Thursday, June 27, 2019

Resepi Mashed Potato with Gravy Homemade

Salam. Selain coleslow, benda yang paling penting kalau nak makan ayam goreng KFC adalah mashed potato rite? So kali ni saya nak share resepi membuat mash potato with gravy di rumah. Resepi ni nak kata simple sangat tu takdelah sebab memerlukan banyak bahan dan beberapa step berbeza untuk penyediaan mashed potato atau dalam bahasa Jawanya kentang putar/lenyek dan kuahnya. Siapa rajin, bolehlah try. If ada anak kecil even baby (more than 6 months) pun boleh makan.


Bahan-Bahan Kentang Putar

Kentang
Sour Creme
Susu Segar
Lada Hitam
Sedikit Butter


Bahan-Bahan Gravy
Bawang Kecil
Bawang Benggala
Daun Bawang
Sos Tiram
Serbuk Lada Hitam Halus
Tepung Jagung
Kiub Pati Ayam
Air
Sedikit Garam




Cara Membuat Kentang Putar
1. Rebus Kentang
2. Lenyekkan kentang sehingga hancur.
3. Campurkan susu dan sedikit sour creme ke dalam kentang dan gaul hinggal sebati. 
4. Sambil tu try rasa ikut kemahuan masing-masing.

Cara Membuat Gravy
1. Kisar sedikit bawang putih, bawang benggala dan daun bawang. 
2. Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak.
3.Masuk air, sos tiram, lada hitam, kiub pati ayam dan kacau sehingga sebati dan mendidih.
4. Masukkan sedikit sahaja tepung jagung untuk bagi kuah lebih pekat.
5. Letak sedikit garam secukup rasa. Masak kuah sehingga mendidih then siap dihidang.








Info tambahan : Contoh jenama sour creme Pauls yang saya gunakan untuk membuat mashed potato. Tapi jangan letak banyak sangat takut terlalu masam. But confirm kalau guna ni mashed potato jadi lebih sedap.




Misya : Jangan 'mashed' kan hatiku. Cia cia cia...


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...