Salam semua.. Huhu syoknyer nak gosok baju since ada SteamQ Iron yang saya beli dari GoShop ni. Memang enjoy la sebab dah tak melekat-lekat dah bila menggosok. Iron saya sebelum ni pantang terlebih panas sikit je habis melekat lalu berlubang baju saya!=( 1st time saya n husband tengok Iron SteamQ ni kat channel GoShop terus husband saya kata, ok Yang kita beli 1!. hehe.. Disebabkan husband sendiri pun memang jenis ringan tulang menggosok baju so dia pun turut feel apa masalah saya time menggosok baju especially part terlekat-lekat tu. Dengan harga RM199.00 saya pun dail no.fon GoShop untuk order. Dalam masa beberapa hari dah sampai...
Ginila rupanya SteamQ Iron tu.. Comel je.. Plus sangat ringan. Tak berat macam iron biasa. Kat facebook saya ada jumpa orang jual tapi tak berani nak beli sebab benda murah sangat... comfirm tak terjamin dari segi kualiti dan keselamatan. Buatnya meletup takde waranti, adoii... Biar mahal sedikit janji selamat dan berkualiti.
Dah nama pun SteamQ so, air adalah benda utama kena ada sebelum kerja menggosok dijalankan. Isi air hingga paras MAX (tulisan kelabu kecil) tu then baru on power.
If anda betul-betul nak totally menggunakan stim semasa menggosok, laraskan hingga MAX so sepanjang masa air akan dipanaskan dan ready untuk menggosok pakaian. Dont worry dari segi safety sebab anda boleh letak cover plastik di bawah besi pemanas. Jadi tak risaula if ada anak kecil terpegang ke kan. Walau ada cover plastik tetap kerja menggosok berjalan dengan lancar.
Setiap kali gosok, saya akan picit punat kecil di bawah lengan Steam! Iron ni untuk mengeluarkan stim. Compare dengan iron stim yang lain, butiran SteamQ lebih halus dan menghasilkan pancutan stim yang lebih jau-meresap lebih cepat ke dalam fabrik. Dats why pakaian kita yang renyuk tu cepat giler dia ratakan. Sambil hanger baju pun kita still boleh menggosok.
Jadi, inilah gadget terbaru yang memudahkan kerja rumah saya dan suami. Biasa nak gosok sehelai kemeja ambil masa 2-3 minit tapi dengan SteamQ iron ni tak sampai seminit dah siap. So tak bazir masa nak hadap ironing board lama-lama. Banyak kerja lain boleh dilakukan.
Nak bawa travel pun senang sebab dia ringan dan kecil saja. Cuma kelemahannya dia still kena guna elektrik. Tapi okla sebab kerja menggosok lebih cepat selesai jadi menjimatkan elektrik juga. Oh ya, selain menggosok, uols leh guna untuk spray carpet, winter coat, kasut, langsir, teddy bear or apa sahaja untuk mensterilkan benda-benda tersebut daripada kuman. Macam saya inform tadi stim yang dihasilkan sangat powerful. Kuman kalau terkena stim yang panas comfirm mati. Jadi memang berbaloila kalau beli 1 untuk setiap rumah.
Info lanjut : http://www.goshop.com.my/
Misya : Bukan dealer Go Shop.
ade gak tgk kat goshop tuh..senang keja kalau ade yg nih..
ReplyDeleteOhsemm . Mcm besz jek
ReplyDelete