Wednesday, April 13, 2011

7 cOLOurs rOse

Salam semua..:) Harap korang semua happy dan sihat sentiasa. Today tiada apa nak distorykan. huhu. Just want to share 4 pictures of rainbow coloured rose! hehe.. I like Roses!=) Yes, aku paling suka bunga rose.. So far, ade la beberapa kali aku dapat bunga rose. Tapi roses yang paling special aku pernah dapat adalah dari sahabat aku Hasni semasa Hari Konvokesyen aku.. Will never forget that beautiful roses forever.=) Ada juga someone dulu kata nak bagi aku 99 roses tapi sekadar angan-angan sahaja. huhu... Tunggu siapakah yang sudi bagi aku roses sebanyak tu. hehe.. Incik J? Jeng-jeng-jeng..;)))

Roses from my beloved friend, Hasni.. Thanks dear.=)

Aku pernah terima emel tentang bunga rose yang berwarna-warni. Cantik sangat!:) Kreatif dan sangat artistik. Combination warna-warna pelangi. Sebagai pencuci mata, tengoklah gambar roses yang cantik ni ye.. huhu..








Cik Misya : I like red roses only! huhu...

Tuesday, April 12, 2011

Korang sanggup muka korang diconteng-conteng camni??!!!

Salam semua.. Ingat lagi entri saya tentang yang bertajuk Siapa ni....?? Em so hari ni saya nak bagitahu lah siapa orang nya. hehe.. Tapi actually korang dah leh tahu siapa kan..;)

Baru-baru ni aku ada join event model+make-up(mua)+photography)photog yang diberi nama event "Suka Hati Mekap" di Taman Bukit Jalil. So hasilnya memang suka hatilah. hehe.. On that day, aku dimekapkan oleh mua bernama Kak Linda Helmi. This is my first time dimekap oleh mua setelah meninggalkan dunia tarian zaman Universiti dulu. Seronok je bila dimekapkan. hehe... Ada juga mua-mua lain yang terlibat antaranya Kak Naida, Eqin (penganjur) dan lagi sorang tak ingat siapa nama dia. huhu. Model ada 4 orang. Aku, Eqin, Bella & Farzalena. Photog pula ramai..:) Antaranya Abe, Pak Tam, Sukri, Bro MNJ, Photomaniac, Jeff dan ramai lagi.. Maaf tak dapat sebut semua. huhu..

So hasilnya.. Korang lihatlah dalam gambar-gambar kat bawah ni..:) Thanks so much to my mua yang mekapkan saya. I was really excited bila dimekapkan/diconteng-conteng sebab memang teringin nak join event camni. Sekurang-kurangnya dapat tambah portfolio in modelling job. InsyaAllah..:) Ok, lets join my pictures hasil kreativiti photog yang hebat-hebat belaka.=)

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
"Arts do not mean always beauty and beauties do not mean has arts inside it"
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Menyelinap di sebalik semak..;)))

Watermark..







Roar!!!!!

Someone said me just like a doll...=)

Another watermark..


The sharpness picture forever! huhu..

Macam cover album Britney Spears.. hehe...

Thanks Sri Amira; she loves my shoes (wedges) hehe..

Just like a snake..?;)) 

Its really hot during this time. huhu


Beauty VS Devil


Team "Suka Hati Mekap"

With model Bella..:)

Thanks Kak Linda.. Muah!;)



Cik Misya : Akan sentiasa ingat pesan Kak Linda "Kita kena berani mencuba sesuatu kelainan, barulah kita akan kelihatan berbeza dari orang lain". Will be my inspiration words forever..:)

Sunday, April 10, 2011

Siapa ni..????

Who is this??? 


Coming soon entry.

Nantikan kemunculannya! hehehe..;)))


Cik Mesya : Yang dah tahu, diam-diam ye... huhu...

Saturday, April 9, 2011

Excited gi WOrLd HaLaL FOruM =)

Assalamualaikum semua..=) Selamat berhujung minggu. huhu. 

Oklah nak update entri baru tentang aktiviti aku yang berkaitan dengan kerjaya aku as a Food Technologist. On 9th April 2011, aku bersama beberapa orang officemate aku telah sertai World Halal Research Forum di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Actually ada lebih kurang 10 orang kot yang join. Tapi aku, Syahnaz dan Liyana bergerak sama-sama menaiki tren seawal 8.00 pagi menuju ke KLCC. Dah lama tak naik tren, excited sikit. huhu. (Tapi sebenarnya happy dapat jalan-jalan setelah berbulan habiskan masa dalam office je) hehe..

Actually World Halal Forum ni every year dorang anjurkan. Siapa penganjurnya? Halal Development Corporation Centre (HDC) plus kerjasama JAKIM. Tapi organizer dia more by HDC. Ni first time aku join sebab tahun lepas aku tak dapat pergi. 

