kenapa?? Sebabnya, keadaan meja kerja seseorang menunjukkan keperibadian dia dalam kehidupan. Haa.. Sesiapa yang terbaca ni mesti terfikir meja kerja korang dalam keadaan yang baik atau tak. Dan kebiasaannya, ramai pekerja membiarkan tempat kerjanya berselerak. Dengan alasan, tiada masa nak kemas, takut barang / dokumen diletak hilang jika diusik, atau MALAS. Selalunya golongan lelaki yang berkeadaan begini tapi kadangkala perempuan LEBIH teruk ok!
Dipetik daripada laman blog www.jelajahunik.blogspot.com, apa-apa yang diletakkan/disusun memberikan makna kepada peribadi seseorang itu. Antaranya:
Foto peribadi
Sebuah papan buletin yang penuh tampalan foto menunjukkan seorang yang sangat terikat dengan kenangan mereka di masa lalu, atau orang-orang yang ada di dalam foto.
Sepatu/Kasut/Selipar
Sepasang sepatu yang ada di bawah meja bererti anda termotivasi dan kuatir tentang kesejahteraan. Sepatu flat hitam menunjukkan bahawa anda adalah seorang yang diam-diam lebih menyukai gaya santai.
Potongan tiket
Potongan tiket konsert muzik atau pertandingan olahraga menunjukkan kehidupan sosial yang sihat. Namun hati-hati, dalam keadaan tertentu, koleksi tiket di dinding juga menunjukkan seorang yang sangat suka berkencana atau jenis kasanova.
Cawan kopi
Cawan berukuran kecil memberi kesan anda seorang yang cerdas dan teratur. Sementara mug besar dari bahan stainless steel menunjukkan peribadi yang senang terikat dengan waktu sekaligus orang terakhir yang bersantai.
Cenderamata melancong
Peta perjalanan, atau buah tangan dari perjalanan liburan memberitahu bahawa anda seorang yang berfikiran terbuka.
Simbol agama/logo politik
Waspadalah bila ingin menunjukkan status keagamaan. Sebahagian orang akan terus mengasingkan seseorang yang memasang simbol keagamaan. Hal yang sama juga berlaku pada simbol politik. Lebih mudah bila membuat ruang kerja seperti meja makan atau ideologi bebas.
Kotak tisu
Kehadiran benda satu ini jarang mendapat perhatian kecuali saat seseorang kecewa atau sedang menangis. Dan, umumnya orang dengan tisu selalu bersedia dan sangat memberi perhatian akan kebersihan.
So, korang kat tempat kerja macam mana?
Macam ini ke?
Atau macam ini?
Kalau berselerak macam ni, taktahulah camne korang menjalani kehidupan korang. Ni kat office. Kalau kat rumah?? Macam sarang tikus beranak gamaknyerrr.. huhu..
Kebersihan tu sebahagian daripada iman.. Especially untuk girl atau wanita.. Keluar ke mana-mana punyalah cun-melecun, wangi sampai 1km pun leh bau, cantik je tengok.. Cuba tengok sekurang-kurangnya katil korang tidur lah. Cadar tegang tak? Bersih tak? Kain baju berterabur tak? Bau hapak tak? Itulah yang terjadi kepada kaum Hawa sekarang. Buat malu kat kaum Adam je. Banyak contoh lain, nanti aku kupas..;)
Cik Misya : Pantang tengok tempat kerja atau rumah yang tidak kemas. Selekeh!!
tp x semua mcm tu..ada jugak meja opis agak bersepah tp umah tip top huhu ;-)
ReplyDeleteowh, nice info! :D
ReplyDelete@phat: hehe awak ke tu?;) its ok, yg pnting bersih n selesa. tak cntik pun takpe..:)
ReplyDelete@firdaus: tq.. slalu2 jnguk blog sy ek..:)
aduai... meja saya bersepah..!!
ReplyDeletecun awk cun..!!
xyz4mir.blogspot.com..!!
warghh info yang sangat menarik...
ReplyDelete@shazmir: hehe.. lelaki besela tu.. klu pompuan, mmg tak ptut.. sbb org pmpuan kna kemaskan sumenya..:)
ReplyDelete@sheema: tq..:)