Thursday, June 25, 2020

Cara membuka akaun Tabung Haji anak di Putrajaya

Salam. Seperti biasa setiap anak saya akan bukakan akaun Tabung Haji untuk simpanan masa depan. Baru-baru ni saya bukakan akaun Tabung Haji untuk anak kedua saya Dhiya Soffea. Kakaknya Dhiya Sherina dah ada dah akaun. Kebetulan cuti bersalin masih berbaki seminggu, so saya settlekan pembukaan akaun Tabung Haji BabyS. Sebelum gi Tabung Haji tu saya google dulu kaedahnya tapi tak jumpa kaedah paling latest. So saya share kaedah membuka akaun Tabung Haji anak yang terkini untuk rujukan sesama kita.


Untuk makluman, kini Tabung Haji tidak lagi mengeluarkan buku akaun begini. Semua maklumat akaun dikemaskini dan perlu disemak melalui sistem online di website https://www.thijari.com.my/ . Nak semak baki akaun, nak tambah simpanan, nak buat transaksi ke akaun Tabung Haji yang lain, nak Daftar Haji semuanya perlu melalui sistem THiJARI ni.


Ok back to the story, saya ke Tabung Haji di Presint 4, Putrajaya. Kat sini ada tempat dinamakan Islamic Financial Services Centre (IFIC) which selain Tabung Haji ada juga Bank Islam. Waktu berurusan boleh refer gambar di bawah.


Musim PKP ni of course ada SOP kena patuh. Pakai mask, scan QR Code dan penjarakan social sebelum masuk ke dalam. Better bawa pen sendiri untuk elak berkongsi pen dengan orang lain. Sebelum tu, dokumen apa perlu dibawa?

- MyKad Ibu/Bapa/Penjaga (Siapa yang hadir ketika itu) (Ori)
-MyKid anak (Ori)
-Surat/Sijil Kelahiran anak (Ori)
-Wang deposit minimum RM10.00


Bila masuk ke dalam ada kaunter receptionist akan bertanya tujuan kehadiran kita. So kita informlah nak buka akaun Tabung Haji anak. Jangan keliru sebut nak daftar haji anak pula! hehe. Sebab both adalah berbeza ya. Nanti pegawai kat kaunter tu akan bagi 3 borang which 2 keping Borang Maklumat Ahli dan 1 keping Slip Simpanan Wang.

Borang Maklumat Ahli 1 : Untuk kemaskini maklumat akaun kita sebagai penjaga anak. Syarat nak buka akaun anak, penjaga/ibu/bapa kepada anak tersebut kenalah ada akaun Tabung Haji dulu. Kalau belum ada, sila buka akaun Tabung Haji anda terlebih dahulu.

Borang Maklumat Ahli 2 : Untuk isi maklumat anak dan penjaga.

Slip Simpanan Wang : Untuk isi maklumat jumlah wang yang ingin didepositkan dalam akaun anak.



Dah siap selesai isi borang, barulah pegawai receptionist akan bagi nombor giliran. Then, tunggulah sehingga nombor giliran dipanggil oleh mana-mana kaunter berkaitan. Saya datang dalam jam 9.00 pagi, around 10.00 pagi selesai. Lepas urusan di kaunter, boleh terus ke kiosk/PC yang disediakan untuk daftar THiJARI. So, boleh semak terus akaun anak yang telah didaftarkan. Don't worry akan sentiasa pegawai membantu sepanjang proses pendaftaran THiJARI if anda berada dalam kerumitan. After this, boleh semak THiJARI kat mana-mana je. Kira semuanya di hujung jarilah lepas ni!


So, dah selesai daftar akaun Tabung Haji anak-anak saya. Lega rasa bila dorang dah ada akaun. Alhamdulillah duit yang orang sedekahkan kat dorang sebahagiannya saya masuk di sini. Yang lain ada saya masukkan dalam akaun bank dan ASB. Jika dipanjangkan usia, moga ada rezeki kami anak-beranak dapat menunaikan Haji bersama-sama satu hari nanti. Amin..




Misya : Rezeki anak-anak.


Segmen 24 Jam Bloglist #37 Mialiana.com


Klik untuk join


Pencarian bloglist bagi bulan Julai, Ogos dan September 2020 di Mialiana.com bermula pada 8.00 pagi 25/6/2020 sehingga 8.00 pagi 26/6/2020. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com / Like Fanpage Mialiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #37 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2020.

** jom support Mia Liana....

Resipi Ikan Selar Masak Taucu

Salam. Pernah makan masak taucu? Taucu ni sejenis kacang masin yang diperam dan dijual dalam botol. Biasanya taucu orang guna untuk masak sayur atau ikan. So kali ni saya share resipi saya menggunakan taucu dalam masakan ikan. Yang penting resipi ni sangat senang, makan lauk ni je pun dah terangkat!


Bahan-Bahan

Ikan Selar (Guna ikan lain pun boleh)
Bawang Besar / Benggala 
Bawang Putih
Halia
Cili Merah
Taucu (jenama Tamin)
Serbuk Kunyit
Garam




Kaedah Memasak

1. Goreng ikan yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Agak-agak ikan dah masak, bolehlah diangkat dan ketepikan dalam pinggan lain. Kali ni saya goreng ikan menggunakan air fryer suhu 160°C selama 20 minit. (Sebab gas habis!) hehe..


