Friday, November 30, 2018

HFMD || Erina dijangkiti kerana kecuaian pengasuh?

Salam. Beberapa bulan lepas baby Erina dijangkiti HFMD. Haa penyakit ni kalau kena boleh berjangkit kat baby dan kanak-kanak lain. Tak sangka babyE terkena HFMD a.k.a Hand Food and Mouth Disease. memang babyE beberapa hari sebelum tu demam kejap kebah kejap naik suhunya. Ingatkan sebab nak tumbuh gigi atau peralihan bulan. Bagi ubat, ok. Then demam balik. Lama-lama baru perasan ada bintik-bintik naik kat peha kanan dia. But Alhamdulillah sekarang dah sembuh sepenuhnya.

Tengah sakit pun masih nak main-main ngan mommy yer..

Bintik-bintik paling banyak naik kat kaki. Mula-mula dia macam biji-biji air gitu. Pastu dia pecah jadi gini.

Kat lutut. Dahlah babyE time ni dah start merangkak. So kadang dia tak selesa la bila lutut jejak lantai time merangkak.

Kat bibir dia pun ada tapi tak banyak. Cuma maybe dalam mulut pun ada sikit so dia macam tak selera makan sangat. Risau mommy bila anak taknak makan.

Kat tangan pun ada sikit.

Puas juga mencari dari mana datang HFMD ni sampai terjangkit kat babyE. Siasat punya siasat ada anak jagaan pengasuh rupanya HFMD. Dah cuti seminggu tapi parent budak tu tak inform pun pengasuh yang anaknya kena HFMD sebab malu. Dia kata anak dia kena campak. Adoi! Tolonglah jangan camtu.. Tak pasal-pasal anak saya jadi mangsa. Nasib baik tak worse sangat. Tapi tak worse pun saya kena cuti kuarantin juga selama 5 hari. Alhamdulillah dapat jaga babyE cuma terkilan lah ada parent yang tak alert benda ni. Pengasuh Erina pun dah minta maaf tapi dia pun tak sangkalah parent tu tak inform perkara sebenar. Sebab selama 9 tahun dia jaga budak, tak pernah lagi anak asuhan dia kena HFMD. Takpela, dah nasib babyE nak terkena. 

Alhamdulillah babyE cepat sembuh. Dalam pada-pada tak sihat tu masih boleh tersenyum main-main ngan mommy and daddy. Cuma kesianlah kadang dia merengek-rengek, nangis kejap-kejap maybe dia tak selesa. Hopefully babyE tak terkena lagi jangkitan HFMD ni. Susah hati mommy and daddy dibuatnya. 


Misya : Syukur ada kemudahan cuti kuarantin.

2 comments:

  1. Alhamdulillah..risau ja Kan HFMD nih. moga babyE cepat baik Sepenuhnya

    ReplyDelete
  2. kesiannya kalau tengok baby kena penyakit macam ni mesti tak selesa.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...