So, dalam forum ni kitorang mendengar ceramah yang disampaikan oleh Researcher-Researcher dari pelbagai background. Agak menarik walaupun ada juga penceramah yang membosankan (topik tiada kaitan dengan tajuk). Mostly topik yang dibentangkan lebih kepada "Halal Innovation". Malaysia ni nak jadi hub Halal dari segi pengeluaran makanan, kosmetik, pakaian dan sebagainya. So, HDC propose nak buat satu agensi yang menguruskan Program Inovasi untuk Halal. Kebanyakan tajuk kurang berkaitan dengan skop Food Technologist. Jadi, kitorang pun terpaksalah mendengar semua presentation.

Yang best, makanan yang disediakan! hehe.. Ni la first time aku makan Dim Sum.. huhu. Sedap!=) (Sorryla kalau aku ni ketinggalan zaman sikit) ;p Menu yang dihidangkan untuk breakfast dan lunch semuanya under category makanan sihat. Good! Kurang gula, lemak dan garam. Rasa natural je. huhu. This is very important! Korang tahu tak negara Malaysia adalah negara KEENAM obesiti dalam dunia!! Kalah Jepun ok! So, rakyat Malaysia sememangnya kuat makan! huhu. Please follow food pyramid and amalkan gaya hidup yang sihat ok.:)

Actually event ni untuk Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) yang berlangsung dari 6-9 April 2011. Ada pembukaan gerai-gerai produk Halal dari pelbagai negara, pameran, forum dan sebagainya. Hari ni pun dah last day. Sorrylah lambat promote. huhu. Tapi next year ada lagi. 4-7 April 2012. Tak tahu aku dapat join lagi ke tak. huhu. 

Okla, just want to share several pictures yang kitorang ambil semasa event ni.. Papai..




Inilah ragam kami sepanjang join event ni. huhu..


Cik Mesya : Pakwe aku selalu pesan, semua benda boleh berubah kecuali hati. Makanan dari sumber yang syubhah/tidak halal, menjadikan hati manusia hitam dan sesungguhnya semakin sukar manusia itu mahu berubah menjadi baik apabila hati sudah menjadi hitam.. Hanya kerana MAKANAN..:)

Friday, April 8, 2011

Kasih ibu boleh dibayar??

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang sama ditulisnya.


Cik Mesya : Walau siapa, bagaimana, atau apa-apa sifat pun ibu kita, jangan sesekali melawan kata-katanya. Tiada ibu yang tidak mahu anaknya bahagia..

Give sOme suppOrts here!! =)

Salam semua..!=) Hehe.. (Tetiba tersengih plak) huhu.. Tengok tajuk atas ni mesti korang dapat agak apa kisah entri aku ni. Pada yang kenal aku for sure tahu yang aku ni suka sangat join contest. Tapi bukan contest dalam blog but in facebook. Actually dalam dunia even dalam Malaysia ni pun ada bermacam-macam jenis contest! Nanti aku share pengalaman-pengalaman aku semasa proses voting k. Banyak gambar-gambar menarik perhatian yang aku jumpa. huhu..

Oklah aku nak cerita tentang contest terbaru aku join sekarang ni. Seperti biasa aku perlu promote contest-contest untuk meraih undian. Macam mana rancaknya sekarang kempen Pilihanraya Negeri Sarawak, so aku pun rancak juga berkempen memancing undi untuk contest aku. hehe.. Cara mengundi, sangat mudah! Yang penting korang kena ada akaun facebook tau. Then click je link-link yang aku akan berikan kat bawah nanti, then click "LIKE" button. Tu je..:) So far ada 4 contest terkini yang aku sertai dan memerlukan sokongan anda semua untuk mengundi aku..^_^ Nak tahu apa dia? Scroll down k!:)

Contest Santun Bergaya by Chicky's Boutique

1) Like page Chicky's Boutique
2) Like my picture below in this album

Pertandingan Pencarian Wanita Muslimah by Dia Adalah Ina

1) Like page Dia adalah Ina
2) Like my picture below in this album

Contest I Am Gorgeous by Rosesview

1) Like page Rosesview
2) Like my picture below in this album

Contest "Anggun with Anggun Zara"

1) Like page Anggun Zara
2) Like my picture below in this album

So, apa tunggu lagi? Kalau sudi, votelah saya ok..:) Aku suka join contest-contest camni. Kalau menang dapat hadiah. Kalau tak, aku akan dapat benefit lain. Contoh berkenalan dengan ramai kawan baru. Best!^_^

Ok, thats all for today.. Buat para pengundi yang telah 'like' gambar saya, jutaan terima kasih aku ucapkan. Ada juga pengundi-pengundi setia macam Akmal, Pinky, Hasni, cousin-cousin aku (Ika, Ija, Farah, Syuhada), my family (Ibu, Makteh) and of course my beloved guy Incik J yang memang bagi full support tiap kali aku join contest. Thank you so much uols!:)


Cik Mesya : Bila aku nak bersara dari join contest ek? huhu..



