Wednesday, January 5, 2011

PLeaSe VOTE for mE!!!

Yeah!!! Competition was begun!! Gambar wajahku telah tersiar dalam contest yang baru sahaja aku join petang tadi.. Klik link di bawah ----->> 

SO buat semua followers, peminat, kawan-kawan, family, enemies, haters dan sesiapa sahaja yang mengenali diriku ini, silakan ke link berikut http://www.facebook.com/photo.phpfbid=190932347588452&set=a.190674027614284.53804.122178804463807 untuk mengundi saya. 

First of all kena 'like' page PRECIOUS MOMENT PHOTOGRAPHER terlebih dahulu. Kemudian baru pergi ke page yang tertera gambar saya dan klik "Like" di bawah gambar. Undian anda sangat diperlukan. hehe.. 

Buat semua teman yang dah mengundi, lots of love and thank you so much for all of you. I really appreciate that.:)

Don't forget to invite your friends and families for voting me. This contest will be end on 13rd of January 2011. A participant who got highest amount of "like" click, will be won. Remember this step..
  1. Click "like" on PRECIOUS MOMENT PHOTOGRAPHER page
  2. Then, go to Photo Number 35 in the album named PRECIOUS MOMENT PHOTOGRAPHER's Photos - PENCARIAN MODEL HABIBI || PRECIOUS MOMENT PHOTOGRAPHER
  3. Click "like" on the bottom of the photo. You could comments below the photo. 

Do not hesitate to vote for me! Let's do it now. Jia you! Jia you!



Cik Mesya: Saja suka-suka join this contest. Peserta yang lain hebat-hebat juga.. Now, i got 27 votes already. Dalam facebook aku ada seribu lebih friends. Where are they? huhu


seCawaN MinumAN | sEtenAng petAng

Haish... Sabar jela... Aku baru nak relax-relax, tetiba ternaik anginlah plak!! Dengan sape aku nak marah ni? Cuba cite sket. haha.. Aku geram ngan kucing aku si Ciko. Elok-elok dia tidur kat bantal aku, aku nak gi angkat kain baju kat ampaian, tahu-tahu dia pergi kaisnya aku punya keyboard lappy! Menjeritlah aku tadi. Tak pasal-pasal aku jentik telinga dia. Tertanggal beberapa key. Sabar jela.. Dahlah lappy ni dah lama, bertambah jahanam lappy aku ni. Tapi pape pun aku tetap sayang lappy aku ni. Banyak berjasa sepanjang aku menggunakannya..

See... Tercabut-cabut keybord aku diwatnya Ciko. hmm...

Untuk menenangkan hati aku yang panas dek kerenah si Ciko, aku bancuhlah Hot Chocolate dan menikmatinya bersama-sama beberapa potong kek coklat buatan Mokde aku dari Jaybee. Nyum-nyum! Nyaman dan tenang je rasa...

Menikmati secawan hot chocolate...@_@

Chocolate cake made by Mokde from Jaybee

Sejak dua menjak baru ku tahu rahsia minuman coklat ni. Memang tiap malam before tidur aku akan ambil secawan hot chocolate. Rasa fikiran lebih relax dan tenang. Pastu boleh tidur dengan lena. Kadang-kadang aku minum secawan susu before tidur. Tapi susu macam terlalu heavy dan agak lambat aku nak habiskan. huhu. Oh ye, boleh lah aku share brand minuman coklat apa aku gunakan. Tak tahulah kalau korang pernah dengar ke tak. Namanya Ameco daripada jenama Apache. Aku beli dari pasaraya Mydin. Masa tu ada booth kecil promote produk ni. Amoi tu kata produk ni baru nak masuk pasaraya-pasaraya kat Malaysia ni. Yang kelakar nya adik lelaki aku siap tanya, "Halal ke tak?". Alhamdulillah Halal.. Masa tu aku pun testlah minum secawan kecil yang diberikan oleh Amoi tu sebagai sensory evaluation. Teringat masa study dulu aku selalu wat sensory evaluation untuk macam-macam produk makanan. huhu. Em rasanya memang best! Coklat pekat! Terus aku beli sepeket dan hampir tiap hari aku minum. Trylah beli kalau korang nak rasa ya.

New brand.. Serbuk minuman coklat yang aku minum.