2. Tumiskan  hirisan bawang besar/benggala, bawang putih, cili merah dan halia sehingga terbit bau.


3. Then, masukkan 1-2 sudu taucu ikut citarasa memasing. Taucu ni dah masin so tak perlu letak garam dah lepas ni. If terlebih sangat pun tak elok juga takut terlebih masin. So kena pandai-pandai agak. Ada sesetengah brand taucu tak berapa masin boleh letak lebih sikit. Masukkan sedikit air dan kacau sehingga mendidih. Nak lebih kuah, letak lebih air.


4. Masukkan ikan selar yang telah digoreng tadi. Kacau sehingga rata dan siap dihidangkan.





Senang je kan resipi ni? Halia tu pun tak letak pun takpe. Gunakan je bahan apa yang ada di dapur. Mudah dan pantas disediakan. Selamat mencuba!



Misya : Masam manis pahit masin dalam kehidupan itulah pengalaman.

Aiskrim McD perisa Melon berjaya menambat hatiku

Salam. Actually dah lama sis dok perhati kat kiosk aiskrim McD ada terpampang new flavour which is Melon. Sis memang suka buah rockmelon ni especially during pregnancy memang asyik hadap buah ni. So memang teringinlah nak try rasa aiskrim McD perisa Melon ni. 


Honestly as usual, McD tak pernah mengecewakan tang aiskrim nya. Sangat sedap! Tak terlalu manis dan memang terasa ketulenan perisa buah melonnya. Sebab buah melon ni jarang orang dapat buat flavour yang betul-betul pure. But McD berjaya melakukannya dan juga berjaya menambat hatiku. Good job!

Sis suka sangat sebab tak terlalu manis. Just nice plus memang sis suka buah-buahan so memang terasa aura fruity-fruity dalam aiskrim ni.

Sis try request yang Melon Choco Dip tapi not available pula masa beli. So just beli Melon Cone. Oh teringinnya nak beli lagi! Serius teringat-ingat rasa buah melon yang sedap tu...


Misya : Pregnant banyak makan buah hasilnya kulit anak cantik.

Monday, June 22, 2020

Syukur dapat suami tidak memilih makanan

Salam. Dah lama tak prepare bekal camni untuk husband tercinta. Huhu. Actually dari awal kahwin memang saya selalu bekalkan makanan untuk husband sebelum ke office. So, ni kebetulan ada masak extra lauk malam tadi maka saya 'tapau'kan untuk husband. Tersenyum lebar dia kat muka pintu bila dapat bawak bekal ke office hari ni. Macam budak-budak punyalah happy. Hehe..


Alhamdulillah suami saya jenis tak cerewet dalam bab makan. Apa saja saya masak dan hidangkan, dia makan. If saya dapatkan bekalkan camni, lagilah dia happy. Pernah dengar ada kawan yang suaminya malu kalau bawak bekal camni. Takut kena kecam or diejek kengkawan office. Belum lagi jenis yang memilih makanan. Tu tak makan, ni tak makan. Alahai kesian plak dengar. Stress tau dapat laki camtu. Hehe. Nasib baik husband saya jenis suka bawak bekal. Siap bangga pula dapat bawak bekal. Yang penting kalau bekal nasi berlauk camni mesti ada cili api. Wajib ok! Hehe. Almaklum beliau memang kaki pedas. Tapi pernah saya lupa nak letak cili api, dia ok je. Yang bagus beliau jenis tak suka membazir makanan. Tak kiralah camne sekalipun dia akan habiskan makanan tu. Melainkan makanan tu totally tak sedap langsung. Tapi memang jarang dia tak habiskan makanan. Apa pun moga saya istiqamah sediakan bekal makanan camni lagi untuknya. Saya sendiri seronok bila wat camni. Tanda menghargai antara satu sama lain. Syukur Alhamdulillah..


Misya : Bekalan akhirat jangan dilupakan.

Kaedah bungkus makanan dengan suratkhabar yang selamat

Salam. Ok tips food safety kali ni saya nak share tentang kaedah pembungkusan makanan yang betul. Bolehkah guna suratkhabar untuk bungkus atau balut makanan? Jawapannya boleh TETAPI perlu ada lapik atau lapisan tambahan antara makanan dengan surat khabar. 


Contoh macam dalam gambar di atas. Why nak kena ada lapik? Sebab suratkhabar tu kan dah bercetak dengan dakwat karbon. Which bila terkena makanan yang bersuhu tinggi dan berminyak, automatik karbon dari dakwat tu mencair lalu boleh mencemarkan makanan. Even kalau kita balut benda lain pun, dakwat tu lama-lama akan melekat kat benda tersebut. Apetah lagi bila terkena makanan panas-panas dan lembab kan? Tambahan pula entah apa yang ada pada suratkhabar tersebut pun tidak diketahui sebab confirm dah banyak tangan yang pegang atau dah banyak tempat suratkhabar tersebut diletakkan. So lapik yang sesuai perlu digunakan untuk mengurangkan risiko pencemaran dari suratkhabar kepada makanan. Such as daun pisang atau plastik bergred makanan. Secara tak langsung rupa makanan tersebut pun nampak elok dan selamat dari pencemaran. Barulah pelanggan pun confident nak beli makanan yang anda jual. OK? :)


Misya : Tutup aurat bukan balut aurat.

