Salam. Dolu-dolu sebelum ada baby, selalu jugalah jenjalan dating ngan incik suami. Sampai ke Penang kami mai naa.. huhu. This is my first time naik feri dari Penang untuk pulang ke mainland with husband. Sebelum ni pernah je naik ferry ni masa outstation kerja ngan officemate. Kali ni special ckitlah sebab ibarat macam pi honeymoon gitu. Ahakss..
Sebelum ni naik dengan kereta juga tapi takdelah teruja sangat. Haha.. Kali ni excited lebihlah sikit.
Nak naik ni kena beratur la sat. Tapi takdelah lama sangat. Maybe sebab kami datang weekdays so tak ramai orang sangat.
Nak naik feri ni if dari pulau adalah dari Pangkalan Raja Tun Uda. If di mainland, naik di Pangkalan Sultan Abdul Halim.
Bila feri dah start bergerak, apa lagi, keluar daripada kereta dan lepak tepi feri sambil menikmati pemandangan laut yang indah.
Haruslah posing!
Husband suka tengok laut sebab rasa tenang je katanya.
Cuaca cantik time ni, memang nice la view Pulau Pinang dari atas feri.
Sonok dapat naik feri dengan incik suami. Hehe..
Kebetulan ada yatch lalu. Very nice..
Dari kejauhan kelihatan Jambatan Pulau Pinang gah berdiri merentasi lautan. Bestnya naik feri ni sebab free aje. Kalau lalu jambatan kena bayar tol. Huhu.. Tapi saya tak pasti if dari Seberang Prai nak ke pulau kena bayar ke tak feri ni sebab tak pernah naik.
Kasi selfie la sikit kan.. Mood honeymoon kononnya sampai beli baju sama colour kat Penang. haha.
Orite nanti saya story apa aktiviti kami wat di Penang sepanjang short vacay di sana. Kot boleh jadi reference untuk uols nak ke sana nanti. Tata...
Misya : Penang is like mini Singapore.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.