Actually macam-macam brand ada untuk minuman coklat ni. Teringat masa gi pameran MAHA kat Serdang hari tu, banyak betul produk-produk daripada coklat. Dan mostly sedap-sedap produk coklat yang dihasilkan. Ada satu brand tu, memang sedap giler minuman coklat dia. Tapi aku tak beli sebab fikir tak terminum nanti beli sepeket tu. Bila fikir balik, menyesal tak beli. hehe.. But compare to another product which most familiar in the world, Milo, memang brand-brand lain lagi bagus sebenarnya. Aku bukanlah nak kondem Milo tapi the fact is, Milo has very poor quality of chocolate. Tapi disebabkan ia lebih terkenal dan rasanya yang mudah diterima pengguna, menjadikan ia produk terlaris di pasaran. Should be Vico or Ovaltine yang mempunyai kualiti coklat yang bagus. Tap tu lah, most of products kat MAHA tu masih awal diperkenalkan dan agak sukar menembusi market yang ada sekarang. Bila tanya ada jual kat mana, semuanya mash belum dipasarkan. So, camne nak kembangkan produk diorang even their products has very good quality. Em diharap one day, produk-produk yang bagus ni berkembang lebih maju. InsyaAllah.. Sebabnya, produk-produk tu kebanyakan adalah keluaran orang-orang Melayu. Tapi seperti biasalah, market untuk Melayu punya produk sukar nak tembus pasaran dalam atau luar negara..

Aiyoooo!! Apa aku merepek ni??? Panjang lebar nak mampus plak tu! haha.. Tetiba je ek nak story pasal coklat-coklat dan business-business ni. Walhal just nak share apa yang aku buat di petang-petang hari yang mendamaikan ni.. Hujan turun memang sedap kalau dapat tidur. Tapi tak elok tidur lepas waktu Asar. 

Oklah, need to stop here.. Pada yang singgah ke blog aku tu, tinggal-tinggalkanlah jejak anda melalui komen atau alert kan "Wajah skodengers" kat blog aku ni ye. Supaya nanti aku akan buat perkara yang sama kat blog korang. Selamat petang...!:p



Cik Mesya: Mata sudah mengantuk. Hot chocolate ni pukau aku ke?? -__-

LayAk ke Aku Nak jaDi ModeL??

Wah tetiba hari ni aku nak cuba nasib plak! huhu.. Why-why-why? What happen? hehe.. Tadi aku telah join satu contest yang aku tak pernah-pernah join. Contest apa plak ni? Pertandingan mewarna ke? huhu..

Takdelah, dalam facebook ada one group bernama PRECIOUS MOMENT PHOTOGRAPHER sedang mengadakan contest untuk para wanita atau gadis-gadis yang berminat untuk jadi model muslimah. huhu. Perempuan sahaja ok!

Contest ni bernama:



Tetiba aku rasa berminat plak nak join. Apa lagi, 3 keping gambar aku send kat emel yang tertera. |o|

Tak tahu nape tetibe excited nak join benda-benda gini. Tapi sebenarnya saja nak cuba nasib. Tak terfikir nak menang pun. Kalau menang, dapat hadiah apa ya?  


Menurut  PRECIOUS MOMENT PHOTOGRAPHERdua orang gadis yang bertuah akan dilantik sebagai model yang akan memperagakan busana-busana indah. dari koleksi http://www.habibi.com.my/. Aku dah tengok page PRECIOUS MOMENT PHOTOGRAPHER ni. Memang sangat menarik teknik fotografi dorang. Bolehlah book khidmat dorang untuk majlis kahwin.. Not me but you.. Kehkeh...;)


Camne nak join? Sesiapa yang ada facebook tu boleh tengok group PRECIOUS MOMENT PHOTOGRAPHER di sini. Boleh tengok cara-cara nak join.

Camne nak join??
  1. Hantar gambar korang yang cantik-cantik ke emel precious_moment203@yahoo.com
  2. Tunggu jela gambar korang tersiar dalam facebook, kalau ramai yang "LIKE" kat gambar korang, peluang nak menang makin bertambah. InsyaAllah...:)
So, to all my friends yang mengenali diriku, jangan lupa undi gambar aku bila tersiar nanti ye.. hehe (Sempat promote) Wajib okey! Bukan harus atau sunat. Giteww.... Kalau dah vote nanti, aku ucapkan thanks banyak-banyak kat korang..:) ----->>belum pape dah over!:p

Mudahkan? Good Luck to myself.. I will inform to you guys when my picture had been uploaded in this contest. Don't forget to click "LIKE" at my picture okeys!:)



Cik Mesya: Layak ke aku jadi model? Model gigi besi (braces) bolehlah kot.. Hakhakhak...:p

How to create beautiful blog's background?