Pengguna setia Cili Giling jenama Puteri

Salam. If siapa yang follow, saya selalu share tentang resipi masakan kan? Boleh tengok list resipi-resipi di SINI. Kalau perasan, saya selalu gunakan cili giling atau kisar jenama Puteri ni dalam masakan saya. Yes, saya memang gunakan jenama Puteri ni dah lama dah. First time guna terus suka then jadi pengguna setia. 


Why? Antara sebabnya bila masak, dia cepat je pecah minyak. Kira tak perlu nak tunggu lama sangat untuk pecah minyak kalau masak sambal dan seangkatan dengannya. So memudahkan kerja memasak saya dan menjimatkan masa memasak. Sebab pernah cuba beli jenama lain, punyalah jenuh nak tunggu pecah minyak last-last sampai ke sudah tak pecah minyak. Pelik! Terus band jenama berkenaan sampai sekarang.

Yang best kat belakang paket cili Puteri ni ada contoh resipi-resipi masakan. Saya tak pernah lah cuba sebab kaedahnya lebih kurang masakan saya je. hehe. But to be honest memang saya suka guna Cili Giling Puteri ni. Memang tiap bulan sentiasa beli untuk stock. Sangat berguna untuk masak any sambal, goreng-goreng mee, bihun dan sebagainya. Yang pasti, rasa dia pun lebih sedap banding jenama lain. Cukup nice rasa pedas dia. Kat Putrajaya ni yang saya jumpa dijual di pasaraya Mydin. If tak jumpa memang saya takkan beli jenama lain. huhu. Moga pengusahanya kekalkan prestasi ok!


Misya : Cili giling tak sedap, masakan pun jadi tak sedap. 

Giveaway by A Secret Journey


Klik untuk join

Punca sebenar kematian Bob, A Street Cat

Salam. Baru-baru ni saya ada share berita sedih tentang kematian kucing terkenal iaitu Bob dalam entry INI. Mula-mula saya ingatkan Bob mati disebabkan faktor usianya yang dah mencecah lebih kurang 14 tahun plus maybe Bob ada masalah kesihatan. Tapi rupa-rupanya Bob mati disebabkan punca lain. Tak sangka sangat punca Bob pergi dalam keadaan mengejutkan semua pencinta kucing. Yang paling terkesan sudah tentu tuannya, James Bowen. Pasti sukar untuk beliau menerima hakikat.


Menurut James, Bob sebenarnya mati disebabkan kecederaan yang dialami selepas dilanggar oleh sebuah kereta tak jauh dari rumah dorang. Sebelum tu Bob hilang tetapi usaha mencarinya berhasil. (Seolah-oleh Bob tahu dia akan mati, tu sebab dia menghilangkan diri).



Selain kecederaan akibat accident, Bob juga menghidapi penyakit buah pinggang stage 2 tapi doktor vet menjangkakan Bob masih boleh hidup beberapa tahun lagi. Tapi yela, ajal maut di tangan Tuhan. Bob pergi lebih awal tanpa disangka. Saya sendiri pun terkejut dengan kematian Bob which saya fikir bila dia dah famous seluruh dunia, confirm dia akan dapat layanan 1st class oleh James dan tak mudah hilang atau jatuh sakit. Maybe Bob seekor kucing yang sangat baik dan berjasa pada manusia yang memeliharanya so Tuhan ambil dia lebih awal. Daripada dia suffer akibat cedera atau cacat atau penyakit yang dialaminya, better dia pergi buat selama-lamanya. Hope James keep strong. 


Sumber : Facebook A Street Cat Named Bob


Tular lagi ikan keli diberi makan babi

Salam. Agak pelik beberapa hari ni viewer posting saya tentang Cara Memilih Ikan Keli Halal atau Haram naik mendadak. Walhal entry ni dah lama since tahun 2011. Bila check whatsapp group family saya baru faham kenapa. Memang tiba-tiba viral semula tentang ikan keli yang diternak telah diberi makan daging babi. Siap ada video lagi. Erk! Saya jangan kata babi, ikan keli pun memang saya tak makan! hehehe.. 


Maybe that's why ramai yang cari kesahihan berita ni so carian tentang ikan keli ni tersangkut kat entry saya ni. Hingga hari ni, entry ni paling tinggi di view. 


But sejauh mana kebenaran tentang benda ni, wallahualam. Berhati-hati jela nak makan apa pun. Banyakkan berdoa supaya tak terjebak memakan benda yang haram atau syubhah. Dan kalau boleh elakkan makan langsung lagi bagus. If pandai ternak sendiri lagi-lagi lah baguih! 


Misya : Tak makan semua jenis ikan yang mempunyai bentuk seperti ikan keli .


Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...