Tuesday, April 5, 2011

6 perkara disembunyikan oleh Allah s.w.t


Apakah 6 perkara yang Allah sembunyikan?

Mari ikuti kisah ini... 

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu, Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: 
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." 

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" 

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. 

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." 

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" 

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." 

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglamalaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: 

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?" 

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ." 

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu : 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. 

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam 


Cik Mesya : Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

Lawaklah video nih!!;D:D:D:D

Pagi-pagi tengok video ni buat aku ketawa! hehehe.. Lawak tul. Pandai dan kreatif orang yang buat sarikata video ni. Cuba korang tengok.. Gerenti ketawa! hehe..


Kalau dah tengok, buatlah kesimpulan sendiri k. Beginikah keadaan kerajaan Malaysia? huhu.. Tiap orang ada pandangan masing-masing.. Pape pun semoga Allah melindungi DSAI dan keluarga daripada penganiayaan manusia. :) InsyaAllah kebenaran dan keadilan pasti akan menang!=)


Cik Mesya : Kalau tengok berita kat TV, semuanya dia yang betul. Takde salah langsung. Macam baby yang baru lahir tiada secalit dosa pun. Orang lain semua salah dan tak dapat nak bersuara. Habis minda rakyat dikuasainya.. Yang mana percaya, kasihan sungguh. So, jangan tengok TV ya kalau iman korang tak kuat dengan godaan pimpinan duniawi semata-mata. huhu..

Monday, April 4, 2011

1st time OutdOOr PhOtOshOOt by pOLarizE phOtOgrapHy

Salam semua..:) Just want to share my experience during photoshoot with Polarize Photgraphy team.
Photoshoot ni last week kat Taman Botani, Putrajaya.
Thanks to Amirul, Acap, Saffura (Sian dia tak sihat masa ni) and sape ntah lagi sorang nama. huhu.. (Sorry akak lupa nama ko dik):p
Dorang ni baru lagi dalam dunia photography. This is the first time dorang buat shoot untuk modelling. Kira aku jadi model tak rasmi dorang lah untuk promote team dorang. huhu..
Leh tengok kat page Polarize Photography ni..

Dalam page dorang tu ada gambar-gambar aku yang telah dorang hasilkan. 
Ni 1st time aku join outdoor photoshoot by photographer yang best ni. huhu. Actually dorang semua masih muda. Pangkat adik-adik je semua tapi disebabkan minat yang mendalam terhadap bidang ni, dorang tubuhkan team dorang sendiri. So now dorang baru mula nak belajar untuk melangkah lebih jauh dalam bidang photography ni.

Untuk korang semua, akak ucapkan Selamat Berjaya k.=) 

Kat sini aku masukkan lah sikit gambar-gambar yang telah aku edit sendiri untuk tatapan korang semua. huhu. Nak tengok yang original, klik link kat atas tu ye. huhu..

First time photoshoot, nervous juga! huhu.. Nak senyum pun teragak-agak. Dahlah pakai braces!:p Kenalah cover-cover sikit kan..;) Plus cuaca agak panas, membataskan pergerakan. :p


Incik J duk usha awek ye kat belakang tu..?;))



Kipas tarian.. huhu



This is the favourite picture forever! hehe..

So guys, only this i can share with all of you. Hopefully saya dapatlah melangkah lebih jauh dalam dunia modelling ni. InsyaAllah.. Nak cari pendapatan lebih sebenarnya.. Doa dan sokongan anda semua amat dihargai. Love you all!!=)


Cik Mesya : Nervous tunggu beberapa result modelling contest yang tengah berlangsung. Berjaya untuk salah satu pun dah Alhamdulillah..:)



Betapa dasyatnya Hari Qiamat itu...

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 
  
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 
Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 
  
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 
  
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 
  
Pemimpin yang adil. 
  1. Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 
  2. Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 
  3. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 
  4. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 
  5. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 
  6. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 
  
Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. 
  
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 
  
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 
  
Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 
  
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 
  
Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 
  
Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 
  
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 
  
Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 
  
1- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 
2- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 
3- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 
  
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 
  
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 
  
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 
  
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. 
  
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.; Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : 

1 Sedekah/amal jariahnya. 
2 Doa anak-anaknya yang soleh. 
3 Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

::Credited to Aminurrashid Abd. Manaf::


Cik Mesya : Sesungguhnya tiada siapa yang boleh melawan kekuasaan Allah s.w.t...

Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...