Wah... Pagi-pagi ni aku obses dan sangat teruja tengok macam-macam gambar untuk background blog! Serius.. Rambang mata orang kata! huhu.. Tak sangka banyak yang cantik-cantik and sweet.. But as usual my favourite theme must be in pink! hehe.. 

Antara laman web yang menyediakan pelbagai jeni tema background, bolehlah search dalam web menarik macam Jelly Pages. Takpun Dotty Background, Blogaholics Design, Background Fairy and many mores. Korang leh cari kat google search dengan klik keywords cute blog background atau apa-apa keyword yang berkaitan. Then klik image kat belah kiri google search tu. Nanti akan keluar macam-macam image yang berkaitan dengan keywords tu. Pastu, pilihlah mana-mana background yang korang nak. Kalau nak image yang lebih besar kena open gambar tu dalam tab lain, then baru leh save as picture dalam komputer korang. Tapi makesure, jangan save yang copyright punya. Makesure benda yang di save tu memang dibenarkan untuk copy. Nanti kalau korang guna yang copyright, tak pasal-pasal kena saman plak. huhu..


Oh ye, macam mana nak masukkan dalam blog gambar-gambar tu tengok teknik-teknik mengubah background blog guna imej yang diupload dalam komputer.

  1. Log On to your blog
  2. Go to Design>Template Designer>Background
  3. Click to small arrow beside Backgorund Image
  4. Go to Upload Image and Choose File from your computer
  5. After upload finished, click done and adjust the settings such as alignment, tile and unable scroll with page
  6. If you like the preview, click Apply to Blog on your top right page.
  7. Then back to Blogger and view your blog




Hari ni, again aku menukar wajah blog aku dengan tema yang lebih ceria dan fresh! Aku gunakan background  bernama Cute Pink Wallpapers dari sini. Actually macam-macam gambar dah aku cuba tapi macam tak menarik. Finally aku jumpa background ni dan terus tertarik bila preview dalam blog.


So, wat kawan-kawan yang tercari-cari background paling best untuk blog korang, bolehlah try cara yang aku gunakan. Sebelum ni aku guna background lain. Boleh tengok entri ini.

Easy right? Happy trying!:)



Cik Mesya: Really excited to change my blog design with new background image everyday! hehehe

BaNaNa tesT

Morning to all my dear friends...:) Still sleepy or bored?? Lets try this Banana Test!;)



There is a very, very tall coconut tree and there are four (4) animals,
A Lion,
  
A Chimp 


 A Giraffe ,

.....AND... 
A Squirrel 



They decide to compete to see who is the fastest to get a banana off the tree.
 

Who do you guess will win?
 


Your answer will reflect your personality. 


So think carefully . . ... 

Try and answer within 30 seconds.
 
1
2

3
4
5
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
30
Got your answer?
Now scroll down to see the analysis.

:
:
:
:
:
:
:
:
:

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


If your answer is:



Lion = you're dull. 
Chimpanzee = you're dense. 
Giraffe = you're a complete moron. 
Squirrel = you're hopeless.
Because.............

GUYS, A COCONUT TREE DOESN'T HAVE BANANAS!



Obviously you're stressed and overworked..
You should take some time off and relax..
Kehkehkeh...

Cik Mesya: hehe.. Lawak di pagi hari...;)
::Credited to Mohamad Abe..

Tuesday, January 4, 2011

NitE evEronE....

Selamat malam semua... Sweet dreams and sleep tide.....:) See uols tomorrow... Jika dipanjangkan umur.. InsyaAllah....



Cik Mesya: Doa sebelum tidur... Bismikallahumma ahya wa amut...

Doa kekasih ALLAH...


Ain El-Qahirah Ya Allah,jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu..

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya terpaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul izzati, jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah,jika aku jatuh hati pada kekasihMu,janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..

Ya Allah,jika kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu..

