![]() |
Klik untuk join |
Thursday, September 8, 2016
Kereta terjun dalam parit RnR Serdang!
Salam. MasyaAllah, pertama kali saya menyaksikan kemalangan sebuah kereta depan mata. Kes ni dah lama berlaku tapi baru sekarang teringat nak update entry. Kebetulan saya singgah makan di RnR Serdang highway PLUS KL-Seremban menuju ke KL. Tengah elok-elok mengadap nasi lemak bungkus, tetiba terdengar bunyi shrekkkkkkkkkkkkkk.... dooommm! Semua yang berada di area RnR Serdang time tu terkejut dan tercari-cari mana datang bunyi tu.
SubhanaAllah rupanya ada accident! Bukan antara kenderaan tapi sebuah kereta telah terjun ke dalam parit di belakang RnR Serdang! Haiyaaa camne boleh berlaku? Wallahualam..
Dikatakan kereta ni brek tak makan, so dia cuba nak stopkan kereta di tepi jalan tapi dengan halaju yang sangat tinggi last-last terbabas melanggar tiang lampu jalan then terus terjun dalam parit ni. But Alhamdulillah pemandunya seorang lelaki selamat cuma maybe cedera di pinggang sebab dia takleh bangun - akibat hentakan masa kereta jatuh dalam parit.
Kejadian seperti ini siapa sangka kan? Memang saya terkejut dengar bunyi yang sangat kuat. Risau juga lori ke terbabas hentam RnR ni. Almaklum RnR Serdang ni kecil je betul-betul tepi highway. Yang memandu makesure sebelum drive tu kenderaan pastikan selamat dibawa. Berhati-hatilah di jalanraya. Malang tak berbau...
Misya : Bukan adegan filem.
Style tudung Ultraman, bila masa nak pakai?
Salam. Ingat lagi fesyen tudung gaya 'alien' yang pernah jadi hot dulu? Boleh baca SINI. Laa ni ada 1 lagi gaya tudung yang saya rasa takdelah worse sangat gayanya. Masih boleh diterima pakai lagi actually. Hijab stylist yang create style ni kira creative juga sebenarnya. Gaya ala-ala Ultraman orang kata. Cuma time bila nak bergaya camni ni kena fikir banyak kali ni. Maybe waktu dinner bertema yang pelik-pelik yes, memang sesuai gayakan style tudung ni. Its not easy nak lipat tudung bertingkat-tingkat cenggini. Macam nak wat hantaran pun ada. Hehe.. At least beliau berani mencuba. Dan kekalkan menutup aurat. :)
Misya : Jangan kondem hasil kerja orang.
Hadiah cermin untuk ibu tersayang..
Salam. Sometimes memang takde idea nak bagi hadiah kan? Puas fikir tapi rasa macam dah bagi je semua jenis hadiah. Especially for my mom. Kebetulan Mei lalu adalah hari persaraan dan birthday my mom. Puas la dok pk nak bagi hadiah apa. Dalam fikiran terbayang nak bagi cincin emas belah rotan sebagai ganti cincin emas yang pernah saya hilangkan dulu. Oopss sorry ibu.. Hehe.. Fikir punya fikir, senang cerita tanya terusla empunya badan. At the same time my mom memang tengah mencari-cari cermin untuk dihias pada dinding rumah baru kami. My mom dengan rela hati kata better belikan dia cermin untuk hias rumah daripada beli cincin sebab katanya cincin emas dia banyak and bukan pakai semua pun. Okla cantik sangat lah tu. Lebih kurang je harga cincin dengan cermin ni dengan harga cincin emas.
Alhamdulillah dapat hadiahkan cermin 2 buah (untuk ruang tamu dan ruang makan). Hadiah lain memang ibu saya taknak sebab dah banyak dan tak tahu simpan mana nanti.
Semangat my mom snap foto cermin lepas digantung. Syukur beliau happy dengan hadiah yang saya bagi ni walaupun sekadar cermin hiasan..
Ni yang kat ruang tamu. Both cermin ni dapatlah harga dalam RM400++. Oklah siap tolong pasang sekali. Corak dia pun saya dan my mom suka. Dapatlah beri efek rumah nampak lebih luas. Almaklum my mom memang jenis suka menghias rumah. Pantang ada ruang, mesti nak letak something. Bagi rumah naik seri katanya. Baiklah ibu.. Along follow aje.. Huhu..
Misya : Banyak lagi jasa ibu yang tak terbalas.
Tuesday, September 6, 2016
Hero Market, shopping sebelah pejabat..
Salam. Siapa pernah membeli-belah di Hero Market? maybe kat luar sana dah banyak cawangan Hero market ni. Kat Putrajaya pun dah ada Hero Market ni. Betul-betul dekat my office area Presint 3. Dah lama rasanya dibuka tapi saya tak pernah singgah pun. But kali ni saja follow my officemates. Saja nak tengok camne rupanya Hero Market ni..
