Thursday, June 27, 2019

Resepi Chicken Cordon Bleu Homemade

Salam. Terliur plak nak makan ayam yang ada banyak cheese. huhu.. Selalunya kalau teringin nak makan, saya gi ke Secret Recipe untuk makan Chicken Cordon Bleu (ayam goreng berintikan keju). Masa 1st time try saya dah fall in love dengan chicken cordon bleu ni. Walaupun susah nak sebut tapi sangat sedap. Almaklum penggemar cheese macam saya ni memang suka je nak try apa-apa makanan yang ada cheese. Ternampak kat facebook ada orang share resepi mudah, so saya try lah buat. Sangat puas hati macam makan kat kedai. hehehe..

Bahan-Bahan

Dada Ayam (1 ketul untuk 1 orang)
Chicken Slice
Mozarella Cheese
Telur
Breadcrumbs
Serbuk Lada Hitam
Tepung




Cara-cara Membuatnya

1. Ketuk-ketuk sedikit ayam supaya leper.
2. Taburkan serbuk lada hitam atas ayam.
3. Letakkan chicken slice dan kemudian mozarella cheese. Next gulung / lipat ayam tersebut.
4. Celup ayam ke dalam tepung kemudian telur dan akhir sekali breadcrumbs.
5. Goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuning-kuningan.
6. Siap dihidang bersama kentang goreng, coleslow dan mashed potato.




Full recipe boleh lihat video di bawah:


Misya : Suka cheese tapi tak mahir nama-nama pelbagai cheese.

2 comments:

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...