Amin...


Cik Mesya: Doa yang sungguh menyentuh kalbu ku sehingga menitis air mata...

roTi TeLur

Alhamdulillah kenyang... Sebentar tadi menikmati roti bersalut telur +mayonis and karipap goreng segera.. Sedap!Juadah untuk minum petang.. Makan malam belum lagi. hehe.. Ditambah dengan cuaca nak hujan tapi belum hujan, memang masyuk pekena roti telur. Dah lama aku tak wat sejak kerja. Tetiba hari ni mengidam nak buat. Kebetulan perut memang dah berkeroncong. Daripada takde wat pape, aku pun menuju ke dapur menyediakan bahan-bahan nak goreng roti telur. Resepinya, simple je. Semua orang reti punya nak buat. Cuma aku ada add-on mayonis dalam telur tu. Menambah rasa lemak-lemak lagi dalam telur tu. Orang yang obes tak digalakkan mengambil menu ini ya. huhu..

Bahan-bahan (anggaran 4 orang makan)

  1. Roti potong 5 keping (tak kira brand apa pun tapi aku guna brand Gardenia)  
  2. Telur ayam 3 biji (Bukan telur itik, telur buaya, biawak, penyu atau segala macam telur yang tak tertelan dek tekak aku)
  3. Mayonis cap Lady's Choice 1 sudu
  4. Garam secukup rasa
  5. Serbuk Kohilal secukup rasa
  6. Jangan lupa minyak masak untuk menggoreng (Jangan guna minyak petrol/minyak gamat/ minyak dagu/ tahi minyak plak!)


Cara memasaknya.. (Sonang je!)
  1. Sediakan bahan untuk telur dulu... Campurkan telur, mayonis, garam dan serbuk Kohilal, then kacau sehingga kembang (keluar buih). Ala, macam nak buat telur dadar tu. Selalunya aku letak bawang kecil yang dihiris-hiris untuk tambah lagi sedap tapi tadi tak sempat sebab dah lapar sangat. hehe..
  2. Next, ambil roti sekeping dan salutkan roti tu dengan telur yang kita dah gaul mesra tadi. Makesure tangan korang bersih sebelum pegang roti tu. Better guna penyepit tapi takut roti tu terkoyak sebab dia jadi lembik bila rendam dalam telur.
  3. Then, bila minyak masak dah panas dalam kuali, bolehlah goreng roti yang dah bersalut telur tu.. Bila dah kuning~jingga, bolehlah diangkat dan dihidangkan dalam pinggan. Lepas tu, apa lagi?? Ngaplah! Jangan lupa goreng sampai habis dulu baru boleh makan ye..;)

Tambahan: Kadang-kadang aku letak sekeping cheese antara 2 keping roti, then salut dengan telur pastu goreng. Boleh juga tabur dengan mozarella cheese dalam telur dan juga roti yang telah digoreng. Fuhhhh! Memang masyuk! I love cheese!!! huhu..;D
Yummy!!! Roti telur bersalut telur di dalamnya ada cheese...:P

cuBa imEJ baRu

Salam semua.. Hari ni aku try-try re-design blog aku ni.. Aku masih lagi merangkak-rangkak nak explore cara-cara nak edit layout, background dan lain-lain. So, hasilnya yang anda lihat sekarang...

My new blog's image..----->View here:) 

Seperti biasa aku masih mengekalkan tema pink favourite aku.. Next time kalau dibukakan pintu hati, mungkin aku nak cuba warna-warna lain plak. Yang pasti, pink tetap bertakhta di hati! hehe.. Kalau korang rasa tak cantik, its ok.. Aku sekadar cuba-cuba je ni. Before this aku tak tahu pun how to upload gambar background using Template Designer.. Banyak jugalah aku rujuk website-website berkaitan. Macam-macam cara aku cuba then finally aku dapat juga cara paling mudah. 

Actually aku ni ketinggalan zaman rupanya. Patutlah aku tengok blogger-blogger lain leh guna macam-macam gambar untuk background blog dorang. So, thanks to website ini yang ajar aku cara-cara mudah untuk edit template background blog aku.. Kepada yang baru mula berjinak-jinak dalam penulisan blog, boleh explore link tu untuk belajar cara-cara nak upload gambar koleksi sendiri untuk dijadikan background blog kita.. its cool! Selamat mencuba...:)

Happy New Year, Happy HolidAy, Happy Birthday and Happy WeddiNg! hehe..

