Friday, July 11, 2014

Kucing dicampak dari tingkat 7!! Geramnya!!!

Salam.. Aduhai pagi-pagi Jumaat terbaca entry Blog 3dalam1 tentang seekor kucing cedera parah selepas dicampak dari tingkat 7 oleh seorang kanak-kanak di Singapore, rasa geram sangat-sangat!;[ Menurut 3dalam 1,

Orang awam yang menemui kucing malang yang diberi nama Arial itu dengan segera mengejarkannya ke SPCA dan AMK Vet untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Kucing itu diberikan nama Arial yang bermaksud keberanian dan kekuatan.

Antara kecederaan yang dialami oleh Arial ialah pelvis terkehel, rahang patah, tulang belakang patah, patah kaki kanan bahagian depan kemungkinan pundi kencing terkoyak dan lain-lain kecederaan dalaman yang tidak dipastikan.





Aduh rasa nak menangis je bila tengok kucing ni. Dahlah comel dan gemuk, tapi diperlakukan sedemikian rupa! Memang lah yang melakukannya tu kanak-kanak yang tak berakal lagi tapi kalau tu anak saya memang saya titik tangan dia. Tergamak dia baling kucing ni. Ingat bahan mainan ke apa. Yang parent pun satu hal, tak didik anak betul-betul. Kalau orang Islam kan kita dah dididik bahawa kucing tu haiwan kesayangan Nabi. Cer kalau anak dorang dicampak camtu, apa rasa? Haish saya memang emo sikit kalau bab-bab kucing dianiaya ni. If kucing tu disepak kat kedai makan pun memang saya boleh rasa nak tampar je orang tu. 


Kesian Arial.. Dah pasti dia cacat seumur hidup.. :( Kalau jatuh terus mati takpe ni dah lah dibaling tapi cedera parah sampai jadi cacat, memang saya tak tahan tengok keadaan kucing ni. Sedih sangat-sangat. Please lah kawan-kawan kat luar sana even anda tak suka kucing pun tak perlu nak aniaya kucing sampai camni sekali. Yang ada anak tu ajarlah anak supaya sayang dengan kucing. Saya walaupun pernah kena cakar teruk tapi tak pernah fobia dengan kucing. Lagi sayang ade la. Huhu.. Apa-apa pun kita sama-sama doakan Arial sembuh..



Misya : Kanak-kanak semakin hyperaktif.


3 comments:

  1. Ada jugak terbaca semalam..
    Ya Allah..kenapa la kan..
    Memang rasa nak menangis tgk..
    Sbb nieyl nie pencinta kucing...ada kucing parsi di umah..
    So far..anak2 buah sye..sye ajar die sayang kucing..walaupun mak ayah dieorg x bagi dieorg main ngan kucing...

    ReplyDelete
  2. sedihnya tengok keadaan kucing montel tu..mungkin budak tu ingat kucing mainan kot..

    ReplyDelete
  3. tak terkata dibuatnya..anyway ida bw cn ye

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...