Salam. Ok sambung Part 8 pula. Boleh baca Part 7 dulu kalau anda belum baca.:) Ok disebabkan belajar dari kesilapan akibat tak memakai winter boot (kaki jadi pedih dan sakit ya amat), saya sempat shopping 1 kasut winter di Istanbul. Kebetulan memang ada jual kat lorong pejalan kaki bawah tanah tempat kami lalu untuk naik tren ke hotel. Apa lagi terus rembat sepasang. Lega rasanya dapat pakai winter boot. Yang paling best kalis air dan memanaskan kaki dari dalam. Baru syok nak jenjalan!
Jom jalan!
Bangun je pagi jenguk kat tingkap, MasyaAllah tebalnya salji yang melitupi bumbung-bumbung bangunan. Ni saya snap dari tingkap bilik kami. Perhatikan berapa tebal salji di tepi tingkap kami ni. Betapa bersyukurnya saya dapat menikmati pemandangan sebegini.
Sampai di Sultanahmed.. Disebabkan kami sampai agak awal di kawasan ni, salji dari malam tadi masih fresh tak terusik. Apa lagi kami posing sepuas yang mungkin sementara salji masih fresh!
Wefie jangan dilupakan...
SubhanaAllah... Indahnya Masjid Biru tatkala dilitupi salji. Rasa nak menangis! T_T Cantik sangat-sangat... Takkan jumpa di mana-mana negara Islam melainkan di Istanbul, Turki... Ohsem sangat!
Seterusnya kami dibawa melawat ke Muzium Hagia Sophea. Apa yang menariknya muzium ni merupakan bekas gereja dan masjid! Pelik kan?;)
Pada asalnya memang Hagia Sophea ni Masjid. Dibina sebagai hadiah semasa Islam memenangi penaklukan Kota Istanbul. Tetapi dirampas oleh orang Kristian dan menjadikannya sebagai gereja.
Tak lama lepas tu Islam kembali berkembang dan tempat ini ingin dijadikan sebagai Masjid semula. Tetapi mendapat tentangan dari pelbagai pihak dan perkara ni masih dibincangkan di peringkat kerajaan Turki. So wat masa sekarang ianya dibuat sebagai Muzium.
Kelihatan tulisan Allah & Muhammad tapi dalam masa yang sama ukiran dan lukisan berdasarkan agama Kristian masih dikekalkan.
Kalau di Malaysia masuk tempat camni comfirm dicop jatuh Akidah. Mana mazhab la dorang pakai. Bila masuk sini baru saya tahu oh gini rupanya gereja. At least ada ilmu supaya akan datang kita sebagai orang Islam tak diperbodohkan bila masuk ke mana-mana tempat pun.
Walaupun dah beratus tahun tetapi bangunan ini tetap utuh.
Kami sangat mengagumi bagaimana Hagia Sophea ini dibina sedangkan bongkah-bongkah batu yang digunakan sangat besar dan berat. Tiang-tiang yang kukuh dan tinggi didirikan. MasyaAllah hebatnya orang dahulu kala...
Sempat melalui lorong-lorong yang dibina untuk ke tingkat seterusnya..
Sekali imbas mengingatkan saya kepada filem Harry Potter atau Lord of the Rings. Seperti memasuki istana zaman dahulu kala. If nak wat shooting filem memang sesuai sangat tempat ni.
Allah Tuhanku, Muhammad pesuruh Allah...
Part 9 telah menyusul...
Misya : Islam di hatiku.
wahhhh bestnya cik misya....
ReplyDeleteSalam singgah petang...bestnya pergi jalan-jalan...
ReplyDeletebestnye .... teringin nk pi ni time bila bulan 3 ari tu ke ....
ReplyDeleteskrg ni time autumn kan ... ke spring ek....
@eima Aah yunk ni g bulan feb hari tu.:)
ReplyDeleteCT nak baca ni dari Part 1.. CT bookmark dlu..
ReplyDeleteill comeback =)
seronoknya tgk sis jalan2..huhu jeles neh..:)
ReplyDeleteJOM JOIN GIVEAWAY CIK EN.HADIAH BERNILAI RM1000 MENANTI ANDA>