Aku rasa aku dah terlewat mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 tapi takpelah, aku nak ucap jugak! hehe.. Maklumlah, pada tahun baru hari tu aku tiada di depan lappy aku ni. Jadi tak dapatlah nak update pape dalam blog. Masa tu aku berada di Jaybee.. Pulang ke negeri kelahiran Bonda ku.. Tapi tak lama pun di sana. Jumaat bertolak ke sana, Sabtu dah pulang semula ke rumah. Happy New Year 2011 kawan-kawan!:)

Sebab apa aku tiba-tiba balik Johor plak ni?? Kejap je pulak tu.. huhu.. Takde pape lah.. Just memenuhi jemputan perkahwinan anak kepada teman ibuku sewaktu beliau sama-sama menyewa rumah masa zaman muda-muda dulu. Nama aunty tu, Maimunah. Masa Raya Haji kelmarin, sempat juga aku sefamily berkunjung ke rumahnya. Tu yang dia jemput directly ke majlis perkahwinan anak perempuan tunggal dia bernama Kak Anis. 

So tanggal 1 Januari 2011, Kak Anis melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya bernama Ahmad Aidil.. (Ahmad jugak namanya.. Ish3x...) Bertemakan warna pink, di dalam Dewan Raya Taman Universiti Skudai Johor, meriah juga majlisnya. Maklumlah, anak tunggal.. Memang aunty Mai buat besar-besaran jugalah. Happy betul dia tengok kitorang datang. Dari jauh plak tu, for sure dia tak sangka kitorang akan datang. Ibuku nak pergi majlis ni sebab Kak Anis tu satu-satunya anak tunggal aunty Mai. Kira lepas ni, takdelah lagi majlis kahwin daripada Aunty Mai. 

So, aku share lah sikit aktiviti-aktiviti sepanjang aku di Johor.. Diselitkan juga foto kenangan Majlis Perkahwinan Kak Anis dengan Aidil.. Congrats buat mereka berdua..:) Oh ye, tak lupa...! Happy Birthday to my beloved sister, Angah.. Tanggal 1 Januari setiap tahun meningkatlah setahun lagi umurnya. So, 2011 ni angah dah berumur 21 tahun. Along harap angah belajar rajin-rajin dan capai cita-cita bergelar graduan UPNM dalam 2 tahun setengah lagi. Jangan main-main masa study. Palapes-Palapes juga, study jangan lupa. Dan yang paling penting jangan tinggal solat dan doakan kesejahteraan ayahbonda sentiasa. Along sentiasa mendoakan kejayaan adik-adik along. Semoga korang berjaya dalam kehidupan dan bertambah matang dalam setiap tindakan. InsyaAllah...

Thus, Happy New Year and Happy Holiday!! hehehe.. Aku memang dalam mood bercuti sekarang sebab kontrak aku masih belum disambung. Tunggu jelah dapat surat nanti. So, aku nak rehat sepuas-puasnya!!:)

Suasana di sekitar tempat penginapan kami sekeluarga di Johor.. Mendamaikan...

Teruja tengok ikan besar-besar dalam kolam!



Di majlis anak Aunty Mai.....

Tersenyum girang Kak Anis sewaktu berjalan menuju ke pelamin.. She's happy go lucky person i think..;)

Pelamin indah di atas pentas dewan.. Siap ada flower girl lagi.. 


Persandingan Anis dan Aidil.. Tapi sayang, warna busana pengantin agak tenggelam.. Kalau pink yang lebih cerah dan pekat, baru ok rasanya..

Selamat Pengantin Baru buat Anis dan Aidil.. Semoga berbahagia hingga akhir hayat..:) 
(Gambar tak berapa clear sebab bateri dah weak time ni)


Actually ada video persembahan tarian Dia Datang dari kumpulan tarian kanak-kanak tapi server ada problem, tak dapat nak upload video.. So, just dapat upload gambar jela..




Teringat masa aku aktif tarian dulu.. Lagu Tarian Dia Datang memang selalu aku narikan..:)




Cik Mesya: Kahwin nanti aku taknak pakai kaler pink sebab tak naik mood raja sehari. I like red! hehe..




Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...