Salam. Jom kita menambah ilmu di Hari Khamis yang indah ini... Diambil daripada kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)
KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?
Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah....." -(surah al munafiqun:10) Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku solat" atau "supaya aku dapat berpuasa"?
Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.." Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti. Bersedekahlah untuk saudaramu yang telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dgn bersedekah. Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah.
Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?
- Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga
- Sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan
- Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka
- Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur
- Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)
- Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.
- Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat
- Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu daripadanya (hari kiamat)
- Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan
- Sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya
- Orang yg bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia.
- Pahala sedekah pula adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)
- Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar
- Orang yang suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa.
- Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.
- Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati
- Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.
- Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.
- Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan
- Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh
- Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian
- Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung-burung.
Misya :Sedekah dalam diam.
banyak nye lekebihan...in shaa allah akan perbanyakkan
ReplyDeleteAlhamdulillah perkongsian yang sangat baik, salam ukhwah dari kak ana
ReplyDeletehebatnya sedekah... Allah Maha Besar,,,,
ReplyDeleteBaiknya Allah pada kita..Alhamdulillah..
ReplyDeleteJom perbanyakkan sedekah..semakin banyak memberi semakin banyak kita akan terima:-)