Wednesday, October 7, 2015

Sweetnya pramugari Brunei Airlines mengenakan hijab..

Salam.. Dalam banyak-banyak penerbangan yang saya naiki belum lagi merasai flight yang mematuhi syariah Islam seperti penerbangan Brunei Airlines. Baru-baru ni rancangan realiti TV Korea memaparkan suasana flight Brunei Airlines yang wat saya teruja nak ke Brunei. Tak sangka ada seragam pramugari mengenakan hijab/tudung. Biasanya flight ke Arab Saudi yang ada. Sweet sangat tengok pramugari memakai tudung. Nampak ayu dan sejuk mata memandang. Arak pun tak dihidangkan. At least ada usaha menggalakkan unsur-unsur Islamik dalam penerbangan. Asyik tengok pramugari berskirt pendek dan berbaju ketat sambil menghidangkan minuman keras, panas mata memandang! huhu







Melalui kaedah ni juga dapat mempromosikan budaya Islam di kalangan orang bukan Islam. Simple but smart. Jangan nanti ada yang komen lebih elok berjubah atau berpurdah pula. Ahaks.. ;p




Tapi baru-baru ni saya menaiki flight MAS ke Kota Kinabalu, Sabah, saya perasan MAS sudah mula memaparkan bacaan doa menaiki kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Erm bagus tu. Memang saya puji. Maybe sejak banyak sangat nahas udara melibatkan pesawat MAS, so dorang dah ada kesedaran sedikit. hehe. Hope dengan pentadbiran baru MAS oleh MAB ni agar tambahbaik lagi dari segi servis dan pakaian pramugari yang lebih mencerminkan Malaysia sebagai negara Islam. 


Misya : Makanan flight MAS menghampakan.

3 comments:

  1. betul di bawah pengurusan baru iaitu MAB, MAB telah mula memaparkan bacaan doa ... Tapi kan, rasanya Malaysia patut perkenalkan pramugari berhijab pula...

    ReplyDelete
  2. @Farah Waheda Wahid Tula, kalau pramugari MAS berhijab mesti lagi sweet. Baju batik tu dah cantik dah. Tambah hijab warna turqoise ke kan.. Heheh..

    ReplyDelete
  3. kita memang patut contohi Brunei.. mudah-mudahan tak lama lagi..
    MAS akan ikut jejak Brunei..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...