Ok abaikan tudung yang berserabai tu. huhu. Ginila suasana Hero Market ni. Nak kata besar takde besar sangat macam hypermarket. Nak kata kecil takdelah sekecil kedai runcit. Okla if uols nak cari bahan-bahan keperluan rumah dan dapur.
Banyak juga barangan dijual. Mostly yang datang sini orang-orang dari pejabat kerajaan sekitarnya. Time rehat if nak cari barang-barang dapur bolehlah singgah. Sebelah Dorsett Hotel Putrajaya je.
Separation between department makanan dan bukan makanan. Harga lebih kurang macam pasaraya biasa punya rate.
Kaunter bayaran banyak juga tapi bila dah ramai-ramai jadi sesak. Maybe sebab time ni peak hour tu yang ramai. So sesiapa yang berhampiran nak singgah beli barang dapur sebelum pulang ke rumah lepas kerja bolehlah ke Hero Market ni. Tapi jangan waktu kerja pi mengular plak ke sini ya!;)
Misya : Suka shopping untuk masak.
Resipi Bebola Ayam Cheese meleleh!!!
Salam. Amacam tengok gambar bawah ni? Terliur tak? hehe.. Inilah bebola ayam cheese! Resipi dari facebook saya ubahsuai sedikit ikut citarasa sendiri. Yang penting memang tangkap leleh la!
Bahan-Bahan
Ayam Kisar Ramlee
Bawang Kecil
Daun Bawang
Carrot
Tepung Gandum sedikit
Keju Cheddar
Lada Hitam
Sos Tiram
Garam sedikit
Bread Crumbs (Serbuk Roti)
Cara-cara membuatnya
1. Kenalah sediakan bahan-bahan dulu. Hehe. Untuk bawang, daun bawang dan carrot perlu dicincang halus. Nasib baik saya ada Master Chopper Set dari Go Shop, memang memudahkan kerja-kerja menyagat bahan-bahan masakan. hehe.
Untuk cheese, saya gunakan brand Beqa ni. Boleh didapati di kedai-kedai menjual alat bakery atau hypermarket berhampiran.
Bawang, daun bawang dan carrot yang telah dicincang. Agak-agak jangan halus sangat.
Ayam kisar Ramlee. Kalau ikut resipi asal kena gunakan daging ayam then blend sendiri. Sekarang senang, semua dah ada di pasaran. Maybe uols boleh try dengan daging lembu kisar. But saya suka ayam. hehe
Bread Crumbs dari kedai alat alat bakery. Saya pilih jenis warna kuning untuk bagi efek keemasan pada bebola ayam cheese saya.
2. Gaulkan kesemua bahan-bahan tadi kecuali tepung gandum. Tepung gandum ni anda gunakan hanya bila anda rasa doh yang terhasil agak terlalu lembik sampai sukar nak digentel menjadi bulat. Sebab air dari ayam tu yang membuatkannya lembik. Tapi jangan banyak sangat pula letak tepung.
Beginilah doh yang terhasil. Agak-agak boleh gentel, oklah.
3. Potong dadu keju cheddar agak-agak size boleh masuk dalam doh bebola yang akan digentel.
4. Ambil sedikit doh ayam tadi then leperkan menjadi bulatan. Kemudian letak seketul cheddar cheese. Then tutup keseluruhan blok cheese dengan doh ayam tersebut. Gentelkan menjadi bulatan.
5. Then, golekkan atas bread crumbs sampai semua permukaan doh diselaputi bread crumbs.
6. Siap! Bolehlah disimpan dalam freezer ataupun digoreng terus untuk dimakan.
7. Untuk goreng makesure minyak betul-betul panas dan bebola cheese terendam habis dalam minyak. Agak-agak dah keorenan warnanya dan ada cheese sudah mula meleleh, tanda bebola ayam dah masak. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Beginilah rupa bebola ayam cheese yang telah siap digoreng. Makesure jangan sampai hangus ya.
Perghhh memang meleleh-leleh bila tengok cheese yang keluar dari bebola tu! Serius sangat sedap. Sebab sangat-sangat juicy ayamnya plus campur dengan aroma daun bawang yang menyegarkan.
If uols memang gilerkan cheese, bolehlah buat size bebola yang lebih besar dan cheese lebih banyak. Berbaloi-baloi buat sendiri banding beli kat luar mahal. Selamat mencuba dan makanlah sepuas-puasnya!
Kucing dan anjing jadi best friend?
Salam. Apa yang uols nampak? hehe. Of course la nampak anjing dan kucing rite? Kalau tak nampak, something wrong tu. ;) Apa yang saya nampak lagi adalah kebiasaannya anjing kan tak ngam dengan kucing. Sebab tu kalau orang yang suka bertengkar digelar bagai anjing dan kucing. Sebab 2 jenis haiwan ni memang tak boleh bersama. Kalau bersama tu adalah suatu keajaiban la macam yang saya jumpa di Wisma Elken ni.
