Wednesday, October 7, 2015

Istanbul Trip #7 : Melawat Miniaturk dalam salji tebal...

 Salam.. Fuh punya lama tinggal baru nak sambung kisah trip saya ke Istanbul. Sape belum baca Part 6 dan sebelum-sebelumnya silalah singgah.=) Ni sambung Part 7 pula. Haiyaa tak tahu sampai part berapa baru setel. hehehe.. Selepas melawat Muzium Panorama dalam Part 5, kami dibawa pula ke Miniaturk- sebuah tempat mempamerkan replika senibina ajaib seluruh dunia dalam bentuk mini. Contohnya Taj Mahal, Tembok Besar Cina.. Kira kalau datang sini ibarat macam dah gi seluruh dunia la gitu. Huhu..

Kami dibawa ke tempat ini dengan menaiki bas. Sebab ianya berada di seberang Turki belah Asia. Train tak sampai ke sini so kena naik bas.


Sepanjang menunggu bas, salji kejap turun kejap reda.. Macam biskut Chipsmore! Kejap ada kejap takde. huhu

Sampai-sampai je SubhanaAllah cantiknya pemandangan kat sini... Serba putih! Feeling macam cite frozen dah masa ni. Let it go.... Let it go....=P

Tak ramai pengunjung yang datang. Almaklum bila salji turun mostly orang duduk dalam rumah je banding keluar rumah. Kami je excited nak feel salji.

Its real!! Habis kereta dilitupi salji. Kalau salji tu keras jenuh juga nak bersihkan.

Kawasan letak kereta Miniaturk..

Peta Miniaturk.. Boleh plan nak tengok replika apa dulu sebelum masuk.

Tiket lebih kurang 5 TurkiLira (RM12.50). Murah kan?

Masa ni saya dah start kesejukan terutama part kaki sebab saya tak pakai kasut tebal/winter boot! Menyesal tak bawa sekali dari Malaysia. 

Gagahkan jua snap gambar walaupun kaki dah sakit sangat masa ni. Bayangkan kasut dah basah dek ais. Tambah cuaca 1-2 degree celcius masa tu, kaki dah kebas macam tak rasa apa. Pedih mencucuk-cucuk!=(

Husband saya nasib bek pakai sport shoes agak tebal so dia teruskan perjalanan. Saya just menanti dari dalam bangunan-lepak di cafe.


Antara replika bangunan terkenal di seluruh dunia dipaparkan di sini. Macam permainan Lego pun ada.










So ini antara Miniature yang dipamerkan di sini. Actually banyak lagi tapi kalau buh sume dalam ni jadi panjang berjela entri saya kali ni. hehe..

Lunch time! Alhamdulillah dapat juga makan nasi.. Kat Miniaturk ni ada disediakan cafe dan kedai souvenirs. Kalau nak panaskan badan boleh relax dulu di sini. 

Ayam Masala ni sedap!

Turki Tea.. Antara minuman special di Turki. Wajib try kalau datang sini. Gelas comel dan kecil ni pun dah cukup untuk warga Turki menikmati teh yang enak.

Puas jalan-jalan kami sempat menikmati keindahan salji yang turun. Orang lain semua lari bila salji turun, kami sangat excited bila salji turun. [Jakun!]

Sejuk tahap gaban bila salji turun siap dengan angin sekali, perghhhh memang menggeletar!!!^^


Plan asal nak naik kereta kabel melihat keindahan bandar Istanbul tapi disebabkan cuaca yang bersalji tebal maka hasrat dibatalkan. Lagipun memang servis kereta kabel ditutup bila salji tebal turun.

Nampak kereta kabel tu? Salji semakin lebat menyimbahi bumi Istanbul. Kami pun dah tak larat sebab cuaca kian sejuk, so pulang saja ke hotel..

Next Part 8! =)


Misya : Salji adalah titisan hujan dalam bentuk ais.

3 comments:

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...