Monday, June 17, 2013

Senarai terkini produk kosmetik berbahaya!!!

Salam.. Sekarang ada pelbagai produk kosmetik di pasaran yang dijual dalam pelbagai rupa dan harga. Tapi makesure anda membeli produk yang disahkan selamat ya! Terkini Biro Farmaseutikal Kebangsaan telah mengeluarkan 5 produk yang tidak selamat digunakan.

Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment
Natural 99 Night Cream
Natural 99 Day Cream
SF Beauty Night Cream (Facial)
SF Beauty Day Cream (Facial) 


Selain daripada 5 produk yang disenaraikan, terdapat banyak lagi produk-produk kosmetik yang telah ditarikbalik penjualannya. Senarai penuh boleh rujuk di SINI.

Gambar sekadar hiasan

Orang Awam dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti  yang tersenarai. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.-BFK





Cik Misya : Percaya kualiti dan keselamatan dahulu baru harga.

4 comments:

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...