Risau juga saya bila kucing tu mendekati anjing tu. Takut kucing tu dikejar dan digigit oleh anjing. But Alhamdulillah anjing tu relax je tak apa-apa kucing tu. Si kucing siap berlegar-legar depan anjing tu tapi si anjing wat bodoh je. Hehe kelakar pun ada bila tengok. Both are cute. Tapi anjing-anjing di sekitar sini memang dimiliki oleh syarikat Elken untuk mengawasi kawasan HQ Elken ni. Dorang memang dilatih dengan baik tak kacau orang melainkan pencuri. Kucing-kucing ni kebetulan ada sebab ada kedai makan berhampiran.
Okla kucing dan anjing di sini boleh jadi best friend.
Misya : Anjing kaki pendek sangat comel.
Jatuh Bilik Air || Mengapa sering terjadi?
PENGSAN ATAU JATUH DALAM BILIK AIR/ MANDI
Kita selalu dengar orang jatuh di bilik mandi dan kena stroke dan sebagainya. Kenapa kita jarang dengar jatuh di tempat tempat lain? Seorang penceramah professor UiTM yang juga terlibat dengan Majlis Sukan Negara menasihatkan supaya semasa mandi jangan basahkan kepala dulu, basahkan bahagian badan. Ini kerana apabila kepala basah dan sejuk, darah semua akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala, logik 'warm blooded human' dan jika ada saluran darah sempit, mungkin boleh menyebabkan saluran darah pecah. Ini kerapkali berlaku di bilik mandi.
Jom tengok kaedah mandi yang betul.
1. Bermula dari segayung siramkan di telapak kaki.
2. Segayung di betis.
3. Segayung di paha.
4. Segayung di perut.
5. Segayung di bahu.
6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.
Kita akan merasakan seperti wap/angin yang keluar dari ubun-ubun bahkan meremang, setelah itu lanjutkan dengan mandi seperti biasa. Hikmahnya: Seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi dengan air sejuk. Apa yang terjadi? Gelas akan retak!
Jika tubuh kita, apa yang retak? Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu sejuk, maka apa yang terjadi jika kita mandi terus-menerus menyiram pada badan atau kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah. Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi tiba-tiba kena 'stroke'. Boleh jadi kita sering masuk angin kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi yang salah. Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah. Hope dapat memberi manfaat bersama dan mungkin dapat membantu mengelakkan kejadian ini yang tidak diingini seperti jatuh atau pengsan dalam bilik air.
Misya : Badan cepat masuk angin.
Segmen Tonton Sudah Ku Tahu Versi Ucing
Lagu Sudah Ku Tahu adalah Lagu daripada Projektor Band yang di minati Ramai.Banyak Peminat nya menyanyikan lagu ini sebagai Cover melalui Social media Fb & Smule.Jadi Ucing pun tidak juga ketinggalan untuk menyanyikan lagu ini sebagai Cover melalui karaoke.
Sertai Segmen Tonton Sudah Ku Tahu Versi Ucing Sebagai Supporters.Syarat-syarat nya adalah mudah:
1) Follow Blog Ucing Kadayan,Google + atau Facebook Ucing.
2) Buat Tajuk Post " Segmen Tonton Sudah Ku Tahu Versi Ucing "
3) Copy semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.
4) Tinggalkan Url post Anda ke dalam ruangan Komen Disini
Tag Rakan Anda
Tamat Segmen 9-9-2016.Kepada Blogger yang ikut Segmen ini akan di
Senaraikan dalam Video Animasi Tonton Sudah Ku Tahu Versi Ucing Sebagai Supporters.
Friday, September 2, 2016
Pencarian Bloglist AisyaAzman Sept & Oct 2016
- Buat entry bertajuk Pencarian Bloglist AisyaAzman Sept & Oct 2016
- Copy coding yang disediakan di bawah & pastekan di ruangan entry sebagai HTML
- Pastikan banner ini di link kembali kepada entry asal iaitu entri di blog aku. Sekiranya tidak, entry kalian di anggap tidak valid.
- Publish dan tinggalkan link entry kalian di ruangan komen di bawah
- Tarikh tutup adalah adalah 18 October 2016 jam 12.00am.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Berjalan di tanah gersang
Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...

-
Salam semua.. Sempena Birthday aku yang ke-25 tahun baru-baru ni (10 Sept), aku rasa aku nak buat satu bloglist khas untuk mereka-mereka ya...
-
Salam semua! Wow tak sangka entry saya yang telah terpublish telah mencapai 600 entries! Follower saya juga telah mencapai 650 orang! [Cipu...