Monday, July 7, 2014

Sebak menonton Arwah Kak Pah dalam rancangan Prof Muhaya.. Al-Fatihah..

SubhanaAllah.... Seronok dan bahagianya melihat Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini dalam rancangan Celik Hati Prof Muhaya sebelum pemergian Allahyarham buat selama-lamanya Sabtu yang lalu... Betapa indahnya hidayah Allah kepada sesiapa yang benar-benar mahukannya. Berseri-seri wajah Kak Pah seolah-olah sudah mendapat apa yang diingininya dengan mengenal siapa Tuhan yang sebenar. Sungguh ajal maut tiada siapa pun yang tahu. Al-fatihah buat biduanita Kak Pah yang disayangi seantero Malaysia.




Rasa sebak bila menonton rancangan tersebut.. Antara permintaan arwah dalam rancangan tersebut adalah memohon pihak media tidak lagi menayangkan gambar atau rancangan yang menampilkannya tanpa mengenakan hijab. Subhanaallah..

Saya ada permintaan kepada station TV, kpd kawan-kawan di media.. kalau nak keluarkan gambar, tolonglah JANGAN keluarkan yang dulu.. yang tidak berhijab'...... 

Mahu lihat video penuh rancangan tersebut? Boleh klik link youtube berikut.





Misya : Semua manusia adalah bakal jenazah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...