Tuesday, November 13, 2018

Almond Milk by Dalucia || Alternatif untuk pembenci susu!

Salam semua. Today I wanna share satu produk minuman yang sangat lazat and patut dirasai setiap orang. For those yang tak suka minum susu lembu/kambing, berita baiknya this is the alternative untuk uols! Product ni adalah Almond Milk by Dalucia! Mula-mula saya teragak-agak juga nak minum sebab honestly saya bukan penggemar susu. Sumber kalsium saya pun banyak datang dari cheese (gatai, susu tak minum, cheese makan plak :p) or suplemen. hehe.. Tapi bila tengok je gambar produk ni pun dah wat saya terliur nak try! Yang paling best, Dalucia ni jenama Almond Milk pertama kat Malaysia. So i feel lucky la sebab jadi antara pengguna terawal jenama Almond Milk Dalucia ni. hehe..


Teruja bila produk sampai kat office terus selfie. Hehe.. 

Didatangkan dengan 3 flavour iaitu Original, Chocolate dan Kurma. Diperbuat daripada kacang almond, less calories, less fat and cholesterol. So yang tak suka minum susu lembu atau kambing, bolehlah try susu almond ni. Plus ianya takkan menggemukkan badan uols berbanding minum susu lembu biasa sebab kurang lemak. Really suitable for those yang tengah berdiet dan juga yang alergi terhadap susu lembu/kambing. Also suitable for Vegetarian sebab susu ni dari sumber tumbuh-tumbuhan. Jadi kiranya siapa yang memang bencikan susu atas sebab-sebab yang tertentu, boleh cuba produk Dalucia ni. Because nak taknak our body needs calcium right?


Saya kreatifkan penggunaan susu Dalucia ni dengan menggunakannya bersama-sama bijirin sarapan like cornflakes and coco crunch. Sedap sangat cuma saya prefer makan dengan cornflakes kosong saja sebab susu Dalucia ni dah manis walaupun original flavour.



Favourite saya perisa coklat. Serius sangat sedap minum begitu saja. Pekat dan rasa sangat creamy.  Adoi menaip ni pun dah terliur rasa. haha..

Kegemaran husband saya flavour kurma (dates). Saya bagi dia try, terus dia amik botol ni suh snap gambar. Super delicious katanya!

Highly recommended katanya! Thanks incik suami for giving this positive feedback. Beliau memang penggemar susu kurma. Sebotol kejap je dia teguk, setel. huhu


So, for those yang nak tahu details pasal product Almond Milk by Dalucia ni bolehlah singgah ke website dorang di www.thedalucia.com tak pun boleh di beli di Mydin Hypermarket or Lulu Hypermarket. Kalau nak lagi senang boleh je order online/COD melalui Dalucia Dealer - tengok di website (saya bukan dealer). Tak rugi mencuba. Kalau serasi, bolehlah terus amalkan untuk seisi family.




Misya : Support teknologi makanan yang bermanfaat.

4 comments:

  1. menarik! berapa harga dia? btw saya follow blog awak yer...

    ReplyDelete
  2. @Aisyah Sukor Huhu tak pasti pula sebab saya dapat free produk ni. ^^ kena tanya dealer di website.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah cuba lagi susu kurma. Tapi mesti rasa bertenaga je kan lepas minum susu ni :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...