Thursday, July 18, 2013

Video : Ashraf Muslim berbohong dengan Dayana?

Salam. Ingat lagi kisah pelakon kacak Ashraf Muslim yang dikatakan memadukan isteri? Link entri di SINI. Sah! Kisah tu benar sebenar benarnya! MasyaAllah... Tak sangka jadi begini di bulan Ramadhan ini. Berikut kenyataan daripada ayah kepada isteri pertama Ashraf, Dayana...



Berikut adalah laporan daripada MynewsHub:

Namun, apa yang menarik perhatian penulis ialah sikap Dayana yang kelihatan tenang apabila wajahnya dirakamkan oleh pihak media malah dia turut keluar daripada Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur dengan beriringan serta berpegangan tangan suaminya walaupun dikhabarkan pernikahan kedua Ashraf tidak mendapat keizinan daripada Dayana.


Malah, pasangan suami isteri itu juga tampil berpakaian sedondon dengan menggenakan persalinan berwarna ungu.

Selain itu, menerusi video dari Harian Metro ini juga, bapa mentua Ashraf, Lokman Abdul Hamid, 52, menyatakan perasaan terkilannya kerana menantunya itu sanggup berbohong dengan mengatakan pemergiannya ke Bangkok baru-baru ini adalah di atas urusan perniagaan.

Dia turut menegaskan sepatutnya Ashraf berterus terang daripada terus menimbulkan spekulasi mengenai perkahwinan keduanya itu.

Lokman turut berkata, anaknya, Dayana masih lagi tinggal bersama-sama Ashraf walaupun dia sekeluarga pernah menjemput Dayana kembali ke rumahnya selepas permasalahan rumahtangga anaknya itu tercetus sejak beberapa bulan lalu.

Saya agak terkejut dengan berita ini walaupun poligami itu tidak salah. Sepatutnya Ashraf lebih profesional dengan perkara begini. Mungkin dia taknak keluarga masuk campur urusan rumah tangga nya tetapi, tak seharusnya dia berbohong dengan keluarga. Melihat wajah Dayana, saya tahu dia sedang tertekan dan sedang menyembunyikan kekecewaan di hati. Apa-apa pun doakan yang terbaik buat mereka.. Haiyaaa Ashraf Muslim! 


Cik Misya : Hati wanita siapa yang tahu..

4 comments:

  1. aaaaa.. benci3... sampai hati AM.. :(

    ReplyDelete
  2. sapa x terluka, klau ya pon nak kawin 2 jgn la menipu kan..
    sob sob sob, sedihnya...
    moga drg kekal bahagia...

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...