Mau berkongsi satu artikel dalam paper Berita Harian tentang produk-produk kecantikan dan kesihatan yang telah disahkan mengandungi bahan tak sepatutnya dan boleh memudaratkan kesihatan pengguna.
Buat teman-teman terutamanya kaum wanita, berhati-hatilah dalam memilih produk kesihatan dan kecantikan okey. Amalkan seperti saya, Natural Beauty itu lebih baik..:) Rahsianya.. takleh bagi tahu...;)
Ok selamat membaca....
Idam nak cantik jadi gila
Oleh Faiza Zainudin
faiza@bharian.com.my
2010/08/15
47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitamKUALA LUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna
Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.
“Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.
Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.
Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.
Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine.
“Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.
Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.
Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.
“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.
Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).
Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.
INFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan
Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
 Kintop 
 Body Beaus 
 BMI-9 Xylimming Capsule 
 Senna Plus Capsule
Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine: 
 Lami
Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine: 
 Obexlim 
 Slimax Coffee 
 Beaute Fit Body Contour 
 Body Trimz
Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid: 
 357 Nasal Spray
Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid: 
 Makjun Taufiq Dua Istimewa 
 Majun Dua Istimewa 
 Ginseng Jin Fui Wan 
 Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga 
 Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat) 
 Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule 
 Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill 
 Makjun Syafiq 3 Istimewa 
 Reepo
Produk berasas makanan yang mengandungi steroid: 
 Air Ikan Haruan
Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu: 
 Eriesya Spa Beauty Cream 
 Atika Beauty Renewal Cream 
 Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya 
 Ratna Sari Whitening Night Cream 
 Tia Amelia Krim Jeragat 
 Chantique Whitening Night Cream 
 RZAC White Pearl Cream 
 Nuriz Day and Night Cream 
 Elite Rias Er Cream 
 R&Z Whitening Night Cream 
 Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream 
 Pigmentation Recovery Complex 
 Zara Rejuvenation Cream 
 Natasya Krim Herba Gold 
 De Putih Night Cream
Produk tradisional berdaftar ada antihistamine 
 Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill
Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine 
 Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan 
 Qian Tong Dan 
 Raja Ubat Resdung 
 Coral Plus UA 350MG 
Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.
Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.
Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine.
“Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.
Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.
Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.
“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.
Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).
Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.
INFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan
Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.