Wednesday, July 2, 2014

Neelofa kini sudah berhijrah kepada berhijab!

Salam semua.. Wah khabar gembira dari dunia seni tempatan, artis cun-melecun yang selalu bikin kontroversi dengan imej seksinya kini dikatakan telah berhijrah kepada imej Muslimah! Alhamdulillah... Ramadhan mulia yang penuh keberkatan membawa 1 titik perubahan dalam hidup pelakon dan model Neelofa. 


Berita gembira ni disahkan sendiri oleh pengurus Neelofa, Shawn Amer melalui Mstar.

"Benar, Neelofa sudahpun berhijab dan dia telah mengesahkan perkara tersebut kepada saya pada hari ini (Selasa).

"Dia juga melihat perubahan yang dilakukannya adalah satu perkara yang positif buat dirinya," katanya kepada mStar Online.

"Alhamdulillah, berdasarkan pemerhatian saya, Neelofa berubah secara perlahan-lahan dan sejak tiga bulan lalu, dia kerap berhijab. Tidak sangka pula dia melakukan perubahan secepat ini.

"Bukan sahaja lebih positif tetapi wajahnya dilihat sentiasa gembira. Apa-apapun kita mendoakan yang terbaik untuknya," ujarnya.

Adik Neelofa iaitu Ameera juga telah memuat naik gambar kakaknya berhijab dan mengucapkan tanda syukur atas perubahan kakaknya.



Walau bagaimanapun Neelofa sendiri tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan perkara ini kerana kesibukan dalam kerjaya seni beliau. Semoga perubahan Neelofa ini adalah benar dan beliau sentiasa istiqamah dengan perubahan tersebut. Beliau sememangnya lebih cantik dan berseri bila mengenakan hijab. Tak lama lagi sampai jodoh pula ya? Amin..;)


Misya : Seindah hiasan adalah wanita solehah.

8 comments:

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...